Melancong ketika berpuasa? Ada ke orang buat?? Ada! Buat kaki melancong, berpuasa bukanlah
alasan untuk menyekat mereka daripada menikmati keseronokan melancong. Lebih-lebih
lagi puasa di bulan Ramadhan. Inilah mendatangkan keterujaan mereka. Ingin melihat dan merasai suasana berpuasa di tempat orang dan
budaya mereka. Jom ketahui tip melancong dan persediaan melancong ke destinasi
pelancongan yang diidamkan.
Tip Melancong Ketika Berpuasa
1. Melancong dalam keadaan sihat
Utamakan kesihatan ketika melancong. Ini kerana jika kita melancong dalam keadaan sihat, ianya akan melancarkan proses pengembaraan kita. Lebih-lebih lagi di bulan puasa, kesihatan yang baik pastinya tidak akan mengganggu rutin kita berpuasa. Jika melancong dalam keadaan sihat, kita akan mempunyai banyak tenaga. Nak jalan ke sana ke sini juga mudah. Walaupun kita melancong ketika diri kita dalam keadaan berpuasa. Paling penting, kita dapat merasai keseronokan bercuti seperti yang kita inginkan. Barulah namanya melancong! Kalau tak seronok masa melancong, better tak payah melancong. Kan kan…
2. Pilih destinasi melancong
Rancang percutian kita. Senaraikan tempat melancong yang kita ingin kunjungi. Ketahui jarak dari satu tempat ke tempat lain. Bukan apa, supaya kita boleh menganggarkan masa. So senanglah kita nak pergi nanti. Disarankan memilih destinasi yang berdekatan. Bila dekat, mudah dikunjungi. Bayangkan time kita berpuasa saat melancong, destinasi pulak jauh-jauh, tak ker boring kita habiskan masa dalam kereta. Perjalanan jauh, ambik masa. Tak syoklah. Tak puas nak melancong. So jangan lupa, pilih destinasi berdekatan ketika merancang untuk melancong.
3. Rancang perjalanan melancong di waktu petang
Berpuasa ketika melancong, pastinya memberi sedikit keletihan pada kita. Lebih-lebih lagi sekarang cuaca panas disertai kehadiran fenomena el-nino. Sedikit cadangan agar membuat aktiviti melancong di waktu petang. Cuaca petang yang sedikit redup, dapat memberi kelegaan buat kita ketika berjalan ke sana ke mari.
4. Melancong dengan membawa bekalan air dan kurma di dalam beg untuk berbuka puasa
Kesesakan lalu lintas sememangnya tidak boleh dielakkan termasuk di bulan puasa. Paling sesak adalah laluan di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti bazar Ramadan dan sebagainya. Kedai makan juga sudah mulai dipenuhi orang sejam sebelum berbuka, sekali gus membuatkan ada pelanggan yang tidak mempunyai tempat duduk untuk berbuka puasa. Oleh itu, pastikan kita sentiasa membawa bekalan air di dalam beg untuk berbuka puasa di mana juga terutama saat dalam perjalanan. Membawa bersama buah kurma atau makanan ringan yang boleh mengenyangkan juga membantu kita berbuka puasa tepat pada waktunya.
5. Nikmati dan rasai keseronokan melancong walaupun berpuasa
Ketika melancong, nikmatilah percutian yang dirancangkan. Jangan stress, jangan terlalu memikirkan perut kosong berpuasa. Fokus pada suasana di tempat melancong. Ambil gambar untuk di buat kenang-kenangan. Catatkan sedikit nota akan sejarah sesuatu tempat. Manalah tahu nak dikongsikan kat status Facebook, Twitter, Instagram, atau kat blog ker. Al maklumlah, tugasan menjadi blogger membuatkan kita rajin berkongsi informasi. Kot-kot informasi yang kita kongsikan di laman sosial memberi input buat pembaca lain. Haaa…kan kongsi ilmu namanya. Pasti pengalaman sebegini memberi percutian bermakna buat kita.
Duhai kaki travel sekalian, jangan lupa praktikkan tips melancong ketika berpuasa ni masa planning
percutian. Moga ianya memudahkan buat semua. Melancong di bulan Ramadhan,
erm….part nak ke bazaar Ramadhan tu bikin aku excited. Sure meriah, havoc, jom
heboh gitu! Banyak lauk pauk menggoda mata. Rasa semua je nak beli. Jangan lupa
u olls, beli pada kadar berpatutan. Jangan boros belanja. Kang takut makanan
berlebihan tak dapat dihabiskan ketika berbuka puasa. Last-last masuk tong
sampah. Membazirnya! Especially, bila kita stay di hotel, kan tengah melancong.
Susah nak simpan makanan lebihan. Kalau ada peti ais dan dapur untuk panaskan
lauk, ok jugak. So, berbelanjalah dengan berhemah. Selamat melancong…selamat
menjalani ibadah puasa.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
27 comments
Ada jgk tips utk melancong time bpuasa ni ye..
Tapi tips ni sedikit berguna bagi yang akan pulang ke kampung time nak raya nanti atau pulang untuk bbuka puasa di kampung..
tips berguna ni :)
betul tu... tips ni bguna bgi sesiapa yang suka jln2 msa bulan puasa...
betul tu... tips ni bguna bgi sesiapa yang suka jln2 msa bulan puasa...
great piece of sharing ni yumida....
tip2 yang sangat berguna.
kite puasa bnyk hbs masa kat tempat kerja. hehe
nang bena ya. kmk setuju...hehe
mcm nak g melancong jak tok.. ehehe
Tak pernah melancong time puasa. Macam mana la rasanya ye...
tips yg baik....tp jgn melencong suda la...
Jom terjah entri terkini MINDAKABUR: Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...
kurmaq mesti dibawa bersama...
nice info
Nice tips !^^
melancong di bulan puasa ene kuat..takut cepat penat..hahhaa
Tips yg bagus ni. Thanks Yumida..
Akak tak berapa suka sgt melancong time bulan poser huhuhu.. Tapi tips yang Yumida kongsikan mmg bagus untuk kaki travel kan ?? TERBAIK
Jaga pemakanan jaga kesihatan ..InsyaAllah hati pon senang masa melancong nnt ,..
Lya kurang gemar melancong lagi2 bln puasa
Berguna juga tipis ni
blogwalking
berguna nih.. tp husna berjalan nak shopping raya sikit pon dah rasa lemah..T_T
syukur
alhamduillah
baik
blogwalking