Kad Raya dari blogger Zumal

 Alhamdulillah, tak sangka dalam diam blogger Zumal kirimkan kad Raya kat Yumida. Surprise sangat. Masa dapat sampul tu, tertanya-tanya gak…sapa yang bagi kad Raya tu. Coz macam sebelum ni Yumida ada dapat kad Raya dari blogger kak Kathy R’bain. Kad Raya ke-2 yang diterima tahun ni datangnya dari Zumal. Horrey! Makasih Zumal.

Kad Raya dari blogger Zumal
Kad Raya dari Zumal

Kad Raya dari blogger Zumal
Ucapan dari Zumal

Kad Raya mengundang nostalgia
Iye..bila dapat kad Raya kan. Automatik terimbau zaman sekolah rendah dan sekolah menengah. Time tu je famous dengan kad Raya. Kat hujung hujung ucapan mesti taruk pantun ni. ‘Pecah kaca pecah gelas, dah baca kad raya harap balas’. Part balas tu bermakna syarat wajib. Haha…

Kad Raya digantung/tampal di dinding
Dulu rajin je nak deko umah time dekat nak raya. Pasalnya excited nak tayang kad raya kat dinding umah. So bila kengkawan datang nanti, kembang la hidung mereka nengok kad raya mereka dipamer dalam rumah. Sekarang je takde.

Budak zaman sekarang tak main hantar kad raya
Iye..aku tengok anak buah aku tak de kecoh-kecoh nak beli kad raya. Rileks je depan tv sambil layan game/tab. Anak buah aku sekarang darjah 4. Korang tahu, dia dah ada handphone. Canggih budak-budak zaman sekarang.

Selamat menjalani ibadah puasa Zumal. Moga ketibaan Syawal tahun ni memberi keceriaan buat Zumal sekeluarga. Thanks untuk kad Raya ni :) Alhamdulillah…

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

14 comments

Hehe... Sori ye Yumida sebab kad tu terlalu ringkas.

cantik la kad tu zumal
tq tau :)

Tahniah Yumida..seronok kan dapat kad raya tanda persahabatan...

Kak Lya pon dapat jugak daripada Blogger Zumal ..Kad raya kedua jugak selepas kad raya Sis Kathy

Betul tu Yumida..zaman kita sekolah dulu masing2 nak kutip kad raya terbanyak..boleh hias kat dinding rumah..

Tetiba mengimbau kenangan silam zaman sekolah plak..indahkan waktu tu Yumida..