Cuti seminggu di kampung dah habis dah. Hari ni
flight balik ke rumah jam 12.30 tengah hari. Doakan moga dilancarkan perjalanan
kami hari ni.
Penerbangan dari Kuching ke Mukah mengambil masa
kira-kira 1 jam 10 minit. Kalau pakai jalan darat, perjalanan memakan masa 11
jam. Memandang menggunakan penerbangan domestik, terbang dalam negeri. So,
pilihan yang ada hanya Mas Wings. Nak naik Air Asia tapi takde terminal kat
kawasan Mukah ni. Hihi.. Melainkan kalau turun kat Sibu. Tapi jauh nak ke situ.
Air Asia..tambangnya agak murah kalau kita beli time promosi. Kalau Mas Wings…erk…jarang
dengar ada promotion. Harga tiket standard RM145.00 untuk 1 way.
Berbicara pasal Mas Wings Twin Otter, badan pesawat
comel je. Ni pesawat terkecil yang bawak penumpang. Dalam Mas Wings Twin Otter
hanya memuatkan 19 orang penumpang sahaja. Takde pramugari yang cantik tu,
takde pramugara yang ensem kacak bergaya. Toilet pun takde. So, before naik Mas
Wings Twin Otter better buang air kecil, air besar terlebih dahulu. Agar tenang
berada dalam pesawat twin otter.
Bersyukur dengan kemudahan yang ada. Sekurang-kurangnya,
dengan adanya Mas Wings Twin Otter memendekkan masa perjalanan. Last week, masa
balik hari tu kita orang pakai pesawat Mas Wings Twin Otter baru!!! Patut la
dari jauh nampak cantik berseri-seri je. Malah ruangan dalaman agak luas
sedikit berbanding pesawat lama. Cantik!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
15 comments
jangan lupa beli ole2
mas wings.. selalu senior ckp tpy xthu plk bentuk dia.. hehe
begitu bentuk dia...
semoga selamat perjalanan...
smoga slamat sampai..:)
Lain rasa mun kecik jak nak ;D hee
Semoga selamat perjalanan..
Menarikkan..penerbangan sebegini memudahkan serta memendekkan masa perjalanan..
tak pernah lagi dengar ni..moga selamat sampai ye dik
Assalamualaikum & Salam Perkenalan...
Jom imarahkan Ramadhan dan join GA saya ni :
http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html
moga selamat sampai...
moga dilindungi Allah
bagusnyaa.. syukur ada mas wings nih.. cepat je sampai..:)
Tak pernah lagi lya naik mas wing
Fly away..fly fly fly.m
Wahh seronoknya.. :) :)
Lama jugak perjalanan