Sinopsis drama TV3 slot Akasia - Rindu Awak 200%
Armel Aisya mempunyai hobi suka
mengambil gambar. Hobi itu dijadikannya sebagai pendapatan sampingan ketika dia
sedang melanjutkan pelajaran. Walau bagaimanapun, hobi Armel Aisya disalah
tafsir oleh ibunya sendiri. Situasi itu menimbulkan ketegangan di antara
mereka. Hubungan Armel Aisya dan ibunya sentiasa dingin. Bagi ibunya, hobi
anaknya itu umpama mengemis di jalanan.
Orang tua Armel Aisya ingin
menjodohkannya dengan anak kepada rakan lama mereka. Permintaan ibunya sentiasa
ditentang oleh Armel Aisya. Mereka tidak sebulu, tidak sependapat! Armel Aisya
enggan menunaikan keinginan ibunya. Malah dengan lantang Armel Aisya mengatakan
dia sudah mempunyai kekasih hati.
Mengetahui perkara itu, ibunya
bertambah berang. Baginya, Armel Aisya seorang anak yang keras kepala dan tidak
mahu mendengar kata orang tua. Armel Aisya memberitahu ibunya, jika hubungan
mereka berjaya dipisahkan, dia akan menuruti kehendak ibunya.
Siapa sangka lelaki yang pernah dia
ambilkan gambar suatu ketika dahulu, kini berada di depan matanya. Zill Faezrul
bakal dijodohkan dengan dirinya!
Hasrat orang tua Armel Aisya akhirnya
tercapai. Mereka bahagia melihat perkahwinan anak perempuan mereka dengan
seorang pemuda yang indah budi bahasanya. Mereka amat berharap dengan
perkahwinan itu akan mengubah Armel Aisya daripada sikapnya yang mudah
melenting.
Bagaimana dengan kehidupan Armel Aisya
selepas bergelar isteri? Bahagiakah Armel Aisya bersama suaminya, Zill Faezrul?
Bagaimana pula hubungan Armel Aisya dengan ibunya? Yang sebelum ini sentiasa
panas bercakaran. Haaa..nak tahu kisah selanjutnya apa kata kita sama-sama
saksikan di kaca tv drama yang ditayangkan bermula jam 7.00 malam, Rindu Awak 200%. Selamat menonton!
Drama Rindu Awak 200% kini hangat
ditayangkan di kaca tv!
Rindu Awak 200% merupakan drama
terbaru yang telah menggantikan Kerana Terpaksa Aku Relakan. Nak tahu ending
drama KTAR? Baca: Kerana
Terpaksa Aku Relakan Episod Akhir
Saksikan drama slot Akasia: Rindu Awak 200%
Jumlah episod: 28
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 7.00 petang – 8.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
16 comments
cerita terbaru bakal sensasi
wah
best
cerita terbaru
Hehe..sekali tengok..nak tengok hari hari.,
Baru hari ni dapat tonton drama ni..
Menarik drama ni walaupun baru menonton 1 episod..
novel jugak kah?
Mcm best je ni... thanks sharing Yumida.. :)
cerita tv3 nih best2 tapi selalunya lebih kurang je jalan cerita :)
Nice sharing..
Belum tgk lagi episode awal coz masih dengan demam Kerana Terpaksa Aku Relakan :)
so far,oklah tengok cerita nie
Suka suka suka
Suka tgk watak Zul tu ..
Kena tgk betul2 nie
Tak boleu nak tengok...24 jam anak2 tengok kartun :-)