KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 03/08/2014
1. Agar saya boleh mengakses internet di Hari Raya nanti memandangkan
saya sendiri menggunakan broadband Celcom jenis topup. Yang memerlukan kredit
topup setiap bulan. Andai dapat hadiah topup Raya, alangkah seronoknya. Boleh
saya kongsikan kisah Raya di blog, Facebook, Twitter dan Instagram.
2. Hadiah topup Raya tu nanti boleh cover perbelanjaan bagi membuat kek
dan biskut minggu lepas. Memandangkan banyak perbelanjaan dikeluarkan untuk kos
membuat kek/biskut. Adalah 1 bonus bagi saya jika terpilih mendapat hadiah
topup Raya. Syukur sesangat.
3. Hadiah topup Raya dapat saya sharekan bersama ahli keluarga saya yang
lain. Memandangkan di Hari Raya, waktu berkumpul seluruh isi keluarga. Kami
sering berkongsi kredit dan share antara 1 sama lain, terutamanya bila kedai
topup tutup di musim perayaan. Sudah tiada pilihan untuk kami membeli kredit
topup. Cara berkongsi kredit adalah jalan penyelesaian.
4. Hadiah topup Raya boleh mengeratkan ukhuwah antara saya dan rakan
lama. Especially mereka yang jauh-jauh. Seperti mereka yang tinggal di Sabah,
Labuan, Ipoh, Penang, Melaka. Melalui panggilan telefonlah kami dapat
mengungkapan ucapan Raya dan berbual mesra.
5. Hadiah topup Raya dapat memanjangkan tempoh akhir kredit saya. Secara
tak langsung membantu diri saya untuk menghubungi orang lain melalui handphone.
Bayangkan, menjelangnya Hari Raya..tup-tup baki kredit telah tamat tempoh.
Betapa frustnya diri saya. Terputus hubungan ke dunia luar. Tak boleh call, tak
boleh mesej. Sedih.. Insha Allah jika ada rezeki, hadiah topup Raya memberi
sumbangan besar buat diri saya.
Ucapan Raya buat insan
istimewa dalam hidupku:
Makcik..terima kasih menjadi ibuku selama 13 tahun ini. Kehadiranmu
dalam keluarga kami memberi sinar harapan. Menceriakan kehidupan kami yang
penuh kesepian. Mengubati luka di hati kami setelah ditinggalkan ibu kandung
tercinta. Perginya tak kembali, menghadap panggilan Ilahi.
Sedihnya kami di pagi Raya, melihat anak jiran tetangga berjalan
berpimpinan tangan dengan ibu masing-masing. Kami? Hanya mampu mengintai dari
jendela, menahan hiba. Rindunya kami pada ibu tak terkata.
Terima kasih makcik atas kesudian menjadi ibu kami. Menjadikan kehidupan
kami lengkap seperti sedia kala. Dirimu begitu memahami. Betapa kekoknya lidah
kami memanggilmu ‘emak’. Hingga dirimu membahasakan diri sebagai ‘makcik’.
Terima kasih kerana memahami.
Tidak cukup dengan itu, dirimu sanggup mengeluarkan simpanan di bank
semata-mata untuk melanjutkan pelajaran kami. Mulianya hatimu makcik. Moga
Allah membalas kebaikanmu. Tidak pernah sedikit pun dirimu berkira. Walaupun
kami bukan anak kandungmu. Kasih sayangmu, perhatianmu, jagaanmu seolah-olah
dicurahkan oleh emak kandung sebenar.
Mungkin inilah takdirnya, kami diuji dengan ujian yang hebat. Emak
meninggal ketika usia kami masih kecil. Kami terkontang-kanting meneruskan
hidup. Payahnya kehidupan tanpa seseorang bergelar ibu.
Terima kasih Ya Allah…menganugerahkan kami seorang ibu baru. Makcik yang
baik hatinya, murah hatinya, penyabar, bertimbang rasa, indah budi pekertinya.
Siapa sangka seorang ibu tiri dinobatkan Ibu
Tercontoh tahun 2012. Subhanallah… Beruntungnya kami ada ibu baru seperti
makcik.
Kini, ketibaan Syawal dinanti dengan penuh teruja. Kami belikan makcik
dan ayah sepasang baju Raya baru, sedondon warnanya. Selamat menyambut Hari
Raya Aidilfitri makcik. Maaf dipinta andai selama membesarkan kami, kami pernah
menyinggung perasaan makcik. Moga makcik diberi kesihatan yang sejahtera,
diberi umur bermanfaat, hidup bahagia, dirahmati olehNya.
Pantun Raya
Baju sekeluarga sentiasa sedondon,
Berkunjung ke rumah sanak saudara,
Eh ada biskut almond London,
Kuih Raya rumah Nek Usu Dara.
Kek Raya hasil tangan sendiri
Alhamdulillah, tahun ni saya berkesempatan membuat 2 jenis kek. Kek
paling famous, paling mendapat pujian ramai ialah Kek Lapis Strawberi Coklat.
Setiap tahun saya akan membuat kek ni. Bagi saya kek buatan sendiri lebih
menjimatkan, lebih ekslusif. Pasalnya kita boleh modified kek tu dengan
mengurangkan rasa manisnya, menambah kepingan coklat agar terasa kesedapan kek
tersebut.
Gambar Kek Lapis Strawberi Coklat
Resepi Kek Lapis Strawberi Coklat
Resepi ini telah
saya sharekan 2 kali di blog. Iaitu tahun lepas dan minggu lepas. Malah
mendapat feedback memberansangkan! Masing-masing berkeinginan nak cuba buat
sendiri. Iye..terbukti kesedapannya! Dijemput Cik Puan
Jue untuk turut serta mencuba
resepi ni. Pasti takkan mengecewakan!
Bahan-Bahan Kek Lapis Strawberi Coklat:
10 biji telur
500 gram mentega
200 gram tepung Hong Kong
1 sudu makan ovalet
130 gram horlick
100 gram buah ceri hiris
1 sudu teh perisa strawberi
200 gram gula halus
7 sudu makan susu manis
50 gram serikaya
200 gram coklat masakan (diparut)
1 sudu teh pewarna coklat
1 sudu teh perwarna merah
Cara Membuat Kek Lapis Strawberi Coklat:
Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Dalam bekas lain pukul mentega bersama susu manis. Kemudian, campurkan kedua adunan tersebut.
Masukkan tepung, ovalet, horlick, serikaya. Gaul sehingga sebati.
Kemudian bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
1) Bhgn diberi pewarna merah & dicampur ceri hiris
2) Bhgn diberi berwarna coklat & dicampur coklat yg telah diparut
Guna loyang berukuran 7”x7”
Bakar berlapis-lapis
Salam Ramadhan. Selamat menyambut ketibaan Hari Raya Puasa.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
11 comments
Selamat bersegmen Yumida...
All the best Yumida... good luck... :)
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/07/nak-topup-raya.html
Dah join juga
Wah
Best
Selamat bersegmen
Semoga murah rezeki
Wish u luck yumida
All the best Yumida..
Topup tuh, kena join juga laa..
Sempat lagi nih..