Baru je rasa happy dan lega bila diumumkan penerimaan 2
isyarat kotak hitam di dasar laut. Selepas hampir sebulan pesawat MH370 hilang.
Berita mengenai isyarat tu memberi harapan buat semua orang akan penemuan kotak
hitam yang berkemungkinan milik MH370. Namun, hari ni…datang lagi berita
mendukacitakan. Isyarat tersebut telah hilang. Dalam kata lain, isyarat kotak
hitam telah padam.
Sebelum ini, seluruh dunia sedikit lega apabila apabila
isyarat panjang yang dikesan itu konsisten dengan perakam data kotak hitam dan
perakam kokpit dalam kotak hitam pesawat. Ia adalah petunjuk paling kukuh
dikesan di kawasan di mana MH370 dilaporkan berakhir, sekali gus diharap dapat
menjawab misteri kehilangan pesawat itu sejak 31 hari lalu.
Spesifikasi Kotak Hitam
Usaha pencarian MH370 juga menyifatkan penemuan itu sebagai
‘yang paling kukuh dan terbaik dalam tempoh 31 hari’. “Kita perlu mencari beberapa hari lagi
walaupun jangka hayat bateri kotak hitam itu akan berakhir. Sehingga kita dapat
mengesan, kita tidak boleh menghantar AUV. Isyarat selanjutnya akan membantu
kita untuk mencari kemungkinan kawasan pesawat itu berada. Kita memerlukan
isyarat baharu untuk mengenal pasti lokasi kawasan pencarian yang lebih
tepat,”.
Kedudukan Kotak Hitam di badan pesawat
Kedua-dua isyarat itu dirakam menerusi Towed Pinger Locator
(TPL) dalam tempoh kurang 24 jam pada jarak kurang dua kilometer, di lokasi
kira-kira 1,650 kilometer ke barat laut Perth. Isyarat pertama dikesan
berlarutan selama dua jam 20 minit sebelum hilang dan diterima semula beberapa
jam kemudian apabila Ocean Shield berpatah balik ke kawasan sama. Isyarat kedua
dirakam selama 13 minit.
Sementara itu, Pasukan Pertahanan Australia menerusi Ocean
Shield menghantar penyelam di kawasan pencarian untuk mengesan jika ada
sebarang serpihan MH370 di kawasan berkenaan.
Permudahkanlah pencarian kotak hitam
ini…
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
12 comments
Moga dipermudahkan..
Sedih kan sampai skrg xjumpa lg.. hrp dipermudahkan la dan segalam persoalam mengenai misteri kehilangan MH370 dpt terjawab.. :(
Semoga urusan pencarian dipermudahkan Allah...
Allahuakbar...semoga family mangsa tabah..hadapi sebarang kemungkinan.....kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa... :(
terus berdoa...
semoga urusan dipermudahkan..
moga semua urusan berjalan lancar hendakNYA....amin..!
Harap2 berjumpalah... aamiin..
harap isyarat nih milik MH370..apapun hrp semuanya dipermudahkan..
mmm.. dorg kata kotak hitam daa abis bterii.. ~~~~~~
MH370 dimanakah hilangnya
Tiada khabar berita ..