Jep
Sepahtu maki peminat??? Ye ke? Jep Sepahtu yang famous tu? Rasa macam tak
percaya je. Tapi khabarnya insiden itu disaksikan ramai orang kat stadium.
Gara-gara nak bergambar je peminat tu menerima makian “Bodoh betul la”. Word
‘bodoh’ memang tidak disukai sesiapa saja. Ye la, sape yang nak kena keji macam
tu kan. Sure hangin satu badan! Hihi… Tapi sejauh mana kebenaran isu tersebut tidak diketahui. Kita tunggu penjelasan dari Jep Sepahtu.
Berita dari Kosmo:
Mizz Lahar (Kosmo) menerima satu kiriman e-mel daripada
seorang pembaca yang meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap anggota Sepahtu
iaitu Jep yang dikatakan telah memaki peminat. Menurut pembaca tersebut,
kejadian itu berlaku ketika satu perlawanan bola sepak yang berlangsung di
Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil membabitkan pasukan Super Lawak FC pada
23 Mac lalu.
Gambar Jep Sepahtu
Ujarnya, ada salah seorang peminat yang mahu mengambil
gambar dengan Jep tetapi telah dilemparkan dengan kata-kata kesat yang
berbunyi, “Kau ni kejap lagi tak boleh ke? Bodoh betul la.”
Akibatnya, peminat tersebut berasa sedih dengan tindakan
pelawak kesayangannya itu.
Sebenarnya Mizz Lahar agak terkejut kerana sepanjang
mengenali Jep, dia bukanlah jenis individu yang mudah memaki peminat.
Bagaimanapun, menurut pengirim e-mel ini, memang ramai yang telah menyaksikan kejadian tersebut.
Sekarang ini hanya Jep
sahaja yang boleh menjelaskan situasi yang sebenar terhadap insiden yang
berlaku. Harap Jep tidak cepat melatah
dengan apa yang Mizz Lahar paparkan ini dan tidak perlu bimbang sekiranya
berada di pihak yang benar.
Sumber:
Kosmo Online
Hope ada penjelasan dari Jep. Memang sokong
sangat-sangat yang diperkatakan oleh Mizz Lahar, tak perlu bimbang jika berada
di pihak yang benar. Kan kan…
TERKINI edit 05/04/2014
Jep memuat naik status di Instagram berkenaan isu di atas.
Penjelasan Jep Sepahtu isu maki peminat. Kredit foto from Berita Harian.net
Alhamdulillah, terjawab sudah spekulasi selama ini. Dakwaan Jep Sepahtu maki peminat adalah tidak benar! Mula-mula baca terkejut gak. Seorang selebriti yang besar namanya, tak mungkin akan buat hal sebegitu. Lagipun Jep Sepahtu jarang dikaitkan dengan cerita kontroversi. Boleh dikatakan artis yang bersih. Bila baca isu ni agak terkejut gak, pelik! Macam tak percaya. Akhirnya terlerai sudah persoalan. Tak baik buat fitnah. Moga dijadikan iktibar buat kita semua. Suka pada bakat lawak dimiliki Jep, selamba dan semula jadi! Moga Jep Sepahtu sukses dalam kerjayanya dalam bidang hiburan. Go go go Jep!

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
15 comments
Berani kerana benar.
Jep ni kan pelawak dan selebriti...kadang2 tu terbawak2 lawak / perkataan yang biasa dorang bawa dalam lawak tu...mungkin sengaja atau tak sengaja...
wallahu'alam
Menabung di sini.
yang punya diri je tahu sebenarnya apa yg dickpkan
berani kerana benar kan
perlu tanya pada tuan bdn la dgn apa yg dicakapkannya..adakah dia sengaja atau tak dengan apa yang disebutkannya tuh..
hmm...kdg kdg gurauan xkena tempat...klu pown sekadar kata kata gurauan...perkataan BODOH itu sangat xbaek diucapkan...hatta kepada sesiapa pown jua...
Assalamualaikum.. terlepas cakap kot. biasalah masuk stadium mesti bersesak kann.. kita bersangka baik la.
Kene tunggu Jep jelaskan ni.....
Tunggu penjelasan dari Jep lok lah ;)
kita tunggu jelah...
kena tunggu penjelasan dari beliau..
Saya mencelah... kebetulan ada kenalan darah yang berada di tempat kejadian.
Ceritanya..Jep nak ke toilet salin baju.
Tapi sis ni dok ajak bergambar
So jawapan Jep bukan seperti yang di hebahkan.
Apa jawapan Jep? Biarlah Jep yang memberi penjelasan sebenarnya
Kalau dah popular...
owh pompuan rupanya. ingatkan lelaki yg kata kena maki tu. tu la rs mcm x pecaya. keluar dlm paper kosmo. ingatkan gosip ke apa. kalau betul mcm story kenalan akak tu..napa erk org tu buat cerita mcm tu. huhu..mcm2... sama2 kita tunggu penjelasan dri jep. cerita dari tuan punya badan. cerita benar sebenar benarnya..