Jaclyn Victor bakal berkahwin

Jaclyn Victor sudah mempunyai buah hati dan bakal berkahwin. Wah! Good news! Kalau dulu Jaclyn Victor bertunang dengan orang putih. Now, dah de pengganti. Baguslah, bertambah ceria dah bahagia empunya diri. Kalau kat tv, suaranya memang memukau semua orang. Siapa sangka, Yumida sendiri pernah face to face dengan Jaclyn Victor. Rupanya orangnya cilik je. Tapi vokalnya…fuh! Menggegar pentas!

"Sudah lama saya mengenali dirinya. Itupun disebabkan kerja. Kalau nak kata ia cinta pandang pertama buat saya, tidaklah. Tetapi bagi dirinya, memang saya cinta pandang pertamanya.  Apabila saya bertanya mengapa beliau memilih saya, jawapan yang diterima adalah, sebaik saja dirinya terpandang saya, ia seolah-olah mendapat petunjuk tuhan sayalah wanita yang akan dijadikan isteri," - Jaclyn Victor 

Jac temui pengganti, Jaclyn Victor bakal berkahwin, kekasih Jaclyn Victor, bakal suami Jaclyn Victor
Gambar Jaclyn Victor 

Menurutnya, pada peringkat awal perhubungan beliau langsung tidak terfikir lelaki itu bakal menjadi calon suaminya. Kesungguhan yang ditunjukkannya bagaimanapun berjaya membuka pintu hatinya yang selama ini tertutup untuk sebarang lelaki. 

"Ketika beliau meluahkan perasaannya, saya ketawa dan tidak mengambil serius langsung perkara itu. Bagaimanapun, dengan kesungguhan ditunjukkan dan persamaan yang ada pada kami, serta masing-masing pernah gagal dalam percintaan, akhirnya saya terima dirinya untuk menjadi bakal pasangan hidup," - Jaclyn Victor 

Walaupun puas dipujuk, namun Jaclyn Victor tetap enggan mendedahkan lebih lanjut identiti bakal suaminya. Kata Jaclyn Victor, beliau hanya akan menjelaskan perkara itu serta maklumat lanjut mengenai perkahwinannya pada sidang media khas, 12 Ogos nanti. 

"Apa yang boleh saya kongsi, beliau masih solo, berusia akhir 30-an dan bekerja di syarikat rakaman antarabangsa. Selebihnya, kena tunggu sidang media kami nanti. Pada hari perkahwinan nanti, saya mahu semua pihak yang banyak menyokong kerjaya seni saya hadir untuk memeriahkan majlis," - Jaclyn Victor 

Sumber: Berita Harian
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

10 comments

ok la tu..mungkin jodohnya dah sampai kan

tahniah..dh sampai jodoh dia la tuh..

Assalamualaikum.. nak kawin dah jac..

jodoh dia dah sampai la tu..akak suka dengar suara jac

Tahniah jac...akhirnya..

Assalamualaikum dik Yumida...tahniah kat Jaclyn Victor...jodoh dia dah sampai..