Masihkah korang ingat akan entryku pasal tv aku yang berhantu tu? Hihi…macam
kelakar je bila tv tu dilabelkan sebegitu.
Kesinambungan mistik versus tenaga
kinetik:
7 Januari 2014 jam 10 malam
Sedang asyik aku menonton tv, sekali lagi tvku meragam. Siaran Astro
asyik tertukar siaran dengan sendirinya. Memandangkan dah beberapa hari benda
ni berlaku. Makanya…kesimpulan aku mungkin ada masalah berkaitan decoder Astro
tu.
Siaran seringkali pause dengan sendirinya. Kemudian, tertukar channel. Tidak
cukup dengan itu, ada percubaan menekan nombor siaran Astro. Berulang-ulang
kali! Remote hanya berada di tepi tanpa di usik sesiapa. Perasaan: annoying
sungguh dengan decoder Astro!
Kemudiannya, berlaku perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini…volume
tv dikecilkan. Tertera nombor yang semakin menurun. Then, dinaikkan semula. Semuanya
berlaku dengan sendiri.
Sejurus selepas berlakunya perubahan mendadak pada volume tv tu, tv
menunjukkan tiada siaran! Sebabnya??? Penukaran input yang menghubungkan
decoder dan tv. Situasi yang membangkitkan sekelumit marah dalam diriku. Ye la,
bila input tu tertukar, siaran tergendala dengan bunyi bingitnya! Menganggu betul!
Aku pun membebel depan hb. Iye..memang rasa sakit hati sangat. Nak tengok
tv pun rasa tak aman, macam-macam gangguan datang. Yang tidak aku tahu apa
puncanya. Kejadian tu berlaku berulang-ulang kali. Dengan gigihnya aku
memperbetulkan kejadian yang sama.
Aku pandang kat hb, “lepas ni sure tv ni akan OFF sendiri”. Guess what??
Aah..tv tu terus OFF dengan sendirinya. Rasa seram mulai menerjah. Aku masih
teringat yang mana sebelum ini, apa yang aku ucapkan berlaku dengan serta
merta. Malah ini kali ke-4, tv itu
ON dan OFF selesai sahaja aku berkata sebegitu.
Seram weh…walaupun pada dasarnya aku hanya bergurau. Tapi tak sangka
gurauan itu benar-benar terjadi. Mana nak jumpa tv boleh ON, OFF dengan hanya
arahan dari tuan dia. Aku terus tutup plug tv. Menakutkan…
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
27 comments
uih....ngerinya...
seram...klik iklan nuff sekali.
oh ho.... ngeri.. dan menakutkan, singgah menabung
ngeri
ada sesuatu kah?? seram je
jengjengjeng... seram giler... kalau malam2 lagi lagi ngeri.. huhuhu
mak aiii seramnyeee.... pandai pulak tv tu ikut arahan tuan dia... huhu
Takut eh..
hahh? mungkin tv tu auto remote. dengar volumee je dia terus ikut arahan...heheee.... try to think positif...hikkk....
hahh? mungkin tv tu auto remote. dengar volumee je dia terus ikut arahan...heheee.... try to think positif...hikkk....
yumida baca ayat kursi pastu sembut kat decoder astro dan tv tu huhu.
tv yumida dah rosak kot
try dulu beli tv baru.. kalau jd jugak mmg kene pindah umah la.. hehe...
jangan lupa cabut plug terus..takot wooo...
menabung
Saya baca pun jadi seram Yumida...
2x tyreplus sini.. :D
kalau masa tu sorang2 memang takut dah .. huhu
ngutik lalu jak tv ktk tok eh.. huhu.. apahal nya kedak ya owh?
hihi.. seram sangat tu.. cuba siasat betul2 k..
seramnya Yumida..dah macam boleh buat filem seram ni..hahaha...
memang seram yumida....sabar jer ler.....
problem kat switcher dia kut...
hehe.. lgi seram dari highland tower ni
ehh..pasal voleum tu, tv umah nur baru2 ni jadi..nur ingatkan tv rosak..hehehe
agaknya betul kot, decoker astro...
hahaha...trus taknak tengok tv
Tengah nak semayang tiba2 tv yg tadi pasang tv3 bertukar siaran ke 702.
Tengah nak semayang tiba2 tv yg tadi pasang tv3 bertukar siaran ke 702.
ada yang tumpang tengok sekali ke?