Otaku Stories Giveaway

[klik banner untuk join]
1 Jan- 15 Feb 2014*mungkin berubah

Melalui Otaku Stories Giveaway, Yumida nak sharing dengan pembaca sekalian berkaitan kisah yang berlaku pada diri Yumida suatu ketika dahulu. Kenangan yang tak dapat dilupakan. Berbaur rasa seram, takut, resah, menggelikan hati..


Gambar di atas diambil ketika bas yang kami naiki rosak di tengah jalan. Apa yang membuatkan kami seriau, ketika itu jam telah menunjukkan pukul 11.30 malam. Hampir tengah malam! Suasana gelap gelita. Hanya terdengar lolongan anjing dari jauh. Ada di antara kami yang ingin membuang air kecil, air besar..kerana tempoh perjalanan yang agak jauh. Jadi, pemandu bas tidak singgah di mana-mana stesen minyak berdekatan. Suasana malam yang pekat, ditambah lagi dengan kehadiran semak, pokok, hutan di sekeliling membantutkan niat murni kami.

Perancangannya tidak seharusnya terjadi begini. Bas yang sepatutnya bertolak jam 2 petang telah ditunda ke jam 6 petang. Penantian yang sia-sia selama mana 4 jam berlalu. Kumpulan kami merupakan trip ke-4 mengikuti rombongan kajian luar ke Banjaran Crocker, Sabah. Tujuan kami ialah untuk mengkaji mengenai tumbuhan hutan dan persekitaran hutan.

Perjalanan yang sepatutnya memakan masa hanya 3 jam telah bertukar menjadi 5 jam! Keadaan jalan yang tidak rata, banyak selekoh, juga dikelilingi gaung sepanjang perjalanan membuatkan aku sedikit resah. Ditambah lagi dengan hujan menyebabkan pergerakan bas berjalan dengan perlahan akibat licin. Rasa tidak selamat. Ya..aku akui yang itu. Kondisi bas yang lama tanpa penyaman udara berfungsi kurang baik membuatkan aku mabuk sepanjang perjalanan.

Lebih memalukan bila penumpang yang duduk di sebelah aku adalah student lelaki. Siap minta plastik lagi dari dia untuk aku muntahkan segala apa yang ada di perut. Memalukan! 5 kali muntah..5 beg plastik yang dia hulurkan! Uargh...! Malunya aku! Padahal sebelum bas bertolak kami siap berkenalan antara satu sama lain. ‘Awek muntah’...pasti dia labelkan aku seperti itu.

Bas telah masuk sebahagian badan hutan. Memandangkan jalan yang dilalui hanya tanah kuning tanpa jalan berturap, ia telah menyebabkan tayar bas terkandas di dalam tanah. Akibat menekan pedal minyak terlalu lama, dengan kekerapan menukar gear bas untuk menggerakkan tayar..tiba-tiba enjin bas mati! Tanpa dapat di start lagi. Laaa...sudah! Kami terperangkap di tengah hutan! 30 minit lagi menunjukkan jam 12 tengah malam. Seram, gerun, takut..semua perasaan bercampur-baur. Agak lama jugak kami ter-stuck di situ..panik! Akhirnya, kami telah membuat keputusan.

Kami berjalan kaki di tengah malam untuk singgah mana-mana rumah yang bakal kami jumpa. Gelap gelita. Persekitaran yang menyeramkan. Bayangkan berjalan kaki di kawasan hutan. Suhu yang sejuk! Dingin! Mata melilau-lilau, bimbang jika terjumpa dengan sang ular. Berjalan kaki hanya berpandukan lampu suluh kecil.

Hampir 1 jam kemudian, kami tiba di sebuah rumah kecil. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 1.15 pagi. Kami meminta kebenaran untuk bermalam di situ. Manakala pelajar lelaki membuat khemah di luar rumah. Begitulah kisah kami terperangkap di tengah hutan. Walaupun ia kisah yang pahit, namun memberi pengalaman manis bersama rakan-rakan tersayang. Dari dalam gambar..sahabatku Mimi, Jai, Us dan yang hujung belah kanan tu Yumida. Ah..tetibe rindu kat diorang. Moga sahabatku semua sukses dalam kerjaya masing-masing dan bahagia bersama insan tersayang.

Berblogging dengan riang ria,
Jangan lupa bantu emak dan ayah,
Giveaway gempak inilah ia,
Otaku Stories Giveaway by blogger Aisyah.

Jom rakan-rakanku sekalian, meh sertai beramai-ramai!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

7 comments

goodluck ;D

wah minat otaku juga? Goodluck :)

nak join jugak la.. gd luck yumida..

Assalamualaikum. Saya singgah dari segmen yang sama. Salam kenal. Done follow you

Otaku Stories Giveaway

thanks sudi join giveaway yg tak seberap tu.. hehe.. Huhu,, memang seriau kalau tengah2 malam macam tu.. huhuh.. ape2 pun tahniah sebab berjaya jumpa rumah... haha. :).