Resepi Kek Lapis Horlick

resepi kek lapis horlick

Atas carian keyword, makanya hari ni nak share 1 resepi kek. Kek sedap, yummeh! Jugak agak famous dihidangkan semasa juadah Raya..jengjengjeng.. Resepi Kek Lapis Horlick. Jom kita tengok cara membuat Kek Lapis Horlick. Mudah ke idok? Rumit ker cara membuatnya. Sure leceh kan kan kan… Ye ker, tak try kita tak tahu. Pada yang teringin nak buat Kek Lapis Horlick jom kita buat step by step berpandukan tatacara di sini.

Bahan-bahan:
10 biji telur
16 oz mentega
1½ gelas tepung gandum
1 gelas gula halus
1 botol kecil horlick
1 botol jem buah-buahan
½ tin susu manis
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Asingkan.
2. Dalam bekas lain, pukul mentega bersama susu manis.
3. Campurkan kedua-dua adunan tadi, masukkan tepung dan esen vanila.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
(1) Campurkan jem buah-buahan
(2) Campurkan horlick
5. Sediakan loyang. Sapukan mentega di permukaan loyang agar kek nanti senang ditanggalkan.
6. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Menggunakan api atas dan bawah (both). Masukkan loyang yang telah diisi adunan tadi. Bakar hingga permukaan kek sudah kekuningan.
7. Tukar kepada api atas (top) bagi lapisan ke-2. Turunkan suhu oven kepada 150 darjah celcius. Selang selikan lapisan antara adunan jem dengan horlick. Buat sehingga habis.
8. Then, siap!

resepi kek lapis horlick, cara membuat kek lapis horlick

Mudah je nak buat Kek Lapis Horlick ni. Kos bahan-bahan pun murah. Yang penting ianya tersangat..sangat sedap!! Oh ya, Kek Lapis Horlick ni boleh jugak dibuat kukus. Kalau buat kukus rasanya lebih moist, lembap, lembut, rasa basah gitu. Tapi kalau pakai oven, kek tu lebih tahan lama disimpan dalam peti ais. Ye la..kek ni kan mudah berkulat. That’s why kebanyakkan orang lebih suka bakar kek dengan oven. Pada yang nak balik kampung, berjumpa dengan parents, family or keluarga mertua boleh la buat Kek Lapis Horlick ni. Sebagai ole-ole..juga air tangan kita buat mereka. 

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

21 comments

Assalamualaikum yumida. kalau sheila nak beli dari yumida boleh pos ke semenanjung tak? teringinnya nak rasa.. hehehe

yumida nape mcm sedap sgt ni..aduiii tengok mcm senang nk buat tp macam xreti lak..hehe

alamk lapar la plak nmpk kek yumida nie

wow!!.. sedapnya yumida, isk rugi tak ikut resepi ni..

telan air liur kmk kak. hehehe waktu krismas selalu juak molah, tapi selalu molah jalur colour-colour :D sedapppp kek tokk.

Sedapnya tak tau bila boleh cuba buat...

Macam best je..,macam sedap je..papa darwiish mesti suke ni..peminat horlicks la kate kan :)

nina suka mkn kek lapis. tp nk buatnya renyih. hehe

salam yumida.. wow,,sedapnya... teringin nak makan....

wahhh..teliur sihhh :)
cer Yumid pos ke Kulim skit..nk juga rs cemana kan..hahaha

**penat ingtkan ada eskaleter kat sini..skali xde letrik plak..hahahhaa

Nampak menarik dan sedap...tapi hanya tau makan jer la :)

kek lapis cadbury pula macam mana? hehehe sa suka sangat

uikss sedapnye haaaaiiii...nk try la nnt...sy copy ye..eheh..tq

Haishhh...kecur liur tgk kek tu.. :)

ika sukkaaaaaaa!!! boleh try ni nanti....thanks kak yumida kongsi resepi :)

ermm .. sedapnye kek lapis ni.

seriously nak try buat! mesti sedappp....x pernah makan pun...^_^

Kek tu nampak sedapppp sangattt ..

HORLISKK ..berkhasiat ..sedapnyerr kek lapis