Siapa Siraplimau.com???
Terpandang
url blog Siraplimau.com dengan taglinenya ‘Segar Lagi Menyegarkan!’. Dalam hati terfikir.. ‘Owh…sure blog masak-memasak ni’. Ditambah lagi dengan header bergrafikkan
segelas air sirap limau, mmm..confirm! Mesti ada resepi menarik di dalam. Nak
terjah!
Oh
tidak!! Tiada perkongsian resepi yang ditemui..rupa-rupanya blog ini berkisar
perihal rumahtangga. Ooo..patutlah blog ni menggunakan nama sirap limau.
Masam-masam manis gitu.
Rahsia di sebalik nama Siraplimau.com kini terbongkar!
Dalam
menyusuri alam perkahwinan, pastinya kita pernah terhambat oleh dugaan yang
datang menimpa. Sebut sahaja perkataan ‘kahwin’. Pasti kita membayangkan
sesuatu yang indah, bahagia, romantis. Iye, ada benarnya itu. Namun, di dalam
kemanisan yang kita kecapi, pasti sang ulat cuba merapati, menebuk lubang
kemanisan! Yang akhirnya meninggalkan kesan hitam! Begitulah asam garam
kehidupan berumahtangga, sentiasa ada ujian menimpa. SirapLimau.com berkongsi kisah suka duka pengalaman sebenar dari
mereka yang bergelar isteri.
Istimewanya Siraplimau.com yang anda harus terjah!
1) Cerita yang dikongsikan kesemuanya segar belaka! Cerita yang
disiarkan berdasarkan kisah sebenar
dari kehidupan mereka yang telah berumah tangga. Malah, cerita ini tidak pernah disiarkan di mana-mana pun! Sama ada di majalah, suratkhabar atau televisyen. Ekslusif
hanya di SirapLimau.com sahaja. Begitulah istimewanya santapan yang disajikan oleh SirapLimau.com buat anda semua, bersesuaian dengan tema yang
dibawa, “Segar lagi menyegarkan!”. Pssst! Cepat la terjah!
2) Perhatian!!! Jika anda berkunjung ke SirapLimau.com, anda berpeluang
untuk memenangi hadiah istimewa melalui reward point.
Nak hadiah?
Meh cepat lepak king di anjung SirapLimau.com.
3) SirapLimau.com sesuai untuk bacaan semua
sama ada kaum hawa atau pun adam. Walaupun kebanyakkannya memaparkan kisah
berkaitan wanita, namun mesej yang
disampaikan bermanfaat buat semua. Kalau dilihat di bahagian komen kan,
ramai jugak kaum adam yang memberikan respon. See, bermanfaat buat semua!
4) SirapLimau.com medium untuk mempelajari dan
menimba ilmu berkaitan cara memperbaiki
kehidupan berumah tangga. Begitu banyak dan banyak kisah yang dikongsikan.
Melalui kisah penceritaan ini dan juga buah pandangan dari mereka yang memberi
komen, secara tidak langsung ia menyuntik
rasa keinsafan, kesedaran akan perihal rumah tangga sendiri. Kisah yang
boleh dijadikan pengajaran, iktibar, panduan untuk diri kita.
5) SirapLimau.com melengkapkan pengetahuan
seseorang yang bakal mendirikan rumah
tangga. Melalui kisah yang dikongsikan, pastinya perkara-perkara negatif yang
diketengahkan seperti pasangan curang, tidak jujur, sering menipu pasangan.
Sikap yang tidak elok sebegini akan dielakkan oleh mereka yang bergelar bakal
pengantin. Haa..ini yang kita nak! Jadikan
pengalaman orang lain sebagai pengajaran buat diri kita. Duhai bakal
pengantin..ingat tu! Carilah informasi bermanfaat perihal rumah tangga di SirapLimau.com.
6) Juga dapatkan tips kehamilan
yang akan membantu anda melalui hari-hari bahagia sebagai seorang bakal bergelar ibu. Haaa…yang si suami
pun sama. Bacalah tips kehamilan ni untuk membantu
isteri anda ketika sarat mengandung. Mudah-mudahan dengan tips ini, menambah rasa kasih dan bahagia sesama
pasangan.
7) Oh ya…yang single macam
mana??? Buat mereka yang masih solo,
jangan risau…SirapLimau.com menyajikan menu pelbagai rasa. Bukan hanya perihal rumah tangga dan
kehamilan sahaja, malah mendedahkan tips motivasi,
masakan, fesyen dan banyak lagi! Berguna buat kita semua, jom apa tunggu
lagi..kita serbu SirapLimau.com sekarang!
Saranan buat Siraplimau.com
1) Tambahkan isu kekeluargaan
Luaskan
topik, bukan hanya mengenai kisah rumahtangga. Masukkan juga isu kekeluargaan. Umpamanya hubungan anak dan orang tua, hubungan
adik-beradik. Masalah dalam
keluarga. Menarik jiwa remaja untuk
turut memberikan buah pandangan. Saya pasti, topik sebegini hangat dibicarakan!
Malahan bukan hanya respon dari kaum wanita sahaja bahkan kaum lelaki. Yang muda, yang tua…semua turut serta.
2) Tambahkan variasi tab menu
Seperti
yang dapat dilihat di blog Siraplimau.com, hanya ada 4 tab menu yang merangkumi
kisah rumah tangga, kehamilan, about dan contact. Jika dinilai pada muka
halaman utama Siraplimau.com, pandangan utama saya berkata, “Ooo..blog pasal orang dah kawin, kisah
bercerai, krisis suami isteri, orang pregnant”. Rupanya bila saya baca
bahagian ‘about’, terselit topik lain. Saranan saya, tambahkan lagi tab menu dengan topik motivasi, masakan dan fesyen. Mendedahkan
kepada pembaca apa isi kandungan dalam blog kita. Sayang…topik sebegini sangat
bermanfaat buat pembaca. Mudahkan pencarian buat pembaca.
3) Berinteraksi di ruangan komen
Secara
kasar, saya perhatikan hanya pembaca yang memeriahkan di ruangan komen. Ada
yang meluahkan perasaan, ada yang menceritakan permasalahan terhadap situasi
artikel yang dikongsikan. Ada yang mempersetujui artikel, malah ada yang
menafikan mesej artikel. Saranan saya agar pihak Siraplimau.com turut serta untuk berinteraksi di ruangan
komen. Pada yang bertanyakan soalan,
diberikan pandangan jawapan. Pada yang meluahkan permasalahan, diberikan
sedikit nasihat atau motivasi. Dengan sebegini, akan
menampakkan ruangan komen ini hidup dan memanggil-manggil pembaca untuk
memberikan pandangan. Boleh jadikan blog Pakar How To sebagai inspirasi, tentang bagaimana menjadikan ruangan komen ini menarik minat pembaca untuk berkongsi pandangan.
4) Manfaatkan sidebar blog dengan informasi
Melihat
pada blog Siraplimau.com, secara jujurnya perkongsian informasi sangat terhad,
tidak banyak pilihan. Paparan artikel yang dikongsikan di halaman utama, hanya
berkisarkan mengenai hal rumah tangga, kisah kecurangan, penceraian. Juga
paparan artikel ‘popular bulan ini’ dan ‘popular hari ini’, ada di antaranya
artikel diulang 2 kali, malah paparan gambar bagi artikel tersebut hanya
membuatkan widget berjela-jela panjangnya. Mungkin penggunaan gambar itu tidak
perlu. Pihak Siraplimau.com juga boleh merujuk blog lain yang sama nichenya iaitu blog Pakar How To untuk melihat halaman blog yang penuh berinformasi! Ianya
juga memudahkan pembaca untuk memberikan
buah fikiran bagi topik yang
mereka suka.
5) Gunakan kotak komen jenis CommentLuv
Gantikan kotak komen yang digunakan dengan kotak komen jenis CommentLuv.
Kotak komen Facebook, kekalkan. Rakan blogger pasti lebih suka meninggalkan
komen di kotak komen yang menyediakan CommentLuv. Sebab apa? Sebab peninggalan komen mereka disertai bersama
dengan link entri terakhir blog mereka. Haaa…dengan cara ni dapat
mempromosi artikel terbaru rakan blogger. Menurut pengalaman blogger popular
dan terulung..Denaihati, penggunaan kotak komen jenis CommentLuv ni adalah
salah satu cara meningkatkan
trafik blog.
Beriklan seketika…
Anda
tertekan? Terbeban dengan masalah rumah tangga? Kongsikan permasalahan anda ke
email hello@siraplimau.com atau melalui
laman SirapLimau.com iaitu http://siraplimau.com/contact/.
Mudah-mudahan dengan perkongsian cerita ini, akan membantu anda menemui jalan
penyelesaian melalui pandangan pelbagai pihak. Jika ada kisah menarik lain,
kongsikan sahaja kisah tersebut ke alamat email seperti tertera di atas.
Itu sahaja. Buat
rakan blogger sekalian, jom beramah
mesra dengan Siraplimau.com!
Website Sirap Limau: http://siraplimau.com
Fanpage Facebook: https://www.facebook.com/mysiraplimau
Twitter: http://twitter.com/mysiraplimau
Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan
oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
11 comments
Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Yumida...InsyAllah nak terjah ni..
teringin juga nak guna kotak komen jenis commentluv tu. Ramai yg cakap dpt tingkatkan traffic.
terbaik....menarik
kelakar kartun tu . ingatkan apa tadi siraplimau siraplimau .
banyak kelebihan , harus terjah . hehe
bestnya :)
a'a first time dgr siraplimau pun ingatkan resepi masakan hehe
wahh..blog pecah rahsia rumah-rumah nih..
dah terjah........
Ya...Yumida sudah menikmati sirap limau...semoga berjaya ya!
mcm menarik jer blog dia..nanti deqla terjah.. alhamdulillah blog domain dah boleh bukak kat opis ni..so x jadi masalah nk terjah.. yeayyy.. :)
Ssuai ntuk yg dah bkahwin ngan bakal mdirikn uma tgga ni.. hehe