Alhamdulillah, selesai menghabiskan 3 pek trial Ephyra. Thanks buat Oceanlife2u dan kak Filla sebab memberi peluang kepada Yumida untuk merasai hasil positif kesan pengambilan Ephyra ni.
Review entry selepas menerima pengeposan Ephyra. Jom terjah ke sini:
Buat rakan-rakan, Ephyra ni merupakan sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen. Seperti yang kita semua tahu, kolagen ni banyak khasiat dan manfaatnya. Sekarang semua produk kecantikan pasti terkandung kolagen. Begitu popular dan pentingnya kolagen ni buat kita. Apa yang membezakan Ephyra ni dari produk lain ialah kandungannya mengandungi (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato). Haaa…gitu! Excited dengan penerimaan kotak bungkusan Ephyra ni, Yumida lantas mencubanya! Jom ketahui perubahan positif selepas Yumida mengamalkan peminuman Ephyra ni.
Pengalaman Yumida selepas menggunakan Ephyra:
1) Kulit Yumida jenis
sensitif. Jerawat yang bertenggek kat pipi sure meninggalkan kesan hitam.
Terpaksa make up tebal sikit kasi cover bekas hitam tu. Sekarang dah tak perlu
make up tebal-tebal kasi sembunyikan bekas hitam tu, sebab apa…kesan hitam di
pipi semakin pudar. Rasa macam keajaiban jer. Tapi makin lama minum Ephyra ni,
tompok hitam tu makin menghilang. Yey! Sukanyeeee…
Gambar sebelum: Ada tompok-tompok
hitam di pipi. Tompok ni sukar nak hilang even pernah menggunakan pelbagai
produk. Gambar di atas tu, wajah Yumida telah menggunakan make up. Sungguhpun
begitu, pun masih gagal menyembunyikan tompok hitam di pipi.
Gambar selepas: Gambar ni tanpa menggunakan make up!
See…korang boleh lihat dah tak ada lagi tompok hitam! Yey! Hepi u olls! Sebab
tu la Yumida cakap yang Ephyra ni memberi keajaiban.
2) Dahulunya timbul banyak jerawat bila hampir waktu period. Selalunya jerawat timbul di
muka. Ada yang besar dan ada jerawat halus. Kulit wajah Yumida macam nampak
kasar je dari jauh. Then, guess what…lepas menggunakan Ephyra ni aktiviti
jerawat di wajah Yumida jadi terbantut. Diorang macam malu-malu je tumbuh.
Hihi.. Itulah penangan Ephyra. Sememangnya membantu dalam memulihkan jerawat.
Sekarang wajah Yumida licin ala-ala baby macam tu. Tiada lagi bonjol-bonjol
kasar di pipi. Malah liang-liang pori diwajah Yumida juga tidak ketara seperti
dulu. Nampak lebih licin, lembut dan gebu.
Gambar sebelum: Liang-liang pori
begitu ketara. Juga kelihatan bekas jerawat yang kemerah-merahan.
Gambar selepas: Kulit lebih licin, liang pori di wajah
mengecil.
3) Kulit Yumida jenis kering. So, sebelum mengambil
Ephyra ni, memang ketara la kulit Yumida kering. Especially bab tapak tangan.
Gambar sebelum: Permasalahan kulit
kering. Nampak macam tapak tangan orang tua. Kering dan berkedut. Hahaha…
Gambar selepas: Tapak tangan lebih lembut, anjal, lembap.
4) Haaa…bukan itu sahaja. Dulu Yumida sering mengalami
masalah kulit sekitar kuku. Kulit tak lekat di sekeliling kuku. Memang
kelihatan tak cantik, macam kuku tu tak sihat.
Gambar sebelum: Kulit tak melekat
sekitar kuku.
Gambar selepas: Kulit sekitar kuku kelihatan cantik, sihat, berseri-seri.
Yang penting, ianya tak tanggal macam dulu. Macam gam dah. Melekat terus!
5) Dahulunya, Yumida berdepan masalah tumit kaki pecah.
Al maklum la, saiz tengah comel. Yumida pun jenis orang yang tak concern pasal
penjagaan diri. Losyen tak pakai. Supplement vitamin C pun tak ambik. So,
memang memberi effect pada kulit. Guess what, selepas pengambilan Ephyra terasa
ada perubahan pada tumit kaki.
Gambar sebelum: Gambar waktu siang.
Tumit kaki pecah dan kasar.
Gambar selepas: Dek excited dengan perubahan positif, Yumida
lantas mensnap gambar tumit kaki. Gambar waktu malam. See, nampak ketara! Tiada
lagi tumit kaki yang kasar dan pecah! Happy youuu…
6) Lepas pengambilan Ephyra ni kan, Yumida rasakan kulit
lebih anjal, halus dan paling penting berseri-seri! Before ni kulit kelihatan
kusam, penampilan pun kurang menarik. Tapiii lepas penggunaan produk ni ramai
yang perasan diri Yumida kelihatan berseri-seri. Macam pengantin gitu!
Hikhikhik.. Terasa kulit ni lebih sihat, kehadiran kolagen dalam tubuh badan
Yumida sememangnya membantu mencerahkan kulit dan merawat kulit.
Gambar terkini: Ni gambar yang terkini! Ada touch up make up sikit. Sungguhpun begitu, takde lagi nampak tompok hitam di pipi Yumida. Kulit pun rasa lebih glowing, lebih anjal. Rasa macam kulit ni lebih sihat. Terima kasih Ephyra! Buat Yumida berseri-seri setiap hari!
7) Yumida kerap kali berasa letih dan rasa tak bermaya
even mendapat tidur yang cukup. Patutnya bila tidur dah cukup, badan rasa segar
dan aktif. Tapi kan, lepas minum Ephyra ni terasa perubahan dalam diri Yumida.
Dah tak macam dulu dah. Dulu asyik lesu je rasa. Sekarang rasa lebih berenergi.
Iye…betul! Tidur cukup, pemakanan bernutrient, pengambilan Ephyra setiap hari
sememangnya membantu memberikan tenaga buat Yumida. Haaa..bila buat kerja rasa
lebih fokus dan bersemangat!
8) Sistem imun badan Yumida ni lemah. Kerap selsema bila
cuaca tak menentu. Ye la cuaca ni tak boleh nak dijangka. Pagi tu panas, petang
tetiba hujan. Especially sekarang ni, nak dekat Chinese New Year, bermulanya
musim hujan juga musim banjir. Bila terkena gerimis hujan ni kan, sistem imun
badan jadi lemah, mula la selsema, asyik bersin-bersin je. Selepas menggunakan
Ephyra kan, Yumida perasan jarang dah selsema. Rupanya bila Yumida baca
kelebihan Ephyra, memang produk ni membantu meningkatkan sistem ketahanan
badan. Wah gitu! Patut la rasa diri ini lebih imun.
9) Before ni Yumida mempunyai masalah akar rambut lemah.
Means rambut mudah gugur. Bila disikat kan, wah…bersusun je rambut kat sikat.
Siap bertindih-tindih lagi tu. Aah time tu memang risau betul dengan masalah
rambut. Lepas pengambilan Ephyra ni kan Yumida tengok jumlah rambut yang gugur
tak banyak macam dulu. Happy la kan…terlepas dari mimpi ngeri..bayangkan u olls
bila rambut banyak gugur dari hari ke hari. Kan boleh menipiskan jumlah rambut.
Seram bila terbayang wajah botak. Hihi.. Alhamdulillah, Ephyra penyelamat
rambut Yumida.
10) Haaa…yang ni Yumida tak boleh lupa. Masa pengambilan
Ephyra lepas 2-3 hari tu kan, Yumida rasa sentiasa kenyang. Tak rasa lapar.
Betul! Sampai Yumida cakap kat rakan sekerja, rasa macam belum lunch tapi rasa
masih kenyang. Tak lapar macam hari biasa. Yumida pun flash back balik apa yang
Yumida makan before turun kerja. Rupanya Yumida minum Ephyra ni di awal pagi,
memang memberi kekenyangan buat Yumida sampai ke tengah hari. Maybe kandungan
Ephyra kot bernutrient. Hmmm..macam ni boleh la Yumida slim, sebab ada Ephyra
mengawal nafsu makan.
11) Yumida sememangnya mempunyai masalah gastrik. Bila
jadual makan tu tak tetap. Mudah je diserang gastrik. Ulu hati jadi pedih.
Kurang suka bila dilanda gastrik, coz menganggu rutin harian Yumida. Tak sangka
lepas mula minum Ephyra ni, jarang dah gastrik datang menyerang. Tiada lagi
rasa pedih di ulu hati. Macam yang Yumida kongsikan before ni, yang Yumida rasa
kenyang bila minum Ephyra. So, pengambilan makanan pun kurang. Keajaibannya,
gastrik pun takde datang menyerang even jadual pemakanan Yumida tak teratur.
Wah…hepi sokmo!
12) Lepas tu kan, awal-awal pagi Yumida dah start
‘membuang’. Bagusnya Ephyra ni coz memudahkan sistem pencernaan tubuh badan
kita. Kalau dulu kena tunggu berhari-hari lamanya baru membuang. Tu la kan,
bila sembelit tu datang, aduhai kasi diri ini stress. Rasa nak buang tapi tak
dapat nak membuang. Jiwa kacau jadinya! Kini lebih mudah. Ephyra memang
membantu proses pencernaan dan rasa lebih kerap membuang. Badan rasa lebih
ringan, rasa kepuasan bila selesai membuang, rasa diri ini normal..kikiki..
Alhamdulillah, pengambilan Ephyra banyak memberi kesan
positif dalam diri Yumida. Dulu baca testimoni pengguna rasa macam ‘ye ke ni?’
‘ker saje nak promote kot’. Tak sangka, lepas diri ini yang mencuba, merasai
perubahannya, sememangnya Ephyra ni terbukti berkesan! Happy..happy..happy! Kengkawan
jom rasai juga keajaiban perubahan Yumida dengan mencuba pengambilan Ephyra.
Pek percubaan
Harga 1 kotak Ephyra RM68.00 (WM) RM78.00 (EM)
Dalam sekotak ada 10 sachets
Harga 1 kotak Ephyra RM197.00 (WM) RM207.00 (EM)
Dalam sekotak ada 30 sachets (penggunaan untuk sebulan)
Hubungi Ephyra:
Official Website : www.oceanlife2u.com
Fanpage : www.facebook.com/oceanlife2u
Twitter : https://twitter.com/Ephyra2u
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
10 comments
Wah!!
Positif! Menarik ni. :)
Tahniah, saya pun cuba juga ephyra, dan hasilnya memang memuaskan hati dan cepat dikesan..:)
rmi dh yg pakai produk ni..skrg mcm2 produk smpi kte sndri xtau nk pilih ape..hee
Salam, cantik, berkesan..
tahniah..mkin cantik..:)
Hi all!
Berminat nak mencuba Ephyra?
Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (Muraaaahhh sangatt!!) dan dapatkan FREE Body Shop shower cream 250ml / body butter 50ml!
Seriously, grab this GREAT deal! Sementara stock masih ada!
Yours truly,
Izza (Pengedar Sah Ephyra)
0192198619
izza_grrl@hotmail.com
Wow... meletop wajah mak. Gebus.. hehe
Wah wah banyak perubahan berlaku ..Tahniah dear
Wajah makin gebe gebas laaa pasni ..kulit makin berseri2..