Sinopsis
episod akhir Playboy Itu Suami Aku
Afina masih menyembunyikan dirinya di rumah
Syaf. Adrian mencari Afina di merata-rata tempat namun kehampaan. Dia langsung
tidak dapat menjejaki Afina. Syaf keresahan apabila memikirkan orang tersayang
Afina pasti mencari rakan karibnya. Di tambah pula Afina duduk menumpang di
rumahnya. Pelbagai ikhtiar Syaf untuk menghubungi Adrian bagi memaklumkan
isterinya tinggal bersama dengannya namun gagal. Afina sentiasa dekat dengan
dirinya.
Fisya semakin hebat mereka cerita kononnya
kehilangan Afina ada kaitan dengan perancangan Afina melarikan diri dengan
Fahmi. Mendengar sahaja kisah itu, membuatkan ibu mertua Afina tidak senang
duduk! Api kemarahannya membara-bara lantas menyuruh Adrian agar menceraikan
Afina.
Adrian semakin bengang dengan cerita yang
ditokok tambah oleh Fisya. Malahan lebih teruk, ibunya cuba untuk menjodohkan
Fisya dengan dirinya! Sesuatu yang tidak dapat diterima akal baginya!
Fisya tersenyum puas! Rancangan jahatnya
untuk meracuni fikiran ibu Adrian berjaya. Malahan dirinya dijadikan calon
sebagai bakal menantu keluarga Adrian juga tercapai akhirnya.
Di rumah, Puan Azizah tidak dapat menerima
kenyataan apabila Fisya memaklumkan berita tentang risikan dari keluarga
Adrian. Ibunya berkeras hanya Adrian sahaja jodoh untuk Afina. Selepas ibu dan
ayah Fisya meninggalkan halaman rumah, Nazri yang bersembunyi sejak tadi muncul
di hadapan Fisya. Fisya terkejut! Berita yang didengar oleh Nazri dari mulut
Fisya membuatkan dirinya marah! Nazri bertindak kasar dan menggugut Fisya
bahawa hanya dia yang akan dijodohkan dengan dirinya. Nazri memperkosa Fisya!
Fisya menangis tersedu-sedu sambil menyimpan dendam!
Syaf berjaya menghubungi Adrian dan
memaklumkan keberadaan isterinya. Mendengar sahaja isterinya dalam keadaan
selamat, Adrian menarik nafas lega. Walaupun pada awalnya Adrian berkeras ingin
berjumpa dengan Afina, Syaf menghalang kerana risau rakan karibnya akan pergi.
Syaf juga memaklumkan pada Afina bahawa ibu Adrian cuba untuk menjodohkan
Adrian dengan Fisya. Afina bertambah sedih dan redha jika itu yang akan
berlaku.
Nazri dipukul hingga cedera parah oleh orang
suruhan Fisya. Inilah dendam yang tersimpan rapi oleh Fisya selepas dirinya
diperkosa oleh Nazri. Fisya puas apabila mengetahui Nazri dihentam teruk oleh
orang suruhannya.
Adrian datang ke rumah keluarga Afina demi
membincangkan tentang risikan keluarganya. Adrian menolak dan tidak bersetuju
akan rancangan ibunya untuk melamar Fisya. Mendengar sahaja berita itu, Fisya
berasa marah. Adrian menyatakan dia akan tetap menunggu Afina sampai bila-bila.
Semasa Fisya ingin menuju ke tempat parkir
keretanya, keluar kelibat seorang lelaki dan meluru ke arahnya. Fisya cedera
parah akibat tikaman pisau di perutnya, akhirnya Fisya meninggal dunia.
Suasana sepi dan suram menyelubungi kawasan
perkuburan. Ayah Fisya redha atas apa yang berlaku dan menganggap pemergian
Fisya adalah suratan takdir. Keluarga Afina dan Adrian bersatu semula. Kini,
Afina hidup bahagia bersama suaminya. Malah bakal menimang cahaya mata sulung
mereka. Adrian semakin mengambil berat dan bertambah romantis terhadap Afina.
Masa kian berlalu, perut Afina juga kian
membesar. Suatu hari Adrian membawa Afina ke tepi pantai dan menutup mata
Afina. Adrian ingin memberikan kejutan istimewa buat isteri kesayangannya,
Afina. Adrian memimpin tangan Afina. Setibanya di suatu tempat, Adrian membuka
penutup mata Afina. Afina terkejut melihat tempat yang dihiasi oleh Adrian
dengan taburan bunga dan gantungan botol kaca. Adrian merapati Afina, katanya
dalam botol tersebut merupakan luahan hatinya terhadap noto-nota yang pernah
Afina tulis suatu ketika dulu. Afina merasa sangat bahagia. –TAMAT-
Saksikan episod penuh: KLIK Playboy
Itu Suami Aku
Ending
yang bahagia. Sure ramai yang suka sambil tersenyum-senyum. Malah semasa drama
ini hangat dipertontonkan, ramai yang tak suka si Fisya Fish tu! Hahahaha…terbukti lakonan Chacha Maembong begitu mantap! Mutu
lakonan Fattah Amin dan Risteena Munim pun ada nampak peningkatan jika dibandingkan dengan episod
pertama.
Isu panassssssss:
Harapan Yumida, agar mereka mempertingkatkan lagi kualiti
lakonan di masa hadapan. Ye la, nama pun tengah naik, hope gunakan peluang ni
sebaiknya. Mana tahu bakal dilamar lagi oleh pihak produksi drama...kan kannn..
All the bez untuk semuanya.
13 comments
xpernah tgk pun tgk sekali terus xminat
Boleh tahan episod akhir marek ;) hee
best2!
Suka dengan Ending Playboy Itu Suami Aku...orang yang berbuat jahat pasti akan mendapat balasannya...
best gak eh ending dia.. rasa mcm nk tgk la.. kena tgk dari episod 1 la kekdahnyer ni.. hahaha...
cerita best je..cuma pelakonnya macam xberapa nak pandai berlakon..
Sebanyak banyak episod, episod akhir je yang boleh tahan...yg lain aku tak puas hati..
*Bini tengok, elih pun terikut sama haha..:D
Klik tabung INTI kat sini..
saya tak tengok drama ini tapi baca sipnosis dia macm best jer..hehe..datang sini isi tabung inti..
Regards,
-Strider-
Ohsem. Thanks, kak umi! Kmk sik dpt nangga marek. Ngabang.. Hahaha :)
tak payah tengok pun takpe..sinopsis ni lengkap jalan ceritanya..tqvm..
Habis sudahh.. :)
kira happy ending la ni..
happy ending....menarik...!
EmoticonEmoticon