Sebelum
ini:
Afina
merampas balik cermin mata dari tangan King Adrian. Pertanyaan mengenai kisah
lopak air pada awal pagi tadi tidak kesampaian. Senyuman maut daripada King
Adrian menyekat segala pertanyaannya.
Afina
terkejut disergah oleh Syaf. Afina bertanya pendapat Syaf, “Cantik tak bila aku
tak pakai spek ni?”. “Kau jangan nak perasan! Muka macam tikus mondok. Hah..pakai!”,
lantas spek itu disuakan kembali ke wajah Afina.
Kak Faz
datang ke kedai bunga Cinta Florist. Dia memberikan kejutan buat Afina sempena
ulang tahun kelahiran Afina yang ke-24. Afina terharu sambil menerima hadiah
tersebut.
Afina
diselubungi pertanyaan misteri. Tentang alamat penghantaran bunga yang tertera
nama Fisya. Pengirimnya daripada si King Adrian. Raja segala playboy. Demi merungkai
soalan misteri itu, Afina menunggu kedatangan Abang Din.
Di pejabat,
kehadiran seorang wanita bekas kekasih King Adrian membuat drama. King Adrian
mahu berpisah dengannya selepas berpacaran selama 3 hari.
Nani,
pekerja di syarikat King Adrian sebagai PA, juga merangkap kekasih King Adrian
bertanyakan kehadiran wanita pada pagi tadi. King Adrian menafikan hubungan
bersama wanita tersebut.
Dalam
kereta, King Adrian menerima panggilan dari ibunya. Bertanyakan sebab King
Adrian tidak hadir meeting dengan Dato’ Hashim. King Adrian lantas bertanyakan
pada Nani mengenai meeting tersebut. Nani tersentak, dan menjawab terlupa untuk
informkan pada King Adrian. Seharusnya Nani memaklumkan pada King Adrian
semalam lagi, tapi dia terlupa.
King
Adrian membuka pintu kereta dan mempelawa Nani keluar. Nani tersenyum girang. Selepas
itu, King Adrian meninggalkan Nani. Nani tergamam dengan perbuatan King Adrian.
“You’re fired!”.
2
hari lagi, tarikh ketibaan ulang tahun birthday Afina dan Fisya. Mamanya
merancang untuk membuat sambutan birthday buat mereka berdua. Fisya excited dan
plan untuk membuat besar-besaran. Pada awalnya, mama merancang untuk menggabungkan
sambutan birthday Afina dan Fisya. Namun segera dibantah oleh Fisya! Fisya menggugut
mamanya, jika mama membuat sambutan birthday mereka berdua, Fisya akan keluar
dari rumah!
Afina
kembali ke bilik tidurnya. Dia terkejut melihat biliknya bersepah dan
berselerak. Afina sebak melihat telekung pemberian arwah neneknya telah
dikoyakkan oleh Fisya.
Selepas
solat, Afina berdoa dan memohon keampunan daripadaNya. Memohon agar dilembutkan
hati Fisya untuk berubah dan insaf. Ketika itu, mamanya memerhatikan dari pintu
bilik, turut berasa sebak mendengar doa daripada Afina. Mamanya menyuruh Afina
berkemas dan bersiap-siap untuk makan malam sempena sambutan birthday Afina.
Fisya
menyelinap masuk ke kamar papanya. Dalam diam, Fisya mencuri ‘note’ tebal dari
dompet papanya.
King
Adrian sibuk melayan kekasih hatinya. Sentiasa bertukar pasangan. Berfoya-foya
dengan gadis cantik sambil memanjakan mereka dengan wang ringgit dan kad kredit.
Fisya
berpura-pura sakit perut kerana tidak mahu meraikan makan malam bersama
keluarganya.
Afina
meraikan sambutan hari lahir bersama mama dan papanya sahaja di sebuah restoren.
Selepas meniup lilin kek, papa menghadiahkan Afina seutas jam tangan. Juga membuat
permintaan agar Afina membimbing Fisya kelak.
Balik
ke rumah, mama menjenguk Fisya di bilik. Kerana sebelum mereka keluar tadi,
Fisya mengadu sakit perut. Mamanya terkejut kerana mendapati hanya patung yang
tersembunyi di bawah selimut. Fisya curi-curi keluar bersama rakannya.
Fisya
balik pada keesokkan paginya. Semasa Fisya menaiki tangga, Fisya terkejut
mendengar suara papanya. Fisya cepat-cepat sembunyi di bilik stor. Mamanya menggelabah
cuba untuk cover kehadiran Fisya daripada dimarahi suaminya, Encik Rahim.
Mama masuk
ke bilik Fisya dan bertanyakan ke mana Fisya menghilang malam semalam. Mama menasihati
Fisya supaya berubah. Seperti biasa, Fisya tidak mengendahkan nasihat mamanya.
Di kedai
bunga, Afina bertanyakan mengenai nama penghantaran yang tertera nama ‘Fisya’
pada Abang Din. Namun, Abang Din juga belum mengenali siapa Fisya.
Birthday
party bakal diadakan pada malam tersebut. Fisya datang ke bilik Afina dan
merampas rantai kesayangan milik kakaknya, Afina. Afina berasa sedih.
Di luar,
kemeriahan sambutan birthday Fisya kedengaran. Ramai rakan-rakan Fisya yang
datang. Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng di luar rumah. Afina pergi membuka
pintu. Afina terkejut! Di luar seorang jejaka yang dikenalinya berada di luar
rumah. King Adrian!
Afina
bertanyakan kehadiran King Adrian ke rumahnya. Afina berasa cemas dan tak tentu
arah apabila ditenung oleh King Adrian. Afina tergamam dan kaku! King Adrian
membuka spek Afina dan mengatakan, “Barulah cantik!”. Tanpa sedar, tangan Afina
sepantas kilat menampar wajah King Adrian! –BERSAMBUNG-
Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 2 adalah sinopsis rekaan Yumida sendiri berdasarkan drama yang ditonton
di tv3. Ingin mengetahui kisah selanjutnya..jom!
Saksikan Playboy Itu Suami Aku – Episod 3 pada malam ini (13 Nov 2013)
Jam: 7 petang hingga 8 malam
TV3
Artikel
menarik:
- Playboy Itu Suami Aku (Promo Akasia)
- Page: Playboy Itu Suami Aku
- Pelakon drama Playboy Itu Suami Aku
- OST Playboy Itu Suami Aku: Rindukanlah
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
15 comments
Assalamualaikum dan mat tgari Yumida..drama PISA..baru semalam sya dpt nonton...hehe...
Assalammualaikum...yumida,
mselim3 tonton gak... boleh lah.. layan.
licha dah lama tak tengok TV. huhuhu. sedih.. :(
rajin betul yumida nie.. akak mmg tak sempat nk ngk cite ney..
Kurang gemar cerita ni. Pelakon mcm tak best je. Kaku. Haha. Mcm tak sesuai je. Tapi takpe la, nk buat cmne kan. mana tahu lepas ni lama2 makin best pulak.
btw dijemput singgah ke blog sy ye :)
agak slowlah ceta ni....
rajinnya kak yumida reka ayat sinopsis cerita ni :)
owh..smalam baru ingat nak tgk episod dua nie..tapi tak sempat laa plak..kat tonton pun tak keluar lagi..hehe
Regards,
-Strider-
belum sempat nak tgk lagi skrang ni...
selamat menonton.. :D
Tak sabar nak tonton.. :3 beberapa minit sahaja lagi :D
Best ke erk? Fuza tak tengok pun..mcm slow je
Cerita best...isi tabung di sini
rajin sis..
tak berani laa nak layan drama melayu sangat, takut tak boleh stop tengok, best ke cerita ni?