Persediaan Sebelum Cabut Gigi


Alhamdulillah, Rabu lepas aku telah berjaya mencabut gigi gerahamku. Sekarang dah masuk hari ke-5 selepas mencabut gigi. Memang tak meninggalkan apa-apa kesan. Tiada kesan bengkak, tiada lagi kesakitan gigi.

Sebelum ni aku pernah berkongsi pengalaman ketika gigiku dicabut: Aku Dah Cabut Gigi...Yey! Tak Sakit Pun. Juga pengalaman selepas gigiku dicabut: Aku Si Rongak. Malah aku pernah menyuarakan ketakutanku untuk mencabut gigi: Nak Cabut Gigi Ke Tak....

Rasa macam tak percaya..aku telah melalui kesemua fasa tersebut. Alhamdulillah, berkat dorongan rakan-rakan sekalian.

Sini jugak aku nak share kat korang semua, persediaan sebelum mencabut gigi.

1.      Breakfast dahulu, makan sekenyang-kenyangnya
Kerana apa? Sebab bila korang dah cabut gigi, korang tak boleh nak kunyah makanan. Ye la..kan gigi tu dah dicabut. Kapas tu kena olwes dlm mulut untuk menebat darah daripada keluar. Kalau tak, nanti darah tu akan mengalir. Haa..kalau korang datang dengan perut kosong..sehari-hari tu perut korang akan berkeriok.

2.      Lepas breakfast, beruslah gigi
Haaa...lepas korang breakfast tu. Beruslah gigi. Taklah muka dentist tu nanti berkerut-kerut tengok dalam mulut korang. Macam-macam ada! Cili kering, sayur, tahi teh, tulang ikan terlekat kat celah-celah gigi korang.

3.      Bawak tisu
Bekalkan tisu sekali. Tak kisah la tisu muka, tisu toilet, tisu lap tangan. Asal tisu. Yang ni pun penting gak. Coz bila dah lepas cabut gigi, sure air liur kita sentiasa nak mengalir. Dentist dah pesan awal, jangan kerap meludah. Lagipun kalau kita meludah dengan kuat, takut menggalakkan darah keluar dari tempat gigi kena cabut tu. Caranya, korang buang air liur perlahan-lahan dan kesat guna tisu. Lepas tu buang tisu tu. Takkan nak simpan kan. Haha!

Haaa..setakat tu je la yang aku boleh share. Yang ni semua berdasarkan pengalaman aku. Korang pulak..ada yang nak tambah tips atau panduan sebelum mencabut gigi? Nyatakan di bahagian komen. Manalah tahu, next time aku nak cabut gigi lagi. Boleh la refer tips dari korang. Or mana-mana readers yang nak tahu persediaan mencabut gigi. Sharing is caring :)


Pssssst! Meh join TEKA GAMBAR. Tamat 08/07/2013 jam 11.59 malam
Jomlah! Manalah tahu korang pemenang yang bertuah tu
Nak tengok hadiah bakal pemenang teka gambar KLIK SINI
Nak join...klik pic bawah ni:

14 comments

Pernah alami semua tu.. mmg tisu penuh dalam mulut..hehe..

wah, cabut gigi takutnyaaa.. haha dah lama tak check gigi. last time, masa kat sekolah dulu. dah keluar sekolah mmg tak rajin lah.. haha

lepas ni tk takut dh kn jmpk doktor..:D

lah cabut gigi ke?
alamak rongak dah..hehehe..
okaykan.. tulah.. ramai org takut sebelum pergi dulu jumpa dr gigi..^^

sekarang takut lagi ke?^^

part nie yang Kancil ndak suka...cabut gigi...sakitnya tu,..hehehe

perghh, paling tak suka bila nak cabut gigi kan..dah besor ni pandai jaga gigi, hehe..btw syabas sebab berjaya cabut gigi..

Yang penting gigi perlulah diberus. Jangan pula bila doktor suruh buka mulut, doktor cakap, patutlah gigi rosak, tak selalu berus gigi. Siapa juga yang malu kan.

Kebetulan gigi geraham ni meragam. Rasa nak kena ikut guideline ni nanti hehe

huhu..hrp2 xkna cbut dh..skit..hihi

Assalammualaikum....yumida,

terima kasih kongsi ilmu cabut gigi nie,., mselim3 pun ingat nak cabut gigi gak nie,,,tengoklah macam mana takut pun ada jgk...

mselim3

senyum puasx2...nanti dah cabut x leh senyum gg x der...hakhakhak...n'way,
second suprise!!!!!
http://pheonixcharlotte.blogspot.com/2013/07/second-suprise.html

yang paling takut cabut gigi geraham...betul tu ..siap apa yg patut disiap dan dibawa..tisu dah mestinye lah..

x penah bersedia pun..sbb punye la penakot nk gi cabut gigi..hahahaha...


EmoticonEmoticon