Aku Si Rongak


Mengumumkan...aku sudah bertitle rongak. Since gigi gerahamku telah dicabut semalam. Yeah..bangga dengan title ku. Pasal...aku tak perlu menanggung kengiluan sakit gigi lagi. Yey! Rongak yang berbaloi!

Nak Cabut Gigi Ke Tak.... Pada teman-teman yang sentiasa memberikan semangat padaku, thanks bebanyak. Kerana korang...misi mencabut gigiku terlaksana.

Before ni, aku ada sharing pengalaman mencabut gigi. Ingat tak lagi? Entry semalam tu. Aku Dah Cabut Gigi...Yey! Tak Sakit Pun

Yang tu pengalaman ketika aku sedang dicabut gigi. Now, aku nak share pengalaman selepas dicabut gigi.


Proses mencabut gigi mengambil masa yang singkat. Daftar, ambik giliran, check gigi, injection, cabut! Masa dicatatkan dalam 30 minit sahaja. Jam menunjukkan pukul 8.45 pagi. Dah abeh cabut gigi wei. Tak sakit..

Tepat jam 12 tengah hari. Iaitu kira-kira 3 jam selepas cabut gigi. Kesan bius mula beransur hilang. Sedikit demi sedikit, kesan cabut gigi mula menerjah. Sakit tak? Sakit..huhuhu. Tapi kalau nak compare dengan sakit gigi, aku lebih rela sakit lepas cabut gigi. Sakitnya tak berdenyut-denyut. Sakit-sakit manja je..

Benda yang paling tak menyelesakan, air liur! Tau..tau je kita lepas habis cabut gigi, di situ jugak dia nak menyibukkan diri! Nak buat kolam katanyeee! Terpaksa aku buang air liur secara slow-slow pakai tisu. Tak boleh ganas sangat, takut tempat gusi tu akan berdarah lagi.

Kapas yang klinik bagi untuk lekat kat celah gigi tu sungguh tak sedap rasanya! Aku ingatkan kapas kosong. Rupanya kapas ada rasa! Euw...aku hampir-hampir termuntah sebab kapas tu. Rasanya lain macam!

Jam 5 petang. Darah beransur beku. Cuma sedikit je la darah bercampur dengan air liur. Sakit pun dah berkurangan.

Bila hb aku balik. Aku pun tanya kat dia. Kapas yang klinik bagi tu kapas kosong or kapas yang diletakkan ubat. Hb aku pun explain. Kapas tu actually sudah diserapkan dengan ubat tahan darah. Means kapas tu diletakkan ubat untuk menghentikan darah. Patutla aku rasa lain macam. Lepas tu aku tanye, macam mana kalau tertelan air liur yang de bercampur dengan ubat kat kapas tu.

“sape soh telan..buang je la air liur tu”
“tapi dentist pesan jangan banyak meludah” – see budak baik yang ikut arahan

Malam menyusul tiba. Yey! Dah takde rasa sakit dah. Darah pun dah beku. Lepas tu aku beli ice cream, bubur, sandwich. Makan puas-puas! Kelaparan..tak dapat makan since pagi sehingga jam 8 malam.

Gitu lah alkisahnya. Pengalaman selepas dicabut gigi. Kalau korang sakit gigi, jangan takut jumpe dentist tau. Diorang tu pakar. Diorang akan buat apa yang terbaik untuk kita. 

38 comments

salam kembali Yumida...dah lama ndak singgah ke sini...apapun Kancil ndak suka masuk klinik gigi nie...kalau masuk pun sebab terpaksa...hahaha

last bunda cabut gigi dalam 4 tahun yg lepas..sebatang RM50..

Huhu...nk tmpal gigi tu yg x thn tu..msa sekolah dulu pun,rasa nk lari je bila nmpk doktor gigi dtg sekolah.huhu

bunda tak tahan nak tunggu lama, sakit sangat..nak gi klinik kerajaan nak kene tunggu lagi..lambat, frust...so bunda terpakse buang duit sikit gi klinik swasta...

hihihi, tak per lah, yang penting still gojes..

akak bila sakit gigi..time2 tu la terpikir nak cabut..tp biasalah kalau tengah sakit mana doc nk cabut kan..tapi bila dah baik sakit ,malas pulak nak gi cabut coz takut hehehe

teringat masa nak cabut gigi dulu. doktor bagi Yun lolipop. Padahal time tu umur dh msuk 19 cume fizikal jer kecik..ngeh3

nak cabut gigi jugak..tapi takut sangat ke dentist..help me!!

hehehe...best kot lepas geram makan banyak2..hahaha

dah tua ni tak takot.

cuma agak nervous! :)

mknanya brus gigi lpas ni jd mcm gmbar 2 la ye?? he3..sy pn ada pglman cbut gg graham, slah diri sndri juga sbb xnk tmpal, nsb baik xtercbut terkoyak gusi, sbb graham la pling ssh nk cbut..

baru nie pernah cabut gigi graham. kena operate, sebab senget. gie hospital kerajaan. ok, doktor baru, ganas, tak nak dengar cakap misi yang dah pengalaman. teruk gak mulut nie dia keje kan. dah la tgh bengkak, tue baru scan gigi. bg temujanjji, hujung tahun. perhh..mmbr dah tak tahan. last2 gie klinik swasta. ambik ko, RM500 terbang, tapi tak sakit, dan tak bengkak. lepas orate, dah leh makan..huhuh..terasa berbaloi...

betul..lebih baik sakit lepas cabut dari tahan sakit sebab tak nak cabut...huhuuuuu

alhamdulillah..dah cabut..:)

hehehe..nyilu rasanya..dah lama tak g periksa gigi..huhu

Assalamualaikum. good girl >____<

Sama la kita..takder gigi geraham sudaa..

deqla paling takot cabut gigi.. eeeiii.. ingt lagi masa kecik2 mak kena tarik deqla masok klinik..deqla meraung2 xnk masok..hahahaha... skng ni dah lama x cabut gigi.. seram kot nk g check gigi nih.. kiranya yumida berani la sahut cabaran kan..haha..

Perasaan paling bahagia adalah perasaan lepas cabut gigi..lega je.. pergh.

seram la..sya paling takut cabut gigi..waktu sekolh dulu pun dah seram bila nmpk dokter gigi datang haha

hehehehe.. takut gile.. smpai skang takut.. hehehehe

betul tu jgan takut tau..doktr tak makan owg pun.. hee..

assalamualaikum yumida...biasa la tu tapi kenapa ramai yg takut pi klinik gigi ek...?

sebenarnya klinik gigi tu sama juga mcm klinik biasa tapi yg buatkn rasa takut tu adalah bunyi mesin n suasananya kot...biasalah klinik gigi ni kurang org dan ianya agak sunyi sbb tak sama dgn klinik biasa yg ramai org...dr pengalaman mama yg pernah bekerja diklinik pergigian ni mmg rata2 ckp takut nak pi cek gigi dah rasa akit baru dtg ke klinik...

p/s n3 yumida ni buat mama dpt idea la nak tulis n3...

saya tetap rasakan cabut gigi ni antara perkara yang sangat mengerikan

saya suka check gigi ja..cabut pun okay..hehe.. sedap pa gigi gusi segla kebas2..lol..hehe

Jadi, pengajarannya...jagalah gigi kita elok-elokkan. Hargailah selagi gigi kita masih elok.

yeyyy! dah ada geng rungak gigi.. hehe..

Geram mowk jumpa tapi takut. Kamek memang takut bila hal bersangkut paut dengan klinik towk. Huhu..

ohh...hilang gigi geraham belum rongok lagi la...hilang dua gigi depan baru boleh panggil rongok..hehehe..

akhirnya...cabut juga..xperlu tanggung sakit dah kan.. :)

ho yeahhhh!!!misi selesai!!!!hakhakhak.....

best kan cabut gigi ? haha

<----- paling takut jumpa doc gigi :3 hahaha.. tu sbb jaga gigi elok2.. ngeh3.. tapi doc gigi(blogger) ckp kena jmpa gax.. haru je!! >.<

wah semakin comellah kalau dah rongak,he3..

anak kak lea kalau cabut gigi,mesti mak suruh beli aiskrim dalam kotak tu,suruh telan,nak cepat bekukan darah.

memang seramlah kalau pergi klinik gigi sebab bunyi mesin2 tu menakutkan he3..

erk.. dulu zaman budak2 paling takut ialah doktor gigi.. tapi sejak sakit SLE pd tahun 1999, doktor dan mcm bestfriend... hihi^^

hai yumida.. jom join mini segmen deqla..tamat jam 11 pagi ni.. !!

selamat sudah gigi tu hehe

yeahh dh cbt gigi..hehe sy pling taku nk cbt gigi la..ntah kenapanya..rs ngilu je bila sbt bab² gigi ni..:P


EmoticonEmoticon