Pelancaran Blog & GiveAway Halim Brothers Dot Com

banner GA
KLIK BANNER UTK JOIN


As salam buat rakan pembaca,

Mengumumkan...Yumida ada kenalan rakan blogger baru. Alhamdulillah..laman sosial banyak memberi manfaat pada diri Yumida. Rakan baru maya bertambah dari sehari ke sehari. Melebarkan ukhuwah ke seluruh dunia..hanya di hujung jari sahaja.

Terbaru...ehem-ehem...Yumida nak memperkenalkan pada korang semua. Penulis blog HALIM BROTHERS DOT COM.



Wajah blog HALIM BROTHERS:
                                                                                                                 
            
  
Komen blog:

Blog kelihatan kemas, simple, loading pun laju. Pengguna tab menu amat-amat membantu pengunjung seperti Yumida membuat rujukan mana-mana tajuk berkaitan. Header HALIM BROTHERS menyampaikan mesej secara terangan dengan slogannya iaitu Menulis Untuk Berkongsi. Hmmmm...tertarik dengan slogan unik tu. Umpama menggambarkan diri Yumida jugak. Tujuan Yumida berblog pun untuk berkongsi segala suka, duka, pengalaman dan berkongsi pandangan secara umum. Moga penulisan kita dapat memberi manfaat buat para pembaca.

Haaa... HALIM BROTHERS jugak mempunyai page facebook yang aktif! Bayangkan korang..pengikut terkini di page HALIM BROTHERS melebihi 6000 likes! Wah...hebat! Banyak betul peminat. Jom ramai-ramai terjah page HALIM BROTHERS ni:




Siapa nak tengok empunya diri HALIM BROTHERS? Sila angkat kaki! Hehe...




Inilah jejaka model mee udang Mak Jah..tergoda tak? Ooops...pada menu yang terhidang di depan mata tu. Hehe..nampak sedap! Ada 6 ekor udang yang besar-besar. Gulp! Telan air liur jap. Model ni la pemilik blog HALIM BROTHERS. Salam perkenalan daripada Yumida :)

Istimewanya mengenai blog HALIM BROTHERS:

Pada pandangan Yumida sendiri, Yumida suka membaca entri yang dihasilkan oleh HALIM BROTHERS. Penggunaan kata yang santai. Haaa...kalau kawan-kawan nak tahu blog HALIM BROTHERS ni menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Wah...mengalahkan Yumida! Tiada singkatan perkataan. Tiada campuran bahasa. Tiada bahasa pasar. Penggunaan medium bahasa yang sangat bagus. Pastinya menjadi ikutan buat diri Yumida dari masa ke semasa. Kata orang, penggunaan bahasa yang penuh membantu blog kita beramah mesra dengan enjin carian. Hmmmm...blog HALIM BROTHERS ni memang patut dicontohi oleh blogger lain. Yumida sendiri pun sedang berusaha menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya untuk blog Yumida ni. Tapi..terkadang tu tercampur jugak. Hehe..


Jom mengenali HALIM BROTHERS dengan lebih dekat.



Sepatah dua buat HALIM BROTHERS:

Moga perkongsian ilmu di antara kita akan sentiasa dikembangkan. Supaya pembaca di luar sana sentiasa mendapat faedah hasil pembacaan daripada blog kita. Sokongan daripada rakan blogger umpama suntikan motivasi menyemarakkan lagi dunia blogging.

Dalam berblogging ni, kalau kita dapat memanfaatkan segala peluang yang ada. Banyak ganjaran yang kita dapat. Respon daripada komen HALIM BROTHERS, dalam fikiran cuma ingin mencari sedikit pendapatan yg lumayan, tetapi sehingga kini masih kurang ‘. Yumida jugak ingin menyarankan beberapa cabang pendapatan lumayan menerusi internet. Moga membantu HALIM BROTHERS mencuba, menjana, juga memperolehi hasil yang lumayan menerusi penggunaan internet ni. Antaranya, daftar untuk iklan 8Share, Churp-Churp, Exabytes, Jobsdirumah, jomniaga dan beberapa cabang iklan yang lain. Insha Allah..berkat usaha yang konsisten pasti membuahkan hasil. Cuba...jangan tak cuba :)





Hadiah YUMIDA akan pilih di Zahrah Mall jika terpilih sebagai Pemenang:


KOD BAJU MUSLIMAH: 

SI O5D

HARGA: RM49.00


Pelancaran Blog & Giveaway ini dianjurkan oleh Blog Halim Brothers Dot Com ditaja bersama SumiJelly dan Zahrah Mall.

bannerGA

3 comments

assalamualaikum yumida...selamat bersegmen yer...;)

http://cikamal.blogspot.com/2013/07/pelancaran-blog-giveaway-halim-brothers.html

amal pun join.. amal blogwalk sini


EmoticonEmoticon