Oh Mak Kucing..Mangapa Engko Berperangai Seperti Ini?


Kisah ni berlaku baru-baru ini. Tanggal 5 Ramadhan, kucing aku yang bernama Cici telah melahirkan anaknya seramai 5 ekor. Kesemuanya comel-comel belaka. Bulu hitam berbintik-bintik. Seakan-akan bercorak cheetah. Semestinya aku excited sebab corak bulu anak-anak kucing ni lain daripada kucing aku yang biasa.


Memandangkan ini ialah kelahirannya yang pertama, aku dapati Cici tidak berperanan seperti ibu kucing yang lain. Ia tidak mahu menyusukan anaknya dengan kerap atau lebih lama. Padahal anaknya masih kecil, amat-amat memerlukan susu ibunya yang mengandungi banyak nutrient. Pernah anaknya terseret jauh sebab masih melekap mulutnya pada puting susu Cici.

Seminggu selepas kelahiran anaknya, Cici mulai berpindah randah menempatkan anak-anaknya. Mula-mula anak Cici ni berada bawah meja, then, dipindahkan ke sudut meja lain. Bila ia rasa tak kena, Cici pindah lagi ke tempat lain. Oleh kerana cara menggigit dan menggonggong anaknya tak betul, anaknya cedera di bahagian leher sehingga menyebabkan kematian! Satu per satu anaknya mati.

Kesian jugak aku tengok anak Cici ni. Daripada anaknya yang 5 ekor tu..then, tinggal 2 ekor sahaja yang masih hidup. Aku cuba mengasingkan anak kucing ni di bilik yang lain. Tujuannya hanya satu..supaya ibunya tidak lagi memindahkan anaknya dari satu tempat ke tempat yang lain. Aku berharap sangat 2 ekor yang tinggal ni akan hidup sampai ke besar.

Bila malam aku akan kurung Cici bersama anaknya dalam bilik tu. Tanpa Cici dapat keluar lagi. Then bila tengah hari aku akan masukkan lagi Cici ke dalam bilik tu untuk menyusukan anaknya. Cici akan keluar untuk makan, minum atau berak sahaja. Perancangan pada mulanya berjalan seperti yang aku harapkan.

3 hari selepas berada dalam bilik tu, Cici secara sembunyi-sembunyi memindahkan anaknya ke tempat lain. Petang tu, aku terkejut bila tengok seekor anak Cici sudah tidak bermaya. Rasa geram..marah..kecewa..bila tengok si ibu memperlakukan anaknya seperti itu. Ada kesan gigitan di lehernya. Sekarang, tinggal seekor lagi.

Selasa, 22 Julai 2013, Ramadhan ke-13..sekali lagi Cici memindahkan anaknya ke dapur. Yang menggeramkan aku ia tidak mahu menyusui anaknya. Dibiarkan anaknya merengek-rengek meminta air. Aku memberikan titisan air paip ke mulut anaknya. Cuaca agak panas. Selepas memindahkan anaknya ke dapur, Cici langsung tidak mahu mendekati anaknya. Selepas berbuka puasa, aku menjenguk semula anak Cici. Aku lihat keadaanya bertambah teruk. Sukar bernafas. Aku fikir mungkin sebab ia kehausan dek kerana cuaca sehari-hari kepanasan. Aku membancuh susu manis, berharap anak kucing ni bakal bertenaga seperti biasa.

Memandangkan di rumah tiada picagari, aku memotong straw untuk menyuakan minuman ke mulut anak kucing ni. Kuberikan perlahan-lahan minuman. Kelihatannya seperti ia sukar untuk menelan. Rasa kasihan sudah lama tertanam dalam diri aku. Sambil memberikan air, aku berdoa hope anak kucing ni akan sihat semula. Diberikan peluang untuk hidup.

Selepas berjaya memberikan beberapa titisan air susu, aku meletakkan semula anak kucing ke tempat asalnya. Sedang aku menonton tv, aku terdengar bunyi barang terjatuh di dapur. Aku pun menjenguk ke dapur. Rupa-rupanya anak kucing ni terjatuh dari tempat tinggi. Cici cuba menggonggong anaknya untuk dibawa ke atas washing machine. Namun, anak yang digonggongnya terjatuh ketika ia sedang melompat ke atas washing machine.

Kesiannya aku pada anaknya...hanya Allah yang tahu. Sudahlah terhidrasi oleh cuaca yang panas, ibunya tak mahu menyusukannya, malah mencederakan leher anaknya dengan bekas gigitannya. Terjatuh lagi dari tempat tinggi. Nafas anaknya tersekat-sekat. Sekejap ada...sekejap hilang. Dengan rasa sebak, aku letakkannya ke atas tisu dan meletakkannya di sudut rumah. Selepas beberapa jam, aku lihat ia tidak bergerak lagi. Tisu tempat ia baring hampir basah keseluruhannya. Ia telah pergi menyahut panggilan Sang Penciptanya.

Kejadiah berlaku semalam. Bila dikenang kembali, sedih pulak aku lihat nasib anak-anak kucing ni. Kalaulah ia mendapat ibu seperti kucing-kucing lain, pasti kelima-limanya akan hidup. 


JEMPUT JOIN CER TEKA GAMBAR YUMIDA – KLIK SINI
Kalau korang jumpe iklan video U Mobile ni kat sidebar blog..
Jemput klik satu kali :)
Sedekah.... Makasih :)

28 comments

Alah sedihnya.. Kenapa cici camni? Cici cici... Cici ni kira ibu muda kot..

air mataku berlinangan membaca kisah ini. walaupun kucing, naluri keibuan mama tersentuh.. nape lah jadi cam ni?

kesiannya anak kucing :'( ibu kucing mmng mcmtu stail dia, cuma cici ni mungkin terlebih ganas sikit jela. tkpe, ade rezeki nnti cici boleh beranak kucing baru :)

kesiannye :/ padahal baru lahir.

Sedihnye.... :(
Knapa la cici.....
Lolly pon prnah dpt neko mcmni, mcm sgaja je mahu mmbunuh ank nye sndri, tp... nk wat mcm mna.. ianya haiwan, bukn manusia..

Masa di sekolah menengah dulu ada seekor kucing yang macam ini. Seekor anaknya sempat Zue selamatkan dan Zue bawa pulang ke rumah selepas habis SPM. Huhu

kesiannya anak-anak kucing tu. :'( cici kenapa engkau begitu. huwaa!

cici tak ready lagi jadi ibu la.. hehehe.. pepandai jek..

Kadang-kadang mak kucing tak nak susukan anak dia walaupun anak dia masih kecik . Tapi sedih jugak bile baca anak dia mati semua . Kesian anak dia terseksa disebabkan cici tu :''|

teruk betul la cici ni.. kalau kucing lain mesti jaga anaknya betul2.. kalau ada kucing lain cuba kacau mesti dia akan marah.. hehe

alahai..semua sekali mati ke..kena ajar cici camane nak jaga anak tu

klu first time beranak mmg ada yg camnie... kadang2 kite yg kene ajar cara menyusahkan and jage anak dia...atau mungkin kitten tu mmg xkan hidup lame../ berpenyakit..sebab tu dia ignore.. lgpun memang dah habit kucing suke pindah2 kan anak dia kalau rase tak selamat... ape pun.. tabah , Insha Allah ade rezeki utk the next kitten.. =)

Ha tu la..budak2 lagi gatal nak mengandung..pastu tak reti jaga..uwwaaa..sedih pulak baca cerita ni..

selalunya bila kucing selalu memindahkan anak dia, mesti ada yg tak kena...

mgkin ibu kucing tak selesa, atau kawasan tu tak selamat...mgkin tdedah dgn kucing2 lain...

tapi bab tak nak myusu ank tu, mgkin ibu kucing tu tkejut kot, sbb itu baru kelahiran pertamakan...

uishhhh....kecian btol lah anak-anak kucen neh...cici napelah ko suke pindah tempat...adoilah!!!!x pe cik yumida...mungkin lain kali kene asingkan dan cari inesiatif lain untuk susukan anak kucen tuh....

Ooo tedah.. jaik ati kmk maca.. arap2 pastok mun nya beranak gik, xda gik nya molah macam ya..

Sama dengan ibu kucing saya, dia taknak susukan, kalau susukan pun kjap je. drpd 4 ekor tinggal sekor, yg 3 ekor lagi tu kena hempap, baru hidup dua hari. yg seekor tu alhamdullilah lah dah 2 bulan, tp mak dia tak nak dkt dia, kalau dekatkan muka anak kucing tu dgn mak dia, mesti mak dia marah nak cakar. Ibu dia muda sbb tu jadi macam ni..

ain pun pernah ada kucing yang tak caring pasal anak dia. hmm sedih tau tengok, tapi dia bukan manusia, tak diberi akal fikiran macam kita. hmm, kesian kucing kamu.

:'(..cianla dpt bayang kn macam mna..kt umh zara pun dulu mcm tu jgk..sbb kucing tu muda dn bru je melahirkn dia tk pandai lgi..pas tu kli kedua dn seterusnya dia dah pandai sikit..tu pun adajgk yg mati..depa mmng suka bwk ank suka hati letak je..tmbah2 klu owg duk tngok ank dia..skrg ni bela kucing jantan dn ada seekor kucing betina tu pun kucing singgah2 kt sini..zara ambil bela dia..

baca entri ni buat deqla risau pulakk..huwaaaaa... omey skng suka pindahkan anak2 dia la.. tp pd 1 tmpt je ... skng ni deqla dah mls nk larang lagi.. letih sudah.. tp bab menyusukan tu, omey ok je xde masalah..ank2 omey yg dulu pun 5 ekor jugak.. sama la smuanya mati.. mungkin anak kelahiran pertama slalunya mati kot? hrp2 anak2 omey yg skng ni boleh bertahan hidup..

owh sedihlah entri ni.kesian semua anak2 kucing tu,kan.maknya masih tak reti lagi..

kucing2 adik kak lea so far ok..cuma pernah jugak berdepan kes kucing mati..terkejar2 kak lea hantar ke klinik sebab nampak kucing tak sihat sangat.dah ajal..meninggal kat pangkuan kak lea.tu sebab kak lea tak boleh bela kucing..mudah touching huhu...

biasanyer kucing jantan je yang buat camtu....1st time dengar ada mak kucing weat camtu...
cian kat baby kucing

banyaknya 5 ekor.. napa jadi cmtu ek.. sebelum ni cici ada anak x? ke baru feztime ada anak..

kucing kalau baru first time ada anak mmg mcm tue..kot..dulu kucing MV pun mcm tue gak

sedihnyeeeeeee. sume mati macam tu je.

Sian anak2 Cici tu..kenapa la dia x nak susu kan anak dia yek? Bab pindahkan anak tu mmg biasa Akak tengok..


EmoticonEmoticon