Dapat HADIAH Jubah, Peplum 2x, Keychain, Blouse, Tudung 2x, Sarung Lengan, Brooch, Beg, Keychain & T-Shirt


Alhamdulillah..rezeki di bulan Ramadhan. Kupanjatkan syukur padaNya atas setiap rezeki pemberianNya..juga pada rakan2 bogger yg baik hati..tengkiu..terima kasih!

Wokeh..nak share jugak kehepian mendapat hadiah drpd rakan2 blogger. Juga sebagai tanda penghargaan. Thanks bebanyak u olls...

JUBAH BERNILAI RM80
Hadiah ni sempena aku dapat tempat pertama dalam GA Sofiesya Collection. Syukur..cantik kan jubah ni. ELENA JUBAH DRESS. Actually, ada beberapa pilihan jubah, tapi aku pilih yang ni coz aku tergoda dengan kecantikan renda yang ada di dada & lengan. Jubah ni bernilai RM80. Makasih pada akak coz sudi bagi hadiah ekslusif macam ni untuk Yumida. Hope bisnes akak sentiasa berkembang maju. Yey yey..boleh pakai malam Raya nanti :)

 

Jubah digayakan oleh model Sofiesya Collection

 PEPLUM
Hadiah ke-2 pulak aku dapat voucher bernilai RM20 from penganjur yang sama iaitu Sofiesya Collection. Alang-alang dah ada voucher, aku pun rembat la peplum ni. CHECKERD PEPLUM BLOUSE (WHITE). Peplum ni bernilai RM45. So, aku just tambah RM25 je. Makasih bebanyak kak atas kedua-dua hadiah ni. Haaa..korang semua..kalau nak cari baju kurung stylo untuk Raya ni jemput la ke blog Sofiesya Collection. Berbagai jenis baju kurung di jual. Peplum, blouse, cardigan, skirt, dress jugak antara yang di jual! Harga pun berpatutan. Meh reramai shopping online di Sofiesya Collection. Berbaloi-baloi!

Peplum digayakan oleh model Sofiesya Collection

PEPLUM BIRU
Peplum ni pulak hadiah daripada Chantek Dress. Yang ni pun sama. Butik online. Pelbagai pakaian di jual di Chantek Dress. Sesuai dengan gaya muslimah masa kini. Oh ya..hadiah ni aku dapat tempat ke-4 untuk kategori blog. Terkezut gak bila dapat mesej soh anta alamat. Hehe...tak sangka. Terpilih sebagai pemenang...alhamdulillah..rezeki. 

BLOUSE
Hadiah ni daripada Tumtumshop. Dapat tempat ke-3. Wah..aku suka tengok corak kat blouse ni. Cantik! Tumtumshop mempunyai butiknya tersendiri. Terletak di 42 Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7 Shah Alam. Juga melebarkan perniagaan menerusi butik online jugak. Pakaian yang di jual: peplum, blouse, dress, skirt, scarf dan banyak lagi. Kalau u olls shopping kat tumtumshop ni, korang akan dapat kos penghantaran percuma!

TUDUNG BAWAL CORAK
Hadiah daripada . Yang ni aku dapat tempat pertama untuk komen paling kreatif. Ada 2 hadiah, satu lagu tudung kat bawah tu.

TUDUNG BAWAL TONES CROWN SWARESKI
Taraaaa! Ni la tudung satu lagi tu. Santek! Tudung bakal dipakai Raya nanti. sure bling-bling nanti, yey...makasih tuan badan [Herbalife] yang baik hati :)
                                                                                   
     SARUNG LENGAN
Yang ni hadiah darpda Hasya Collection. Thanks bebanyak untuk hadiah ni. Pink kaler lagi. My peberet tu. Di bahagian lengan dilekatkan manik putih kasi up lagi kecantikkan si pemakainya.

BROOCH
Kiut brooch ni. Suka tengok kaler tu. Memang pemilihan warna yang ranggi. Thanks bebanyak untuk hadiah brooch ni.

BEG
Dapat beg hijau..yey! Makasih pada tuan badan yang berikan hadiah beg ni. Boleh yumida letak barang-barang kosmetik nanti. Beg ni gebu tau. Ada span kat dalam.

KEYCHAIN PENANG ISLAND
Hadiah beg atas tu disertakan bersama keychain from Penang Island. Cantik keychain ni. Ade kura-kura. Boleh lekat kat kunci nanti.

T-SHIRT I LOVE SABAH
Tara...dapat hadiah ni minggu lepas. Hadiah from gegirl cantik...gegirl negeri di bawah bayu. Thanks Leods untuk hadiah t-shirt ni. Awesome la! Nanti nak jalan-jalan kat bazaar Ramadhan pakai baju ni la. Kalau korang terserempak dengan gegirl sweet pakai baju ni, haa tu la aku. Sudi-sudilah tegur. Hehe...

KAD SPECIAL
Dapat kad special youuu..cantek! kreatif! Kad super gojes ni ditempah oleh Leods..khas untuk i. Oh tengkiu bebanyak Leods. Mula-mula dapat sampul tu ingatkan kad raya bermuzik. Coz macam ade tombol je kat situ. bila bukak..wah..suspens nyer! Kiut..kiut..kiut!

Yeah..ni la kata-kata keramat daripada empunya diri. Thanks bebanyak ye Leods. Jemput rakan-rakan singgah di blognya: http://walkstatic.blogspot.com/


Ada beberapa hadiah yang tak sempat nak diambik gambar..nanti akan kukongsikan untuk next entry. Insha Allah..

-Habis-
Makasih bebanyak yer korang-korang semua
Moga korang sentiasa dimurahkan rezeki. Aamiin.

JEMPUT JOIN CER TEKA GAMBAR YUMIDA – KLIK SINI

27 comments

Alhamdulillah Rezeki Bulan Puasa ni Yumida. hiihi

lorrrrr , syiokk nnyaaa .

murah rezekiii , untunglaa .

moga menang banyak lagi ..

nanti nak join GA banyak2 jugak macam YUMIDAAA <3

Banyaknya hadiah, murah rezeki bulan puasa.

wah...beshhh btol adiah yang cik yumida dapat...n'way,gambar baju jubah yang first tuh cantik bile digayakan model tuh...hehehehe...

wah yumida, jelesnya.. rajin yumida bersegmen yer.. hihi

untung dapat hadiah, best-best pulak tu.. terbaik lah!

waaaa.. banyak eh. hehe.. makseh.. adiah dah sampei.. :)

http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/07/posmen-tak-campak.html

Wah murah rezeki akak, congrates :D

wow banyaknya dapat hadiah :) ...congratulations dear .

WAHH!! murah rezekii akak :D

jelesnye kak yumida.. dapat hadiah .. hehhehe... alhamdulillah.. murah rezeki kak yumida.. hehe.. fiza suk pkai jubah jugak.. hehhee

mmg murah rezeki banyak dpt pakaian.. boleh buat raya tau..

gile byk hadiah mu yumida. huhu. untung badan.

Alhamdulillah.. rezeki di bulan ramadhan :)

waaa banyaknye hadiah yumida dapattttt :D fae plak excited lebih hahahah

syukur
Murah rezeki Yumida.. :)

assalamualaikum yumida...tahniah2 yer...;)

wah byknye.. cantik la peplum putih tu.. alangkah bahagianya kalo deqla yg dpt..hahaha.. tahniah ye yumida..murah rezeki yumida..

wah...banyaknya dapat hadiah

alhamdulillah byk rezeki akak..thniah kak ;)

Wah, syoknya dapat banyak hadiah. tahniah !

Assalammualikum,,,,yumida,

pehhh.. bertuahnyer dapat hadiah menarik2 nie,,,sikit pn x bagi mselim3 huhuhuh...

mselim3

Huishh banyaknye akak dapat hadiah ! Tahniahh :D

#melimpah ruah betul rezeki akak . semoga terus melimpah limpah :D :D

wah banyaknya hadiah..tahniah :)

wallllaaaaaa...perghhh alhamdulillah rezeki tu ^^


EmoticonEmoticon