KLIK BANNER UTK JOIN
Cadangan LOKASI PERCUTIAN yg sesuai utk Hannah & family:
Cik Hannah Sefamili...Jom Melancong ke KUCHING, SARAWAK!!!
Tempat-tempat MENARIK bakal dilawati Cik Hannah Sekeluarga ialah:
Tempat ni terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar
Kuching merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup
masyarakat Sarawak. Hannah & famili juga boleh melihat replika bangunan
yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah
panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah
ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana
pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah
restoran dan kedai kraftangan. Mmg bez! Super awesome! Terpegun bila tengok
persembahan diorang nanti.
2) Pasar Minggu di Jalan Satok
3) Kuching Waterfront
Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, terdapat banyak deretan
kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan
Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang
beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada
ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk
berkunjung di sini kerana di sinilah antara sumber ole-ole Hannah Sekeluarga
untuk saudara mara dan sahabat bila balik nanti.
4) Taman Negara Gunung Gading
Hannah Sekeluarga juga berpeluang ke Taman Negara Gunung Gading, yang
mana ia adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah, hanya dua jam jauhnya
dari bandar Kuching. Pelawat yang datang ke sini mendapat peluang yang terbaik
untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup
bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya.
Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia
tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelawat berkunjung ke sini dengan
selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan
membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah
laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading.
5) Taman Negara Bako
Terletak 37 km dari Kuching Taman Negara Bako kaya dengan flora dan
fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di
Sarawak. Taman ni merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24
spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia
termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda serta yang bernasib
boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di
negeri ini. Menarik kan? Memang sesuai untuk aktiviti Hannah sekeluarga. Camera
jangan lupa! J
6) Pasar Serikin
Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia
- Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar
Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong
dari Semenanjung dan negara asing. Terdapat pelbagai jenis barangan dari
Sarawak dan Indonesia yang dijual di sana dengan harga yang berpatutan.
Di pasar Serikin ini, Hannah & Famili dapat melihat dan membeli
pelbagai barangan yang agak asing daripada terdapat di Malaysia. Barangan yang
dijual amat unik dan menarik hati. Biasanya, penjual menjual barangan rotan,
tikar, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan ‘janjan’,
barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan
kraf tangan yang dihasilkan amat kreatif. Ianya nanti bakal Hannah sekeluarga jadikan
cenderamata atau cenderahati kepada sanak saudara dan rakan-rakan bila balik
nanti. Pasar Serikin ni di buka pada
sabtu dan ahad sahaja (7pagi-4ptg)
7) Jong's Crocodile Farm
Jong’s Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak menempatkan
lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di
daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan
dan pemuliharaan buaya terbesar di Malaysia. Paling bez..Hannah sekeluarga bakal
menyaksikan demo memberi makan buaya yang ada di sini. Mcm bez...n macam
menggerunkan jugak kan? Hihi..
8) Kedai Kek Lapis Dayang Salhah
Klo Hannah nak tahu Kek Lapis Sarawak amat popular sehingga mereka yang
datang berkunjung ke Sarawak tidak akan melepaskan peluang untuk membawa pulang
kek lapis sarawak sebagai buah tangan. Antara tempat menarik di Bandaraya
Kuching yang popular ialah kek lapis Mariam di Satok, Kuching dan juga kek
lapis Dayang Salhah di Kampung Boyan, di seberang Sungai Sarawak (bertentangan
dengan Hotel Holiday Inn Kuching). Seberang sungai ini dihubungkan dengan
jambatan, tetapi pengunjung juga boleh memilih untuk menaiki sampan pada harga
tambang dari 30 ke 50 sen sahaja. Pengalaman menggunakan sampan mmg bez!
***********************************************************************
Memikirkan bajet hotel untuk penginapan Hannah
Sekeluarga mungkin melibatkan kos yg tinggi. Jadi, sini saya syorkan Hannah
tempat penginapan terbaik..lagi menjimatkan!
Guesthouse/Homestay di Kuching- klo Hannah
berminat blh hubungi mkj243 di talian
0138186053
Rumah teres korner(TEPI)
setingkat yang BARU berdekatan dengan pusat bandar.
Halaman luas dan bersih, boleh memuatkan 6 buah kereta.
Halaman luas dan bersih, boleh memuatkan 6 buah kereta.
Lokasi :
10 minit ke pusat bandar.
20-30 minit ke Santubong, Damai dan Kampung Budaya.
20 minit ke Lapangan terbang.
10-15 minit ke waterfront, muzium sarawak dll.
10 minit ke pusat bandar.
20-30 minit ke Santubong, Damai dan Kampung Budaya.
20 minit ke Lapangan terbang.
10-15 minit ke waterfront, muzium sarawak dll.
Kemudahan:
3 bilik - setiap bilik ada katil dan kipas
Ruang tamu - sofa, TV, kipas.
Dapur - meja makan, dapur, peralatan memasak dan pinggan mangkuk.
Tandas - sabun percuma dan tuala (dibersihkan selepas setiap penyewaan)
* Kemudahan lain yang dirancang ialah tempat BBQ, tempat permainan anak-anak dan lanskap.
3 bilik - setiap bilik ada katil dan kipas
Ruang tamu - sofa, TV, kipas.
Dapur - meja makan, dapur, peralatan memasak dan pinggan mangkuk.
Tandas - sabun percuma dan tuala (dibersihkan selepas setiap penyewaan)
* Kemudahan lain yang dirancang ialah tempat BBQ, tempat permainan anak-anak dan lanskap.
Berdekatan:
Choice super Mall, Normah Medical Specialist Hospital, Pusat penjaja malam,
surau dan lain-lain
*
dibekalkan periuk nasi elektrik untuk menjimatkan belanja
Rate - RM150 semalam.
Rate - RM150 semalam.
*********************************************************************************************
Pada pandanganku, specialnya Blog Scarf Sweethoney ialah:
-shawlnya yg cantik, juga menampilkan pelbagai gaya & style, semestinya shawl dari Sweet Honey memenuhi citarasa pemakai hijab
-harganya juga berpatutan, boleh dibeli golongan remaja, yg mana para remaja menggemari fesyen2 semua jenis shawl
-paling menambat hati: modelnya yg cantik! ayu gitu..membuatkan hati sesiapa sahaja tertarik utk membeli
-ruangan promosi yg menarik hati - amat2 kebabom utk di terjah - plus FREE POSTAGE! Tanpa caj penghantaran! Memang awesome laaaa!
-takjub dgn cara promosi perniagaan shawl yg mana dipasarkan secara meluas sehingga terpampang di dada MAJALAH NUR-bulan MEI 2012??? Memang super cool la! Juga di facebook..of course sy akan like! coz nak tengok shawl2 yg trendy
-menyediakan rujukan lengkap utk kemudahan pembeli melalui email - memang urusan jual beli yg mudah & senang!
-paling penting meletakkan no. pendaftaran perniagaan yg mana bg membuktikan kewujudan syarikat. Mmg xde rasa was2 nak beli n order!
-mmg lengkap! siap disertakan kaedah pembayaran. Hmmmm...saya pengguna maybank2u.com...ahahak...memudahkan urusan jual beli...sedang mengexplore shawl pujaan hati
-tutorial menggunakan hijab?? wow! amazing...sy guna tudung biasa jer..jenis main masuk..hmmm..dgn tutorial ni, dpt skill memperaga tudung
-juga menyediakan ruangan iklan...beznya...rm100 per month..mmg berbaloi mempromosi perniagaa kat scarfsweethoney.com yg sentiasa menjadi tumpuan ni
9 comments
yeah:) jom promote kuching :) sarawak awesome! :)
eza: ktk pn awesome! geng kamceng lok :)
w0w..best yer sarawak ^_~
promote jgn sik promote... hehehe... :)
tak boleh jadi ni....area gunung, tamban buaya dan negara bako tak sampai lagi....
ni yang buat nak kesana.
tahniah yumida kerana buat aku hendak jejak kembali ke bumi kenyalang tu
cik HACK: mmg bez! welcome2 :)
masz sidek: promote ngn ktk juak..ne tauk nk berdating ke tmpt tok indah..hehehe
Telo Power: sila2..dialu2kan...lensa jgn lupa di bw k!
even aku datang drpd sabah, jiran kepd sarawak.. tapi sarawak pun aku tak pernh sampai lagi..
good luck GA ni ok..
teringin la pulak nak pgi sarawak..
ABU: saudaraku abu a.k.a jiran negeriku...meh ler dtg ke swk...dijamin kepuasan seronok semaksima mungkin..jom ler...
slm dear.. srwk kita bh.. ehehehe.. aok urg srwk...tp x abis jalan sigek kuching gik.. ya tgh carik ney tempatpaling best dlm dunia towk mok di agak bh...ehehehe.. nice entry..ney tauk nk berjimba lak, leh join sekaki blogger2 srwk nak?? hihihi.. hope jadi yg bertuah kelak bh...xjauh ilak mek ngepos hadiah...ekeke.. GUD luck dear..
EmoticonEmoticon