Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu 7

Malam 19 Oktober 2014, bintang Akademi Fantasia (AF 2014) bakal membuat persembahan untuk konsert minggu ketujuh. Konsert Akademi Fantasia 2014 minggu 7, peserta AF 2014 akan membawa tema lagu klasik. Lagu-lagu lama di zaman P.Ramlee dan Saloma.

Hope peserta beraksi dengan cemerlang nanti. Saksikan persembahan bintang Akademi Fantasia 2014 di kaca tv korang jam 9 malam di saluran Astro Ria 104 dan Maya HD 135. Berikut merupakan senarai lagu yang akan disampaikan oleh bintang AF 2014 bagi konsert minggu ke-7.

Senarai lagu Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu 7 

Azwan AF 2014 – Hanya Dikau (P.Ramlee)
Ewal AF 2014 – Jeritan Batinku (P.Ramlee)
Firman AF 2014 – Jangan Tinggal Daku (P.Ramlee)
Aman AF 2014 – Tiada Kata Secantik Bahasa (P.Ramlee)
Zarif AF 2014 – Ya Habibi Ali Baba (P.Ramlee)
Adel AF 2014 – Jelingan Manja (Saloma)
Nina AF 2014  – Itulah Sayang (P.Ramlee ft. Normadiah)
Nuha AF 2014 – Engkau Laksana Bulan (P.Ramlee)

Setiap minggu sentiasa ada penyingkiran. Peserta AF 2014 dah makin sikit. Tinggal 8 peserta AF 2014 di minggu 7 ni. Tertanya-tanya gak, tak ada nyanyian duet ke? 2 lagu sekaligus untuk peserta yang masih tinggal ni. Nak jugak tahu apa kehebatan setiap peserta yang masih tinggal ni.  

Tahniah buat kesemua 8 bintang AF 2014 yang mara ke minggu 7 konsert Akademi Fantasia. Adakah lagu yang diberikan untuk minggu 7 ni bakal mempamerkan kehebatan vokal dan nyanyian peserta AF 2014? Haaa…sama-sama kita tengok malam Ahad nanti.

Lagu Akademi Fantasia AF 2014 Konsert Minggu Ketujuh, Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu 7, lagu peserta AF 2014 minggu 7, tema lagu klasik konsert AF minggu 7

Ketahui maklumat AF 2014 klik:

Lagu dan persembahan peserta AF 2014:

Saksikan Konsert Akademi Fantasia AF 2014
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam – 11.30 malam
Saluran: Astro Ria (104) & Maya HD (135)

2 comments


EmoticonEmoticon