Sebab Mengapa Johan Tak Sertai MLM 2014

Maharaja Lawak Mega MLM 2014 bakal disiarkan bermula minggu depan. Senarai 10 peserta MLM 2014 telah pun disahkan. Yang mana, Zizan salah seorang yang menyertai MLM 2014 kali ni. Johan? Ya, ramai yang tercari-cari kemunculan Johan. Adakah Johan akan turut serta dalam Maharaja Lawak Mega MLM 2014? Jawapannya TIDAK. 

Sebab Johan tak sertai Maharaja Lawak Mega MLM 2014

“Keputusan tersebut diambil atas faktor kesihatan dan komitmennya kepada kerja dan keluarga. Julai lalu saya ada membuat pembedahan pada ligamen lutut dan memang doktor ada menasihatkan supaya saya tidak banyak bergerak. Alhamdulillah, saya dapat menghabiskan Super Spontan musim kali ini. Ozlyn pun sekarang hanya menunggu masa bersalin, jadi sebab itu saya ambil keputusan untuk tidak menyertai MLM 2014 tahun ini kerana mahu berehat selepas Super Spontan 2014 dan membantu isteri bersama anak yang baru lahir nanti” - Johan

Sebab Mengapa Johan Tak Sertai MLM 2014, Johan tidak sertai Maharaja Lawak Mega MLM 2014, gambar Johan, Johan pemenang Super Spontan 2014, Zizan Razak bergabung Jambu, Virus MLM 2014, Jozan, Johan cedera lutut
Johan dan Zizan Razak sebagai Jozan

Ya, agak tak best tanpa penyertaan dari Johan. Macam yang kita tahu, komedi Johan memang lawak gila-gila. Idea pelik, aksi spontan yang mencuit hati, menjiwai watak komedi, persembahan lawak yang mantap! Kalau dulu, Johan bergabung dengan Zizan Razak, dalam kumpulan Jozan. Memang meletop tiap-tiap minggu. Apa pun, moga Johan sembuh cepat dari kecederaan lutut. Dapat la bantu Ozlyn uruskan baby mereka lepas lahir nanti. Oh ya, tahniah Johan! Atas kejayaan bergelar juara Super Spontan 2014 yang baru berlangsung Jumaat lepas. Menang RM100,000 tu! Seronoknya! Murah rezeki Johan dengan baby baru. Alhamdulillah..

Untuk Maharaja Lawak Mega MLM 2014 ni, hanya Zizan yang beraksi. Bergabung dengan kumpulan Jambu (Tauke dan Yus). Malah dah tubuhkan kumpulan mereka yang dinamakan Virus. Teruja nak tengok!

9 comments

agknya sbb dh bnyk sgt johan menang..nnti lama2 die quit plak mcm afdlin shauki

dia ada kecederaan lutut. sebab tu dia undur diri dari MLM 2014. byk anugerah dia dpt, part wang tunai tu best. bling2 tengok

kurus tengok gambar diorang time ni. Tahniah kepada Johan sebab menang super spontan. Terbaik!

Tahniah Johan untuk Super Spontan. Kita suka je dia dengan Zizan..ada chemistry..nanati tengok virus pulak..

Sungguh tak sabar nk tgk MLM nie.BTW,good job johan.mmg tak seri klu johan xd..kan.pling tak sbr nk tgk gabungn jep shuib dan ilya nnti.mesti meletop!!

Johon ni dia memang utamakan keluarga dalam apa2 hal..

Eloklah dia x masuk bini dia nak beranak...

oh patutlahb Jozan x ada. orang kata x meriahlah kalau Jozan tak ada,


EmoticonEmoticon