Pantun Malaysia Tanah Airku Merdeka

Pantun ni direka olehku sendiri. Menunjukkan betapa aku seorang yang jiwang. Jiwang terhadap negara sendiri. Malaysia tanah airku tercinta. Moga cinta yang tersemai dalam diri aku, tersebar! Membenih di kalangan generasi masa kini. 2014, telah 57 tahun Malaysia merdeka. Alhamdulillah. Moga kemerdekaan dan kedamaian Malaysia akan berkekalan sampai bila-bila.

Pantun Malaysia Tanah Airku Merdeka, pantun merdeka, pantun Malaysia, puisi Malaysia tercinta, pantun jiwang, pantun cinta, pantun kemerdekaan ke-57, kata-kata merdeka, ucapan merdeka, ucapan hari Malaysia, video merdeka, merdeka video contest, ucapan hari merdeka tahun 2015

Pantun Malaysia Tanah Airku Merdeka


Bangun pagi terlanggar bas mini,
Jatuh tersembam di atas bata,
Bermulanya kehidupanku di bumi bertuah ini,
Telah banyak mengajar aku makna cinta.

Beri makan burung terkukur,
Sambil menjolok mangga kuini,
Cinta mengajarku erti bersyukur,
Alangkah beruntungnya aku dilahirkan di tanah merdeka ini.

Beli serai 10 kati,
Untuk dimasak gulai haruan,
Demi cinta kami bersatu hati,
Keakraban tercipta mengukuhkan perpaduan.

Durian sebakul sebagai buah tangan,
Untuk diberikan buat Tok Uban,
Cinta semarakkan api perjuangan,
Demimu Malaysia kami sedia berkorban.

Hari-hari makan muruku,
Makanan kesukaan saya dan nyonya,
Malaysia oh tanah airku,
I love Malaysia selamanya.

Habis! Kalau suka, sila bagitau aku jiwang. Hihi.. Oh ya, sempena bulan kemerdekaan yang lepas, aku dapat reward RM100.00 dari pihak 8Share sebab hasilkan video bertemakan Hari Merdeka. Dalam video tu, ada sedikit ungkapan seperti kata-kata di atas. Selamat menyambut Hari Merdeka dan Selamat Hari Malaysia buat pembaca semua (ucapan untuk hari kemerdekaan tahun hadapan, 2015. Hihi)

9 comments

Salam singgah pagi dik Yumida...pandai dik Yumida mencipta pantu...dan tahniah kerana berjaya dalam dalam pertandingan mencipta video tentang hari kemerdekaan di bulan Merdeka yang lalu...

Salam singgah pagi dik Yumida...pandai dik Yumida mencipta pantu...dan tahniah kerana berjaya dalam dalam pertandingan mencipta video tentang hari kemerdekaan di bulan Merdeka yang lalu...

This comment has been removed by the author.

Pandainya karang pantun. Saya pun belum tentu boleh challenge dik yumida.

Pandai berpantun nih..kalau akak sehari nak mereka pantung berderet gini..ahahah

TERBAIk la Yumida ....Kak Lya tak berapa nak kretif sangat hahaha

Murah rezeki Yumida ..Alhamdulillah ..Tahniah dik

Alhamdulillah, rezeki awak. Pandai berpantun :)


EmoticonEmoticon