Daging Korban Boleh Dimakan Orang Bukan Islam

Oh aku baru tahu, rupanya daging korban boleh dimakan oleh orang yang bukan beragama Islam. Aku ingatkan tak boleh. Mengikut sesetengah mazhab, ia mungkin boleh diberikan kepada orang bukan Islam sekiranya pemberian tersebut boleh membuatkan penerima daging tersebut tertarik untuk memeluk agama Islam.

Daging korban yang telah diagihkan kepada si penerima boleh dimakan oleh sesiapa sahaja termasuk orang yang bukan Islam. Tidak menjadi masalah kepada orang yang menerima daging korban itu untuk memberi makan daripada daging tersebut kepada orang bukan Islam kerana ia telah menjadi haknya. Sumber: Daging Korban

Daging korban boleh dimakan orang bukan Islam, hukum melakukan ibadah korban, tujuan ibadah korban, sedekah daging korban, niat melakukan ibadah korban, hukum memberi daging korban kepada orang bukan Islam

Pendapat paling tepat yang selalu digunakan dalam bab pemberian daging korban ini ialah perlu diberi kepada orang Islam kerana ia merupakan hadiah daripada Allah kepada orang-orang Islam. Tujuan ibadah korban dilakukan adalah untuk bersedekah kepada golongan fakir miskin dan mereka yang kurang berkemampuan serta masyarakat Islam secara umumnya.

6 comments

btl2, sy ingatkan xblh gk .

good info..thx for sharing :-)

Ya ke kak? Sebab teringat ustaz dekat sekolah dulu cakap memang tak boleh. Ohh..boleh ya.

Oh, pasal ini banyak pendapat kan kak. Jadi ada khilaf lah, tapi kita bebas pilih dan ikut mana-mana pendapat. Terima kasih kak, atas perkongsian . ^__^

Boleh.. cuma ada kes yg pernah saya tahu. Ada yg tak tahu dia bagi daging lembu kpd orang india hindu.. jadi gadoh ooo...


EmoticonEmoticon