Temptation Episod Akhir

Episod Akhir Drama Korea Temptation │ Episod 20

Na Hong Joo ditugaskan untuk menjadi jururawat seorang wanita yang telah menjalani pembedahan. Setibanya di sana, Hong Joo terkejut melihat kehadiran Se Young. Wanita yang telah menyebabkan rumah tangganya berantakan. Kerana wanita itu juga, Hong Joo memutuskan untuk bercerai dengan suaminya.

Dengan segera, Hong Joo mendapatkan bagasinya dan ingin terus pergi dari situ. Se Young menahan Hong Joo. Melihat situasi Se Young yang masih dalam keadaan sakit, Hong Joo memutuskan untuk bermalam di situ. Pada malam itu, Se Young memulangkan kasut yang pernah Hong Joo beli di Hong Kong. Se Young meminta maaf terhadap Hong Joo seikhlas hati.

Awal pagi itu, Hong Joo telah bersiap-siap untuk meninggalkan rumah percutian itu. Setibanya di halaman rumah, Hong Joo terkejut melihat kehadiran Seok Hoon, iaitu bekas suaminya. Keadaan menjadi kekok. Se Young meminta Seok Hoon untuk menghantar Hong Joo ke perhentian bas. Dalam perjalanan, Seok Hoon memberitahu kes rasuah yang bakal dihadapi oleh Kang Min Woo, presiden Ajin, juga merangkap bekas suami Hong Joo.

Hong Joo memutuskan untuk berjumpa Min Woo. Kerana begitu teruja melihat kehadiran Hong Joo, Min Woo langsung tidak memberi Hong Joo peluang bercakap. Hong Joo kecewa, lalu terus beredar dari situ. Pada awalnya dia ingin memberitahu amaran buat Min Woo mengenai kes rasuah yang bakal menjatuhkannya.

Seok Hoon begitu sibuk merencana kejatuhan Min Woo. Dia telah merancang dengan rapi. Kes rasuah Min Woo didedahkan melalui media. Kesan daripada liputan meluas media, Min Woo disingkirkan dari jawatan CEO syarikat Ajin. Min Woo tidak dapat menerima hakikat dia disingkirkan, dia mengasingkan diri, itulah kali pertama dia menghadapi kegagalan dalam perniagaan.

2 orang anak perempuannya telah dibawa oleh bekas isterinya. Malah Roy juga telah dibawa emaknya ke luar negara. Min Woo tinggal keseorangan di dalam rumah. Hong Joo bersimpati atas apa yang menimpa Min Woo. Dia memutuskan untuk menziarahi Min Woo.

Min Woo kesal kerana Hong Joo tidak memberitahunya awal tentang kes rasuah tersebut. Hong Joo memberi kata-kata semangat agar Min Woo kembali bekerja. Keesokannya, semasa Hong Joo balik dari membeli barang dapur, dia terkejut melihat Min Woo berpakaian segak menantinya di simpang jalan.

Min Woo mengajak Hong Joo untuk pergi ke Hong Kong. Hong Joo enggan, kerana baginya di Hong Kong terlalu banyak kenangan pahit yang telah berlaku. Min Woo pergi keseorangan ke Hong Kong. Siapa sangka di dalam kapal terbang, dia terserempak dengan Seok Hoon.

Majlis diadakan di Hong Kong begitu meriah. Min Woo datang ke arah Seok Hoon untuk bertanyakan khabar angin yang mengatakan Se Young tengah sakit. Seok Hoon menafikan khabar tersebut. Dari tingkat atas, kelihatan seorang wanita yang begitu cantik berpakaian manik putih. Se Young datang ke Hong Kong!

Seok Hoon begitu terkejut melihat kehadiran Se Young. Risau jika tiba-tiba Se Young jatuh sakit. Se Young tersenyum sambil mengatakan dia sudah bersedia untuk menjalani sesi kemoterapi. Seok Hoon lega mendengar keputusan Se Young. Seok Hoon mengeluarkan cincin dan menyarungkan cincin ke jari Se Young. “I love you”, itulah ungkapan yang dibisikkan oleh Se Young ke telinga Seok Hoon. Seok Hoon merasa begitu bahagia. Tamat!

Ending Drama Korea Temptation

Walaupun ujian menimpa Se Young, Seok Hoon tetap berada di sisi Se Young. Seok Hoon akan menemani Se Young di saat dia menjalani sesi kemoterapi nanti. Selepas kejatuhan Min Woo, perkara itu telah banyak mengajarnya untuk bangun semula. Hong Joo kini bahagia dengan kehidupannya sekarang. Dia akan sentiasa menyokong Min Woo.

Agak kecewa sikit bagi aku, sebab aku teringin nak tengok Min Woo dan Hong Joo bersatu. Tapi dalam drama ni, mereka berdua bawa haluan masing-masing. Kalau bersatu semula kan bez. Hihihi..over pulak aku. Apa pun aku suka tengok drama ni, pelakon semua ensem-ensem, cantik-cantik. Cuma part lakonan Hong Joo kena perbaiki lagi. Tak cukup umph! Bye bye Min Woo, kucing i cakap nanti keluar la dalam tv lagi, dia nak tengok u. Dia cakap u macho menawan.. ooops gatai betul kucing aku.

Gambar Temptation Episod Akhir

Temptation episod akhir, drama Korea Temptation episod 20, gambar Temptation, pelakon Temptation, ending Temptation, last episode Temptation
Seok Hoon dan Se Young

Temptation episod akhir, drama Korea Temptation episod 20, gambar Temptation, pelakon Temptation, ending Temptation, last episode Temptation
Min Woo

Drama Korea Temptation
Tarikh Temptation episod akhir disiarkan: 14 Oktober 2014
Hari: Selasa
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro One HD 393

4 comments


EmoticonEmoticon