Peminjam PTPTN Dapat Rebat & Diskaun Bayaran Balik

Bajet 2015 mudahkan peminjam bayar balik hutang PTPTN

Bajet 2015 pun dah diumumkan. Antara intipati yang ada dalam Bajet 2015 ni, keistimewaan buat peminjam PTPTN. Ada pemberian rebat dan diskaun PTPTN. Peluang tuuu, jangan dilepaskan!

Bajet 2015: Peminjam Hutang PTPTN Boleh Dapat Rebat & Diskaun Bayaran, Bajet 2015 mudahkan peminjam bayar balik hutang PTPTN, Rebat 10%, diskaun 20%, diskaun 20 peratus ptptn, rebat 19 peratus ptptn, cara bayar balik hutang PTPTN, hadis hutang, jumlah peminjam PTPTN yang tidak pernah bayar balik
REBAT 10 PERATUS PTPTN
Rebat 10% jika peminjam PTPTN buat bayaran balik pinjaman berterusan (bayaran bulanan) sehingga 31 Disember 2015.
DISKAUN 20 PERATUS PTPTN
Diskaun 20% diberi kepada peminjam yang mahu membayar sekaligus (bayaran penuh/lump sum) bermula hari ini sehingga Mac 2015.

Kan dah kata peluang penjimatan! Tak sabar aku nak settlekan hutang PTPTN aku ni. Di jangka bulan November nanti aku nak bayar lump sum kesemua baki hutang PTPTN aku. Jumlah pinjaman aku total RM19,500. Lepas bayar ansuran, now dah makin mengecik angka yang tinggal. Dianggarkan dalam RM700. Imagine korang, aku dapat potongan diskaun sebanyak 20% tu. Jimat weh!

Salah 1 cara yang membantu aku buat bayaran balik PTPTN:

Info buat peminjam PTPTN

Seramai 174,000 peminjam tidak pernah membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - Datuk Seri Najib Razak

Amaran buat peminjam PTPTN

PTPTN mengumumkan akan menyenarai hitam peminjam yang gagal membayar semula pinjaman mereka di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Yang ni mesti korang pernah dengar

“Pandai berhutang, pandai la bayar balik”. Ye, ayat tu sering aku dengar di mana-mana. Adalah menjadi kewajipan si peminjam hutang untuk membuat bayaran balik. Hatta dalam Islam pun, melalui beberapa hadis sahih antaranya riwayat Muslim menyatakan roh seorang mukmin itu tergantung-gantung dengan sebab berhutang, waima dosa orang mati syahid pun diampuni, melainkan hutangnya. Sama-sama la kita berusaha untuk melunaskan hutang kita.

Bagi peminjam yang bermasalah nak bayar hutang PTPTN ni, anda disarankan untuk datang berbincang dengan pegawai bertugas di cawangan PTPTN berhampiran. 

21 comments

dah bayar tapi tak banyak la..:)

Berkira2 nk byr gna epf.tp mcm syg..ish2..kalau sy pye pnjman dpt rebet rm3k lebih...ok jgk tu.. Baru rasa ada seruan utk byr penuh.haha

alhamdullilah anum dah bayar

Kurang paham kamek ngan sistem PTPTN tok.. http://angellovesoldier.blogspot.com/2014/10/jadikan-pengajaran.html

Zumal masih kategori tegar lagi ^_^

hurm. mudahan Allah permudahkan sglnya buat kita semua peminjam ptptn. amin.

hehe..sy awal taun aritu p tukar kpd ujrah.niat nk stat byr lh.tp asyik tertagguh je..skrg msh blm byr2 lg

Bayarlah sementara ada diskaun..

byr sikit2 bila konsisten byr pasti akan jd banyak

sy byr guna online banking, cara manual. mula2 byr dulu rs mcm x berganjak je angka hutang. skrg dah blh tarik nafas lega. belum lg betul2 lega. tunggu amount jd rm0. hihi

wah beznye. sure rasa hilang beban kat bahu kan.

blh byr slow2 zumal, secara konsisten. insha allah akan ada nampak perubahan nanti

aamiin. kalau ada usaha, pasti membuahkan hasil cx

beznye andai dlm hidup kita bebas dri hutang.

ujrah bunga 1% je. sy pun dah tukar yg ujrah tu.

yup. diskaun ni ada tempoh. lepas habis mac 2015 dah xde lg diskaun ni. sayang..peluang berjimat tu

informasi buat peminjam ptptn :)

Nak tanya, macam mana nak buat pengiraan utk 20% ni? Cth kalau kita hutang 12000 & nak byr sekali gus, kita kena byr 12000 kat pt ke atau kena byr amount lepas tolak dari 20% tu ya? help pls

baki ptptn tinggal tolak dgn 20%. rm12,000-20%. cenggitu la. tp utk kiraan tepat blh layari website ptptn, buat aduan online, minta untuk kirakan utk bayaran lumpsum.


EmoticonEmoticon