Virus & Sepahtu Tubuh Kumpulan Baru MLM 2014

Virus gabungan Zizan Razak dan Jambu akan hangatkan gelanggang MLM 2014

Maharaja Lawak Mega MLM 2014 bakal disiarkan bermula 14 November 2014. Ramai yang tak sabar menyaksikan peserta MLM 2014 berentap. Peminat Tauke, Yus dan Zizan Razak masing-masing teruja nak tengok kumpulan Virus beraksi.
Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih



Apa istimewanya Maharaja Lawak Mega MLM 2014 kali ni?

MLM 2014 agak berlainan untuk tahun ni, sebab ada antara kumpulan yang bertanding tidak mengekalkan ahli lama, sebaliknya memilih berkolaborasi dengan ahli kumpulan baharu.
Contohnya, Jambu (Yus dan Tauke) bergabung dengan Zizan Razak sebagai rakan kolaborasi dengan menggunakan nama kumpulan Virus.

Selain Virus, kumpulan Sepahtu juga menubuhkan ahli kumpulan baru bagi MLM 2014 kali ni. Ahli Sepahtu terdiri daripada Jep, Shuib dan Ilya Senario. Kalau dahulu, ahli lama adalah Rahim, tapi untuk MLM 2014 ni Sepahtu memilih Ilya Senario. Sama-sama kita tengok gandingan mantap kumpulan baru tu nanti.
Virus, Sepahtu tubuh kumpulan baru MLM 2014, Sepahtu (Jep, Shuib, Ilya Senario), Virus (Tauke, Yus, Zizan), senarai peserta pelawak Maharaja Lawak Mega MLM 2014, tema MLM 2014 Super Hero, gambar MLM 2014
Tema Maharaja Lawak Mega MLM 2014 Super Hero

Senarai 10 peserta Maharaja Lawak Mega MLM 2014:

Sepahtu (Jep, Shuib dan Ilya Senario), Shiro (Ajak dan Shahrul), Bocey (Acey, Abam dan Fad), Virus (Tauke, Yus dan Zizan), Comey (Suhaimi dan Rophie), Jalor (Along, Rahim dan Joey), Sayot (Zam Jr., Filzah dan One), Kepoh (Izu, Pian dan Kamal), SYJ (Syuk, Yasin dan Jihan) dan Nabil.

Info MLM 2014:

Saksikan akan datang, Maharaja Lawak Mega MLM 2014
Hari: Jumaat
Jam: 10 malam
Saluran: Astro Warna 132 & Astro Mustika HD 134 

4 comments

Mesti Virus menang nanti ni...

bosan nyer tp2 thn group yg sama ja masuk bg la org lain plak


EmoticonEmoticon