Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 8

Konsert AF 2014 minggu 8 telah pun berlangsung malam semalam dengan tema lagu pilihan Media. Pembukaan Konsert AF 2014 minggu kelapan diserikan dengan persembahan artis jemputan. Aweera (Aku Dia Dan Lagu), wah..memang power la vokal Aweera. High note yang sedap di dengar. Aweera vokalis kumpulan Mojo kan? Then, persembahan artis jemputan seterusnya, Alif Satar (Akhiri Penantianku & Setiap Hari), diikuti Nomad (Tetap Menantimu). Pembukaan konsert juga dimeriahkan dengan lagu Hindustan, memandangkan perayaan Deepavali baru sahaja disambut oleh masyarakat Tamil kat Malaysia ni, kesemua pelajar AF 2014 menyanyikan lagu Bole Chudiyan.

 
Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

Komen aku bagi Konsert AF 2014 minggu 8 ni, Firman memberikan persembahan terbaik. Berikut merupakan senarai lagu yang disampaikan oleh bintang AF 2014 bagi konsert minggu 8.

Senarai lagu Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu 8

Lagu Solo
Azwan AF 2014 – Cinta Nusantara (Sheqal)
Ewal AF 2014 – Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)
Firman AF 2014 – She’s Gone (SteelHeart)
Aman AF 2014 – Kasih Latifah (Spider)
Zarif AF 2014 – Romancinta (Mojo)
Nina AF 2014 – Rescue (Yuna)
Nuha AF 2014 – Kisah Dongeng (Stacy)

Lagu Duet
Firman AF 2014 ft. Nuha AF 2014 – Ceritera Cinta
Nina AF 2014 ft. Aman AF 2014 – Ku Merindu
Ewal AF 2014 ft. Zarif AF 2014 ft. Azwan AF 2014 – Satu

Tahniah buat 7 peserta AF 2014 yang telah menjayakan Konsert ke-8 Akademi Fantasia 2014 malam semalam. Jom layan gambar persembahan peserta AF 2014 di Konsert Akademi Fantasia Minggu 8:

Gambar & Komen Persembahan Peserta Konsert AF 2014 Minggu 8

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 minggu 8, gambar dan komen persembahan peserta Konsert AF 2014 minggu kelapan, Zarif, Nina tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 8, artis jemputan Aweera (Aku Dia Dan Lagu), Alif Satar (Akhiri Penantianku & Setiap Hari), diikuti Nomad (Tetap Menantimu). Lagu peserta AF 2014 Bole Chudiyan
Ewal AF 2014 dengan lagunya Mahakarya Cinta. Nampak kesungguhan Ewal perform lagu ni dengan terbaik tapi aku rasa macam ada yang kurang. Mungkinkah muzik yang tak begitu kebabom. Yang boleh membuatkan lagu ni menjadi ‘wow’ di dengar. Kalau dengar penyanyi asal lagu ni, memang membuat hati pendengar teruja nak dengar, dan dengar lagi. Mungkin aura pembawaan lagu ni kurang menyerlah. Datuk Ramli MS komen..ermm komennya macam ada makna tersirat. Katanya lagu hit sebegini merupakan nyawa kepada penyanyi asal. Rasa-rasanya, Datuk Ramli MS kurang berpuas hati dengan persembahan Ewal.

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 minggu 8, gambar dan komen persembahan peserta Konsert AF 2014 minggu kelapan, Zarif, Nina tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 8, artis jemputan Aweera (Aku Dia Dan Lagu), Alif Satar (Akhiri Penantianku & Setiap Hari), diikuti Nomad (Tetap Menantimu). Lagu peserta AF 2014 Bole Chudiyan
Nuha AF 2014 dengan lagunya Kisah Dongeng. Persembahan nyanyian Nuha biasa-biasa. Tiada suntikan kreativiti dalam lagu mahupun dari segi vokal. Persembahan solo kurang menarik berbanding nyanyian duet Ceritera Cinta. Lagu duet tu best sebab ada olahan kreativiti lagu, ada feel, nampak serasi dengan pasangan duet. Komen Roslen Fadzil perwatakan Nuha, suara, aura sangat mesra penonton. Nuha mempunyai bakat besar dalam bidang muzik. Komen Datuk Ramli MS, Nuha tak fokus dalam nyanyian, lalai.

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 minggu 8, gambar dan komen persembahan peserta Konsert AF 2014 minggu kelapan, Zarif, Nina tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 8, artis jemputan Aweera (Aku Dia Dan Lagu), Alif Satar (Akhiri Penantianku & Setiap Hari), diikuti Nomad (Tetap Menantimu). Lagu peserta AF 2014 Bole Chudiyan
Firman AF 2014 membawa lagu She’s Gone. Feel 100% ada kat situ! Nyanyian sebati/selari dengan muzik. Cuma sesekala tak kedengaran ungkapan lagu, sebab sebutan yang kurang jelas. Apa pun usaha yang terbaik dari Firman. Jika dibandingkan antara kesemua peserta AF 2014 minggu 8, Firman paling menyerlah! Lagu rock yang sesuai dengan jiwa Firman, juga sesuai dengan range vokal Firman. Terbaik la Firman! Go go go!

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 minggu 8, gambar dan komen persembahan peserta Konsert AF 2014 minggu kelapan, Zarif, Nina tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 8, artis jemputan Aweera (Aku Dia Dan Lagu), Alif Satar (Akhiri Penantianku & Setiap Hari), diikuti Nomad (Tetap Menantimu). Lagu peserta AF 2014 Bole Chudiyan
Azwan AF 2014 membawa lagu Cinta Nusantara. Sekali lagi lagu yang mudah dibawa. Lagu yang sesuai dengan jiwa Azwan. Nyanyian, muzik, penari, semuanya selari. Nampak Azwan enjoy masa perform lagu tu. Lagu duet Satu yang bergandingan dengan Ewal dan Zarif, yang tu meletop! Nampak kemeriahan, keceriaan dalam lagu ni. Walaupun Azwan ada lupa lirik sedikit. Cerita lagu yang sampai kepada penonton. Persembahan duet yang menghiburkan.

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 minggu 8, gambar dan komen persembahan peserta Konsert AF 2014 minggu kelapan, Zarif, Nina tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 8, artis jemputan Aweera (Aku Dia Dan Lagu), Alif Satar (Akhiri Penantianku & Setiap Hari), diikuti Nomad (Tetap Menantimu). Lagu peserta AF 2014 Bole Chudiyan
Aman AF 2014 membawa lagu Kasih Latifah. Lagu rancak, tapi movement Aman nampak terhad. Masih nampak malu-malu nak besarkan karakter Aman dalam lagu ni. Ermm..lagu yang kurang terkesan di hati penonton. Komen Raja Azura, lagu ni cukup besar buat Aman, bukan lagu genre jiwa Aman. Lagu duetnya pula, Ku Merindu, juga mendapat kritikan daripada Roslen. Lagu duet yang kedengaran biasa-biasa. 

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 minggu 8, gambar dan komen persembahan peserta Konsert AF 2014 minggu kelapan, Zarif, Nina tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 8, artis jemputan Aweera (Aku Dia Dan Lagu), Alif Satar (Akhiri Penantianku & Setiap Hari), diikuti Nomad (Tetap Menantimu). Lagu peserta AF 2014 Bole Chudiyan
Zarif AF 2014 membawa lagu Romancinta. Hancus persembahannya. Lagu Romancinta ni memerlukan suara yang besar dan tinggi. Memang tak sesuai dengan range vokal Zarif. Seringkali kedengaran suara Zarif pecah dan tak capai high note. Datuk Ramli MS komen Zarif kena ukur kemampuan vokal sendiri memandangkan range vokal Zarif memang tak mencukupi untuk lagu Romancinta ni. See, sama pandangan aku dengan Datuk Ramli MS. Lagu yang begitu mencabar ni telah membuatkan Zarif kurang mendapat undian, yang akhirnya menyebabkan Zarif tersingkir di hujung konsert.

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 minggu 8, gambar dan komen persembahan peserta Konsert AF 2014 minggu kelapan, Zarif, Nina tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 8, artis jemputan Aweera (Aku Dia Dan Lagu), Alif Satar (Akhiri Penantianku & Setiap Hari), diikuti Nomad (Tetap Menantimu). Lagu peserta AF 2014 Bole Chudiyan
Nina AF 2014 membawa lagu Rescue. Lagu Yuna, Nina ada cara tersendiri nyanyi lagu ni. Nampak sesuai jenis muzik macam ni dengan jiwa dan vokal Nina. Kat pertengahan lagu ni, tiba-tiba ada penari zumba datang. Tauke dan Yus, nampak kelakar je Tauke menari. Lagu duet Ku Merindu, kurang mendapat pujian dari Roslen Fadzil. Karakter Nina kurang menguasai lagu ni. Lagu duet yang kedengaran hambar di telinga penonton. Nasib Nina sama seperti Zarif, apabila mereka berdua tersingkir di konsert AF 2014 minggu 8.  

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 minggu 8, gambar dan komen persembahan peserta Konsert AF 2014 minggu kelapan, Zarif, Nina tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 8, artis jemputan Aweera (Aku Dia Dan Lagu), Alif Satar (Akhiri Penantianku & Setiap Hari), diikuti Nomad (Tetap Menantimu). Lagu peserta AF 2014 Bole Chudiyan
Kredit foto: Facebook Akademi Fantasia

Pengacara Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 8

Zizan Razak & Faizal Ismail (FBI)

Juri Akademi Fantasia AF 2014 Minggu Kelapan

Raja Azura, Datuk Ramli MS & Roslen Fadzil (Pengarang Hiburan Harian Metro)
Saksikan Konsert Akademi Fantasia AF 2014
Tarikh konsert AF 2014 Minggu 8: 26 Oktober 2014
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam – 11.30 malam
Saluran: Astro Ria (104) & Maya HD (135)

3 comments

tak tengok sampai last konsert pun...da tido.

dah tak lama lagi dah ye nak final...^_^


EmoticonEmoticon