Maharaja Lawak Mega MLM 2014 Akan Datang!

Maharaja Lawak Mega MLM 2014  

Yeah! Inilah yang aku nanti-nantikan! Maharaja Lawak Mega 2014! MLM 2014 bakal disiarkan selepas tamatnya Super Spontan nanti. Super Spontan ni aku tak tengok sangat. Kurang menyengat bagi aku. Rasa sangat teruja, bila Maharaja Lawak Mega 2014 akan mengisi slot komedi hari Jumaat, jam 10.00 malam. Lepas tengok Maharaja Lawak Mega 2014, boleh layan Running Man pula. Haha..meleret-leret.

Maharaja Lawak Mega 2014 akan ditayangkan bermula 14 November 2014. Tak lama lagi tu. Bulan depan. Kalau nak tahu, Maharaja Lawak Mega tahun lepas iaitu Maharaja Lawak 2013 pernah menerima anugerah sebagai Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (bersiri) 2 kali berturut-turut dalam majlis Anugerah Lawak Warna 2014. Tahniah Maharaja Lawak Mega! Hope tahun ni, lawak komedi lagi kelakar dari tahun yang lepas-lepas. Takmo lawak ulangan. Nak lawak fresh! Ala…hadiah utama banyak tu! Kualiti lawak mesti la nak setaraf dengan besarnya hadiah utama. Jom skodeng hadiah utama.


Hadiah Juara Maharaja Lawak Mega 2014

Juara MLM 2014 bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000

Pergh! Hadiah wang tunai setengah juta tu! Siapakah pemenang Maharaja Lawak Mega 2014 nanti? Tetttt…sama-sama kita saksikan. Jom tengok 10 senarai peserta yang bakal berentap di gelanggang pentas Maharaja Lawak Mega 2014.


Peserta Maharaja Lawak Mega 2014

Sepahtu, Shiro, Bocey, Virus, Nabil, Comey, Jalor, Sayot, Kepoh dan SYJ.

Peserta atas tu dah sah dah masuk berentap. Jom tengok senarai kumpulan yang merebut kerusi panas Maharaja Lawak Mega 2014. Siapakah bakal menambat hati juri, seterusnya layak untuk bersama-sama 10 peserta Maharaja Lawak Mega 2014. Kita nantikan sahaja nanti.

Maharaja Lawak Mega 2014, senarai 14 peserta Maharaja Lawak Mega 2014, kerusi panas MLM 2014, hadiah juara MLM 2014, pemenang MLM 2014, Maharaja Lawak Mega 2013 menang Rancangan Komedi Hiburan Terbaik

16 Kumpulan Rebut Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2014

Sebanyak 16 buah kumpulan perlu melalui ujian di kerusi panas sebelum layak menyertai 10 buah kumpulan dalam persaingan Maharaja Lawak Mega 2014. Hanya 4 peserta akan dipilih oleh juri profesional untuk melengkapkan 14 peserta MLM 2014. Ujian Kerusi Panas akan disiarkan pada Jumaat, 31 Oktober & 7 November, jam 10 malam.

Ikuti perkembangan terkini Maharaja Lawak Mega 2014:
 Facebook: Maharaja Lawak Mega
Twitter: @maharajalawakmega
Instagram: @AstroGempak  

Saksikan Maharaja Lawak Mega MLM 2014
Hari: Jumaat
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Warna 132 & Astro Mustika HD 134

11 comments

wah bestnya.. dah xsbr nak layan MLM lagii =)

teruja tengok Maharaja Lawak Mega 2014. agak2 siapa la juri MLM 2014 kali ni

sik sabar cx maok nangga tek. dgr khabar, zizan gabung dgn jambu nak? apalah jadi nak kelak huhu

ohya lupak. cx diam smnnjg cnun. cx bkn miak srwk tek. hehe ktk nang org srwk nak? diam ne?

Salam singgah malam dik Yumida...akak tak dapat nak tengok ni sebab tak ada chl mustika dan HD...sedihnya...

Assalam yumida.dah lama gak kak nah xsinggah sini..apa khabar..

terbaik ni....

Ohh...xsabarnyee nak tengokk...

Teringin nak tengok tapi no astro kat rumah sewa. Pepandai la cari online nanti.

tak tengok sebab tal langgan channel ni


EmoticonEmoticon