Masjid Omar Ali Saifuddien Di Brunei

Teringat hujung tahun 2012, trip sefamily ke negara jiran, iaitu di Brunei Darussalam. Kami ke sana menggunakan kereta. Jalan-jalan makan angin. Subhanallah, even saiz negaranya begitu kecik, tapi kemajuan dan pembangunan di Brunei Darussalam mengagumkan! Membangun pesat!

Gambar Masjid Omar Ali Saifuddien Di Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan, kadar tukaran mata wang asing Brunei dan Ringgit Malaysia, jalan-jalan makan angin, percutian keluarga, passport melancong
 Papan tanda selepas melepasi sempadan Brunei – Sarawak

Gambar Masjid Omar Ali Saifuddien Di Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan, kadar tukaran mata wang asing Brunei dan Ringgit Malaysia, jalan-jalan makan angin, percutian keluarga, passport melancong
Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam

Inilah masjid yang kami singgah pertama kalinya di Brunei Darussalam. Sampai di Bandar Seri Begawan sekitar jam 3.05 petang. Agak menarik penduduk Islam di sana, mereka menggunakan telekung sambil berjalan kaki menuju ke masjid. Budak sekolah rendah pun ada, berehat seketika di masjid, sambil menunggu waktu asar masuk.

Bahasa orang Brunei, lebih kepada bahasa Sabah. Memandangkan aku pernah study di UMS Sabah, so mudah bagi aku menangkap dengan jelas apa yang mereka tuturkan. Percakapan mereka agak laju.

Gambar Masjid Omar Ali Saifuddien Di Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan, kadar tukaran mata wang asing Brunei dan Ringgit Malaysia, jalan-jalan makan angin, percutian keluarga, passport melancong
Sisi lain Masjid Omar Ali Saifuddien
Wooo, yang ni memang tinggi. Cantik! Terpegun tengok kecantikan masjid di Brunei. Subhanallah..

Ni baru hari pertama. Hari kedua dan ketiga kami shopping-shopping di Brunei. Tapi takde la banyak. Just beli souvenir dan baju-baju untuk dihadiahkan buat sanak saudara. Ermmm..harga barang agak mahal. Memandangkan mata wang kita kecik berbanding Brunei. 1 dolar duit Brunei bersamaan RM2.50 time tu. Seronoknya ke negara lain. Mengenali budaya orang, struktur bangunan yang berbeza. Rasanya passport aku dah tamat tempoh. Kali terakhir makan angin, bulan Mac lepas, ke Jakarta dan Bandung, Indonesia. Buat korang yang kaki shopping dan kaki jalan, try la ke Bandung, best! Tempat terbaik membeli-belah. Murah!

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

8 comments

teringin nak ke negara jiran..

memang nmpak tinggi,
cantik senibina dia.
simple.

tak sampai-sampai lagi brunei walaupun makcik dah bermaustatin di sana sebab kahwin dengan orang brunei...

kakak saya ada cerita jgk.. memang best ke sana... xrasa asing pn.. yerlah kitakan serumpun... sy pn teringin nak pg sana...

Salam singgah sini dik Yumida....Subhanallah...cantiknya masjid Omar Ali Sarifuddien ni.....

Salam singgah sini dik Yumida....Subhanallah...cantiknya masjid Omar Ali Sarifuddien ni.....

Teringin nak jejak kaki ke Brunei ni...in shaa allah...akan smpi juga satu hari nnt.


EmoticonEmoticon