Kata-Kata Hikmah & Motivasi: Kerja Berpasukan

Kata-Kata Hikmah & Motivasi: Kerja Berpasukan, gambar motivasi, ucapan motivasi, kata-kata mutiara, contoh teladan, gambar kerengga, kumbang hitam, teamwork, kerja bersama-sama, gotong-royong, sikap berpasukan, semangat berpasukan
Foto: 4 ekor kerengga mengangkat kumbang besar
Lokasi: Tempat sidai pakaian, belakang kuarters
Tarikh gambar: 22 Jun 2012

Kata-Kata Hikmah & Motivasi: Kerja Berpasukan

Pepatah ada mengatakan, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Itulah gambaran yang dapat aku lihat menerusi foto di atas. Badan kerengga yang 100 kali lebih kecil berbanding badan kumbang mampu diangkat dan dibawa menerusi tali penyidai pakaian. Semuanya atas usaha kerjasama sebuah pasukan. Bayangkan jika tidak ada kerja berpasukan, mampukah kumbang ini diangkat oleh seekor kerengga? Oh pastinya tidak!

Konsepnya sama juga seperti kita sebagai manusia. Dalam memacu perkembangan ekonomi dan pembangunan negara, kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatu hati. Seperti perumpamaan ini, “Bersatu teguh, bercerai roboh”. Jika tidak ada semangat berpasukan dalam memajukan negara, maka pincanglah ekonomi kita, pembangunan mundur, rakyat merusuh, terumbang-ambing di tempat kerja, tiada keyakinan, sering khuatir syarikat bakal bankrap. Oleh itu, sama-samalah kita menyumbang tenaga, buah fikiran, membentuk perikatan utuh di tempat kerja dan memberikan usaha terbaik dalam kerja berpasukan demi mencapai kejayaan.

Jika dilihat dari perspektif Islam pula, kerja berpasukan juga merupakan asas kepada kekuatan ummah. Ianya dapat dilihat menerusi konsep tolong-menolong.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2;
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat dan pencerobohan).

Sebagai seorang umat Islam, kita perlu terapkan sikap bekerjasama. Dengan bergerak secara berpasukan, mengamalkan konsep tolong-menolong yang makruf, maka sudah tentu umat Islam dapat sentiasa menjunjung kekuatan ummah yang akhirnya memberi kebaikan dan kebajikan kepada semua pihak.

Harus diingat! Semangat kerja berpasukan merupakan kunci kejayaan! Contohilah semangat kerja berpasukan seperti mana kisah 4 ekor kerengga di atas.

3 comments


EmoticonEmoticon