Soekarno Hatta International Airport Jakarta – Mine Home Cihampelas Hotel

JAKARTA-BANDUNG
PART 1

Friday, March 7 bermulalah cerita perjalananku ke Indonesia. Dengan menggunakan Air Asia ‘now, everybody can fly’, perjalanan ke Jakarta dari LCCT memakan masa lebih kurang 2 jam. Bertolak pukul 2220 waktu Malaysia dan sampai di Soekarno Hatta Airport pukul 2320 waktu Indonesia. Waktu diaorang lambat sejam dari Malaysia. Sure aku x pergi keseorangan. Aku ditemani oleh hbku and family members. Kami ke sana seramai 9 orang.

Soekarno Hatta International Airport Jakarta – Mine Home Cihampelas Hotel
LCCT

Before ke sana, segala persiapan telah diatur rapi oleh hbku. Baik dari segi penginapan, upah supir mahupun cadangan tempat-tempat untuk dilawati termasuk charge masuk tempat tu. Excited punya pasal, lepas je adik dia cakap ada tiket murah ke Jakarta, terus dia suruh book. Masa tu masih bulan Januari lagi. So, start dari Januari la dia asyik dok google pasal Jakarta-Bandung termasuk tukaran wang asing. Yelah, nak kira budget kan. Nanti aku share tentatif program yang dia buat termasuk tukaran wang asing utk korang. mana tau, korang nak gi sana jugak. Boleh la kasi input planning korang ckit2.

Soekarno Hatta International Airport Jakarta – Mine Home Cihampelas Hotel
Dalam kapal terbang Air Asia...merah youuuuu

Lupa lak. Masa dlm flight tu, diaorang ada bagi slip kertas utk kita isi. Ini utk imigration and custom. Satu kita bagi masa sampai di kaunter imigration and custom, satu lagi masa balik. Slip ni free jer. Lupa lak aku nak ambil gambar. Nanti kalau korang pergi sana, korang tau la.

Soekarno Hatta International Airport Jakarta – Mine Home Cihampelas Hotel
Di luar Soekarno Hatta International Airport Jakarta 

Soekarno Hatta International Airport Jakarta – Mine Home Cihampelas Hotel
Semua busy di dengan troli masing-masing di luar Soekarno Hatta International Airport Jakarta 

Ok. Lepas jer keluar dari tempat ambik luggage, mata terus tertumpu to our supir. Dia siap bawa kertas tertulis nama my hb. Sembang2 kejap pastu terus ke van. Dia bawak coaster. Big and comfortable. Actually, dia dari company lain. Bukan dari yang my hb booking tu. Dia disewa je utk bawa kitaorang ke bandung. Perjalanan dari Soekarno Hatta Airport ke bandung kira2 3 jam setengah. Kalau jln macet (sesak) maybe sampai 5-7 jam!! Dalam perjalanan, kami sempat singgah di r&r. Buang segala yang patut and beli minuman. Then bergerak ke bandung. Sampai di hotel pukul 0330 gitu.

Hotel yang kami duduk ni, ala2 mcm rumah. Kalau tengok dari luar, mmg x mcm hotel. Tp bila masuk bilik die. fuh... lebih baik dari hotel yg aku pernah pg b4 ni. Bersih and teratur. Siap ada bagi berus gg n ubat gg lagi. Wifi dia laju. Siaran tv die banyak and jelas.  Pekerja semuanya ramah. Memang berbaloi sangat!! Tp alhamdulillah, 3 ari kat sana xda brg hilang.

Penginapan di sini disertakan dengan sarapan pagi. Ini termasuk dlm pakej hotel ni. Best kan. Mostly hotel di sini ada disertakan dengan sarapan pagi. Kalau korang nak ke bandung, aku rekomenkan hotel ni. Pepatah mengatakan, don’t judge the book by it’s cover. Korang boleh tengok harganya dari Fb diaorang. Mine Home Cihampelas Hotel. Pemiliknya Chepy. Korang boleh mintak less dengan dia. Deposit pun xda..

Disebabkan letih dan masih awal pagi, kitaorang tido n rehat2 dulu b4 menyambung ekspedisi tour bandung.. Bersambung PART 2

19 comments

wah seronoknya...akan menyusul nanti...

wah syoknya..tak sabar nak baca sambungan nya..

Assalamualaikum yanggg, nanti review pasal hotel tau. hehehe boleh sheila bookmark sini kalau nak ke Bandung. hihii singgah menabung ford dan libresse sini~~~

ditunggu bandung part dua, wah kalau bisa kita jom lepak kat jakarta hehe :)

alhamdulillah berjalan dgn lancar kan yumida

tengok pun dah seronok,,,belum berjalan-jalan lagi kan...

best nya dapat jalan-jalan.. tak pernah lagi akak menjejakkan kaki ke sana.. :D

best nya dapat jalan-jalan.. tak pernah lagi akak menjejakkan kaki ke sana.. :D

Rindunya nak ke Jakarta lagi...

Mcm best jer ke bandung...alahai bila nak g...

waa bestnyaa..nk tgk gmba tempat penginapan korang tu?

Wahh best... lama tak ke Jakarta.. rindu pulak suasananya. Nice sharing Yumida.. :)

awesomenya, shad baru berkesempatan baca this entry..
:D

wah..ohsem! mr khai memang kaki melancong
kat blog penuh gambar pengembaraan
jauh mengembara luas pengetahuan

Assalamualaikum dik Yumida...wahh...bestnyer dapat melancong...jauh perjalana...pemandangan pun luas kan...hehe...


EmoticonEmoticon