Terpusing Sekali Pampers Dalam Mesin Basuh

Pakaian tercampur dengan pampers dalam mesin basuh! Aaaaa! Penat nak cuci! Ni kes ke 2 barang-barang terpusing sekali dalam mesin basuh. Kali pertama, pampers tak terburai. Kali ke 2, habis kotor barang-barang dengan gel-gel dalam pampers tu. lebih teruk daripada terkena tisu. Kena cuci pakaian tersebut balik. Kena cuci mesin basuh tu dulu sebelum digunakan balik.

isi perut pampers terburai, isi perut pampers keluar, pampers dalam mesin basuh

Dengan ketinggian aku yang super comel, terjungkit-jungkit aku buang sisa pampers tu dalam mesin basuh. Mesin tu agak besar. Muatan 12kg tu kot kalau tak silap aku. Mesin basuh kat umah my MIL. Kejadian berlaku selepas majlis kenduri akikah. Faham-faham je la, habis kenduri banyak pakaian bertimbun-timbun nak kena cuci. Dah selesai buang gel-gel pampers dalam mesin basuh, aku pi tekan setting RINSE dan SPIN buang kotoran pampers.

Mesti ada yang fikir, ni mesti aku tersilap masuk sekali pampers dalam mesin basuh tu. Tak la, aku hanya bantu bersihkan mesin basuh tu je. Tak sangka, amat memenatkan. Nasib baik pampers tak ada tahi! Kalau tak habis kotor pakaian dengan taik. Euw!!


Biasa la, bila barang-barang banyak, tak done nak semak barang dalam baldi. Main punggah dalam mesin basuh je. juga sebagai ibu bapa, kena la alert benda macam ni. jangan termasukkan sekali pampers bersama baju yang anak-anak dah pakai dalam baldi.

Kadang-kadang orang yang membasuh tu, tak perasan, kita sebagai pemilik pampers anak kita tu la yang bertanggungjawab asingkan baju anak-anak dengan pampers. Tak kisah la, ibu bapa ke, penjaga ke.. Masukkan pampers terus dalam tong sampah. Jangan masuk sekali dalam baldi.

Dah macam berkempen pulak aku ni. Membayangkan sahaja dah cukup memenatkan. Apatah lagi dalam dunia nyata, mengutip isi perut pampers yang terburai dalam mesin basuh. Penat woo..

6 comments

hehe..mmg sllu akn jadi macam ni bila kita busy , saya pun terjadi...lepas tu dah alert sgt sbb letih nak bersihkan..lagi2 yg lekat kat baju hitam..huhu

hadoii..seksa camtu..pnt..sabar je la yee

tak pernah lah terjadi kat saya sebab saya terus buang dalam tong sampah lampin tu..

Assalammualaikum.. yumida,

rumit gak yumida nak buang sisa pampers yang bertaburan dalam mesin basuh nie kan.. pehh..

mselim3

perh...mmg thp kesabaran yg tinggi nk cuci wm ni..hihi


EmoticonEmoticon