Pernahkah
korang sendiri alami ataupun terbuat tanpa sedar? Moga perkongsian ini menyuntik
kesedaran dalam diri kita. Ikhlaslah dalam memberi.
Ikhlas Dalam Pemberian & Bersedekah, Jangan
Mengungkit
"Sekiranya
kamu melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas, kamu tidak akan lagi mengenang-ngenangnya,
memikir-mikirkannya, apalagi mengungkitnya. Kerana apabila kamu mengungkit
pemberian atau apa sahaja yang telah kamu lakukan, kamu telah hilang pahala
ikhlas."
-
Imam Ghazali –
Iye,
jangan mengungkit bila kita dah memberikan sesuatu kepada seseorang. Terutamanya
dalam bersedekah. Bila dah bagi, kita lapangkan dada, berusaha membuat sesuatu
dengan hati yang ikhlas. Bersedekah kerana Allah Taala. Moga-moga amalan
kebaikan kita diterima olehNya.
Moga
kita terhindar dari perasaan riak dan suka menunjuk-nunjuk, yang mana akhirnya
orang yang suka mengungkit itu, tidak mendapat apa-apa manfaat, pahala ikhlas
hilang begitu sahaja.
1 comments so far
Cx kalau da bg org.. cx sndiri yg lupa haha
EmoticonEmoticon