Bila ditimpa
sakit, ramai di antara kita sering mengeluh. Menyalahkan takdir yang menimpa
diri. Tetapi tahukah kita semua, setiap sakit yang menimpa kita itu ada
hikmahnya.
14 Hikmah Di Sebalik Musibah Sakit
1)
Sakit itu Zikrullah.
Mereka
yang diuji dengan sakit lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu
sihatnya.
2)
Sakit itu Istighfar.
Kita
akan mudah teringat akan dosa kita ketika sakit sehingga mudah bibir untuk
beristighfar memohon ampun.
3)
Sakit itu Muhasabah.
Orang
yang sakit akan lebih banyak waktu utk merenung diri dalam sepi dan menghitung
bekal untuk dibawa apabila kembali ke rahmatullah.
4)
Sakit itu Jihad.
Orang
yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar sedaya upaya
agar cepat sembuh.
5)
Sakit itu Ilmu.
Sakit
akan membuat kita mencari ilmu seperti belajar tentang khasiat herba, menghafal
ayat syifa', ruqiyyah dan lain-lain sebagai penawar dan pendinding dari sakit.
Pengalamannya pula lebih menyediakan kita untuk mencorak hidup yang boleh
mengelakkan berulangnya penyakit itu. Dan, berkongsi pengalaman ini dengan
orang lain.
6)
Sakit itu Nasihat.
Mereka
yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar menjaga diri. Yang sihat pula
menasihati yang sakit agar bersabar.
7)
Sakit itu Silaturrahim
Ahli
keluarga, sahabat dan jamaah yang jarang berjumpa akan datang menziarahi, penuh
senyum, rindu mesra dan dengan buah tangan lagi.
8)
Sakit itu Gugur Dosa.
Anggota
badan yang sakit akan mendapat penyucian daripada dosa yang telah dilakukan.
9)
Sakit itu Mustajab Doa.
Orang
yang sakit mustajab doanya. Imam As-Suyuthi mengelilingi kota mencari orang
yang sakit agar dapat mendoakannya.
10)
Sakit itu Menyusahkan Syaitan.
Orang
yang sakit apabila diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.
11)
Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.
Satu
sikap keinsafan yang di sukai oleh Anbiya' dan makhluk di langit.
12)
Sakit meningkatkan kualiti ibadah.
Solat
orang sakit lebih khusyuk terutama dalam rukuk dan sujudnya apabila ia banyak
bertasbih dan beristghfar, berdoa dan meminta ampun agar sakitnya segera
sembuh.
13)
Sakit itu memperbaiki akhlak.
Kesombongan
terkikis. Sifat tamak dipaksa tunduk. Peribadi akan menjadi sopan santun, lembut
dan tawaduk.
14)
Sakit mengingatkan kita akan Mati
Membuatkan
kita sentiasa beringat untuk lebih beramal dan beribadat. sumber
Dengan
mengetahui Hikmah Di Sebalik Musibah Sakit,
menjadikan kita sentiasa bersabar apabila ditimpa sakit. Sakit itu peluang
mendekatkan diri denganNya. Semoga kita mendapat rahmat dan keampunan daripada
Allah SWT.
5 comments
Sakit itu besar rahmatnya untuk orang yang bersyukur :)
Terima kasih untuk perkongsian :)
singgah pagi jumaat
TQ, ingatan buat yang sihat juga..;)
Ya. Beruntung jika sakit. Sakit itu penghapus dosa. InsyaAllah sama2 kita beringat
nice sharing..
EmoticonEmoticon