5 Cara Halau Anai-Anai Dari Rumah

Anai-anai suka merosakkan perabot di rumah. Tidak kira rumah kita diperbuat dari batu ataupun rumah papan, anai-anai akan datang menyerang dan memusnahkan barang yang ada dalam rumah. Paling sakit hati, berbagai cara kita bunuh dan halau anai-anai ni dari rumah namun tak berkesan. Jom lihat petua dibawah panduan macam mana untuk menghalau anai-anai dari rumah.

5 Cara Halau Dan Hapus Anai-Anai Dari Rumah
1. Garam dapur
Campurkan garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai. Insha Allah membantu untuk mengusir anak-anai dari rumah.

Cara halau dan usir anak-anai dari rumah, tips panduan basmi anak-anai, cara mencegah anak-anai merosakkan perabot rumah, cara berkesan hapuskan anak-anai, cara bunuh anak-anai
Kategori anai-anai dan proses bagaimana anai-anai menyerang masuk ke dalam rumah

2. Air kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit nipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi anak-anai. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirih ke kayu yang diserang anak-anai atau juga terus ke sarangnya. Anak-anai akan lari apabila terkena siraman air kapur sirih. Seterusnya berjaya menghalau anak-anai dari rumah.

3. Air cucian beras
Guna air basuhan beras untuk cucian yang pertama. Siram air tersebut ke sarang anak-anai. Pastinya berjaya mengusir anai-anai tersebut dari rumah.

Cara halau dan usir anak-anai dari rumah, tips panduan basmi anak-anai, cara mencegah anak-anai merosakkan perabot rumah, cara berkesan hapuskan anak-anai, cara bunuh anak-anai
Anai-anai merosakkan kayu, papan, tiang rumah dan barangan perabot rumah
Kredit foto anai-anai 1 dan 2

4. Minyak tanah / minyak gas / minyak gasolin
Semburkan minyak tanah pada kayu yang telah diserang anai-anai dan juga semburkan di sarang-sarang anai-anai. Untuk lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah. Mesti anak-anai ketakutan lari!

5. Tembakau
Campurkan tembakau dan air lalu dibiarkan semalaman. Sembur air campuran itu pada kayu yang diserang atau juga pada sarang anak-anai. –Perkongsian dari WhatsApp-

Itulah 5 cara untuk menghalau dan mengusir anak-anai dari rumah. Cubalah..moga-moga ianya berkesan melenyapkan kehadiran anak-anai di rumah.

5 comments

Assalammualaikum... yumida,

terima kasih yumida tip2 nie...

mselim3

Halau anai2 buat apa..elok dia bersarang 1 tmpt..bila dihalau dgn petua diatas tu dia akan bersarang di tmpt lain..jadi sampai bila xda kesudahannya..

Kalau boleh nak hapuskan terus


EmoticonEmoticon