First Segmen : Mini Giveaway By Si Chubby

http://sichubbyy.blogspot.my/2016/01/first-segmen-mini-giveaway-by-si-chubby.html
KLIK SINI UNTUK JOIN

SOALAN
Apa impian korang yang sebenarnya ? And apa usaha korang untuk mencapai impian tu ? Kalau tidak tercapai ,apa korang akan lakukan ?

JAWAPAN
Impian aku nak labur duit dalam ASB sebanyak RM200k. So far simpanan aku takde la sampai ratus ribuan tu, tapi tu la target aku. Macam susah nak capai, ye la duit tak jatuh dari pokok. Kena didapatkan dengan usaha.

Usaha aku dalam mencapai impian aku tu, adaaa banyak. Aku berusaha cari peluang untuk menjana pendapatan. Jana duit dari blog macam hasil bayaran pengiklanan, bayaran review iklan, buat 2,3 blog dan pasang iklan berbeza contok iklan nuffnang, innity dan google adsense. Malah 8 share pun salah 1 cara aku kumpul duit. Duit gaji aku save sikit-sikit. Semuanya untuk mencapai impian melabur dlm asb. Tu la orang bilang..simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Kalau impian tak tercapai..memang belum tercapai setakat ni, sebab target labur tu over sangat. Hahaha.. Tu la namanya impian. Impian beserta cabaran untuk merealisasikan keinginan. Usaha aku diperkuatkan lagi. Mengurangkan perbelanjaan, lebihkan amalan menabung. Beli pada benda keperluan sahaja. Malah aku mula nak menjinakkan diri dengan dunia program affiliate yang khabarnya boleh jadi sumber income lumayan. Belajar memahami teknik. Usaha dan terus berusaha. 

TAG:

1 comments so far


EmoticonEmoticon