Bila masa pulak anak aku jadi artis
ni? Hihihi.. Ye aku tak bohong la, memang baby Amirah kalau pergi mana-mana mesti
ada je yang suka usik dia, picit-picit paha dan pipi dia. Al maklum la budak
pipi pau tu memang menjadi kegemaran orang. Terutamanya golongan makcik-makcik.
Tu la peminat fanatik si baby Amirah. Geram betul diorang tengok baby Amirah.
Hari Isnin
lepas kami pergi ke pasar kering nak beli tebaloi, sagu dan biskut. Mula-mula
sorang makcik je datang sambil borak-borak dengan baby
Amirah. Kemudian datang 2 orang lagi makcik, datang dekat nak sentuh baby
Amirah.
Inilah topi pink yang baby Amirah pakai tu. Harga topi ni RM10.90 Topi ni ada hiasan patung kat depan tu, kat belakang ada rambut ikal kaler maroon, cantik! |
Katanya dia suka tengok badan Amirah
yang bambam tu, banyak isi. Lepas tu dia cakap, comelnya..macam patung!
Kebetulan aku pakaikan dia topi pink comel tu. Hb sebelum ni pun ada cakap, dia
pakai topi pink tu nampak macam patung. Aku cakap, taklah. Macam anak Che Ta.
Lepas tu, pergi ke supermarket nak
beli air mineral 2 kotak, barang-barang dapur, terjumpa lagi peminat baby
Amirah. Banyak eh peminat yang dia jumpa hari tu. Geram betul makcik tu kat
dia, comel katanya. Mungkin beginilah perasaan mak-mak artis kan. Jadi perhatian.
Orang puji anak kita. Orang suka tengok anak kita. Feeling bahagia je.
Baby Amirah dah 5 bulan dah sekarang.
Alhamdulillah, kuat betul dia menyusu, cepat je botol susu dia habis, lepas
setengah jam, lapar balik. Kalau dia tengok kami makan, dengan mulutnya
terkumat-kamit, menggumam seolah-olah nak makan. Tunggu ye cayang, lagi 1 bulan
lagi, tunggu umur 6 bulan baru boleh mamam k.
4 comments
comel la topi amira ni...
comel sangat topi Baby Amirah tu.. hehe
Allahu...PC nak juga rasa pengalaman tu yumi...subhanAllah..bersabarlah duhai hati...hye dear amirah..doakan aunty PC ok...muah awak banyak2...
alaaaa ingat ad pic baby amirah hehe..semangat baca smpi hbs ..hehe
EmoticonEmoticon