5 Tips Shopping Online Malaysia Mudah | Mana yang lebih mudah bagi korang? Shopping
terus ke lokasi kedai ataupun shopping online? Kalau bagi aku, shopping online
lebih mudah, lebih senang, lebih jimat masa, juga menjimatkan minyak kereta.
Terutamanya ibu bekerja, shopping online adalah cara terbaik membeli-belah.
Bayangkan
korang tugas sebagai ibu yang penuh jadual kerjanya, di rumah tersedia menanti
berbagai kerja yang perlu diuruskan. Urus anak, kemas rumah, siapkan makanan,
seterika baju kerja diri sendiri dan suami, melayan anak, aduhai..tak
tersenarai, begitu banyaknya tanggungjawab seorang ibu. Bila pulak masa nak
bershopping ni. Asyik tuntutan kerja je. Haa, di sini la solusinya,
membeli-belah secara online. Internet kan ada!
Mengapa rakyat Malaysia sukakan shopping online?
- Ada tawaran menarik: harga barang promosi, produk
new arrival, mega sale.
- Cara pembelian juga adalah selamat dan penghantaran
pesanan agak pantas. Ini adalah sebab mengapa ramai yang memilih untuk membeli-belah
secara online.
- Pemulangan juga sangat mudah untuk dilakukan
terutamanya jika pembelian dilakukan dengan website online shopping Malaysia
atau pun butik online Malaysia yang tepat. Dalamdunia yang serba moden ini,
penggunaan teknologi memudahkan proses pembelian agar menjadi lebih senang untuk
dilakukan tanpa menjejaskan aktiviti seharian.
Sebagai
seorang pengguna internet, kita harus berhati-hati dan berwaspada terhadap
pihak yang tidak bertanggungjawab. Penipuan dalam urusniaga online. Buat
sedikit kajian mengenai online shop tersebut, sama ada wujud atau tidak, juga
semak kes di enjin carian untuk lihat jika ada pembabitan nama kedai tersebut
dengan penipuan.
Sungguhpun
begitu, ianya langsung tidak menjadi penghalang untuk kita shopping online
selagi kita tahu apakah basic guidelines online shopping yang selamat. Di sini
aku kongsikan 5 tips shopping online Malaysia yang mudah untuk diikuti.
5 Tips Shopping Online Malaysia Mudah
1.
Membeli-belah secara online di website yang kita sudah biasa, tahu dan percaya.
Elakkan shopping menggunakan search engine kerana kita mungkin akan dibawa ke
website yang tidak selamat.
2. Sentiasa pastikan
website yang kita mahu beli itu mempunyai symbol mangga yang berkunci. Jangan sesekali
beli di laman sesawang yang tidak mempunyai ikon berbentuk mangga itu.
3. Rahsiakan
data peribadi. Jangan kongsikan semua maklumat kita.
4. Sentiasa
update akaun kita untuk memastikan tiada cas yang tersembunyi dikenakan.
5. Lindungi
computer kita dengan program anti-virus agar terselamat daripada malware.
Sekian, 5 panduan berguna untuk kita shopping
online Malaysia. Pssst! Selalu skodeng kat Zalora, sentiasa ada sale yang
membuatkan hati ini meronta-ronta nak pi beli. Jom singgah dan cuci mata di Zalora!
2 comments
Good tips! Ada 1 tips sheila nak tambah. Hihi... korang register kat shopback, then buat pembelian dari link kat situ, automatik korang akan dapat komisyen. Best tu!!! Korang bolwh register kat sini ->>> https://www.shopback.my/?raf=FjV85E... jangan lupa masukkan email sheila as referred (sheilamutalib@yahoo.com) , nanti boleh dapat bonus rm5 dan tambah lagi bonus rm7 lepas korang buat 1 pembelian. Dah dapat rm12.. mudah kan!!. Kalau x masukkan email sheila, korang tak boleh dapat bonus rm12 tu taw...
Good tips! Ada 1 tips sheila nak tambah. Hihi... korang register kat shopback, then buat pembelian dari link kat situ, automatik korang akan dapat komisyen. Best tu!!! Korang bolwh register kat sini ->>> https://www.shopback.my/?raf=FjV85E... jangan lupa masukkan email sheila as referred (sheilamutalib@yahoo.com) , nanti boleh dapat bonus rm5 dan tambah lagi bonus rm7 lepas korang buat 1 pembelian. Dah dapat rm12.. mudah kan!!. Kalau x masukkan email sheila, korang tak boleh dapat bonus rm12 tu taw...
EmoticonEmoticon