Sinopsis Cinta Si Wedding Planner TV3

Sinopsis Drama TV3 Cinta Si Wedding Planner Slot Akasia Cinta Si Wedding Planner mengisahkan ketabahan hati seorang isteri dalam menempuh alam perkahwinannya kerana kehadiran orang ketiga. Pertemuan Zara Batrisya (Mira Filzah) dengan Fariz Adryan (Adi Putra) dalam insiden tak terduga akibat berebutkan tempat parking. 

Sinopsis drama tv3 cinta si wedding planner slot akasia, pelakon dan gambar drama cinta si wedding planner tv3, biodata pelakon cinta si wedding planner
Sinopsis Cinta Si Wedding Planner TV3

Zara naik angin apabila melihat tempat parking berbayarnya telah diambil orang. Fariz yang tergesa-gesa ingin ke bank terpaksa meletak kenderaan di situ. Berulang-ulang kali Fariz membunyikan hon agar kereta di belakangnya berundur namun tidak ada respon. Fariz keluar dari kereta lalu meminta pemilik kereta itu segera mengalihkan keretanya yang menghalang dia untuk keluar dari situ.

Zara menghamburkan rasa marahnya pada Fariz kerana telah mengambil tempat parkingnya sesuka hati. Dia meminta agar Fariz memohon maaf kepadanya. Jelik dengan situasi itu Fariz mengungkap maaf dengan tidak ikhlas. Geram hati Zara dibuatnya! Sebelum berlalu dari situ, Fariz sempat mengkritik kereta buruknya. Zara makin bertambah sakit hati.

Zara seorang perunding perkahwinan yang memiliki butik pengantin. Suatu hari, pelanggan Zara bernama Puan Marina (Dian P. Ramlee) datang untuk menempah baju perkahwinan anak perempuannya. Siapa sangka, wanita itu merupakan ibu kepada Fariz. Pertemuan di parking itu membuatkan Fariz jatuh hati pada Zara.

 Bazli (Fadlan Hazim Anuwar) merupakan sepupu Zara telah lama menaruh hati pada Zara. Namun Bazli hanya bertepuk sebelah tangan. Semenjak kecil, Zara dijaga oleh ibu bapa Bazli iaitu Mak Lang (Rosnah Johari) dan Pak Lang (Idris Md. Diah). Melihat kehadiran Bazli sebagai saingannya, Fariz nekad ingin melamar Zara dan menjadikan Zara sebagai isterinya. Zara dan Fariz disatukan dalam ikatan perkahwinan.

Sinopsis drama tv3 cinta si wedding planner slot akasia, pelakon dan gambar drama cinta si wedding planner tv3, biodata pelakon cinta si wedding planner
Drama Cinta Si Wedding Planner TV3

Pada awalnya, Zara merasakan begitu bahagia. Namun segalanya berantakan apabila bekas kekasih lama Fariz datang kembali. Shirah (Shiqin Kamal) yang sebelum ini curang terhadap Fariz datang semula menagih kasih.

Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi panas baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.

Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu. Shirah semakin obses terhadap Fariz! Dia ingin membunuh kandungan Zara. Bagaimanakah Fariz melindungi isterinya? Akan selamatkah bayi dalam kandungan Zara? Saksikan segalanya dalam drama Cinta Si Wedding Planner di kaca tv anda.

Pelakon Drama Cinta Si Wedding Planner TV3
Mira Filzah - Zara Batrisya
Adi Putra - Fariz Adryan
Shiqin Kamal - Shirah / Nadia
Fadlan Hazim – Bazli
Dian P. Ramlee – Puan Marina
Rosnah Johari – Mak Lang
Idris Md. Diah – Pak Lang

Gambar Drama Cinta Si Wedding Planner TV3
Sinopsis drama tv3 cinta si wedding planner slot akasia, pelakon dan gambar drama cinta si wedding planner tv3, biodata pelakon cinta si wedding planner

Saksikan Cinta Si Wedding Planner Slot Akasia
Tarikh drama Cinta Si Wedding Planner mula disiarkan: 30 Disember 2015
Tarikh drama Cinta Si Wedding Planner tamat: 16 Februari 2016
Jumlah episod drama Cinta Si Wedding Planner: 28 (episod akhir)
Cinta Si Wedding Planner episod akhir – episod 28
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 7.00 – 8.00 malam
Saluran: TV3

Jangan lupa tengok drama ni kat tv korang oiiii..

Biodata pelakon drama Cinta Si Wedding Planner jom baca:
Biodata Mira Filzah – watak Zara Batrisya
Biodata Adi Putra – watak Fariz Adryan
Biodata Shiqin Kamal – watak Shirah / Nadia


EmoticonEmoticon