Nak
tahu macam mana mengetahui kita ada sahabat sejati atau tak, boleh buat
pemerhatian dan uji sahabat kita. Berikut merupakan 12 ciri sahabat sejati
menurut Imam Al Ghazali.
Cara Mengetahui Siapa Sahabat Sejati Kita
1.
Jika kau berbuat baik kepadanya, maka dia juga akan melindungimu.
2.
Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka dia akan membalas
balik persahabatanmu itu.
3.
Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka dia akan berupaya membantu
sesuai dengan kemampuannya.
4.
Jika kau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka dia akan menyambut dengan
baik.
5.
Jika dia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka dia akan
menghargai kebaikan itu.
6.
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka dia akan berupaya
menutupinya.
7.
Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka dia akan mengusahakannya
dengan sungguh-sungguh.
8.
Jika engkau berdiam diri (karena malu untuk meminta), maka dia akan bertanyakan
masalah yang kamu hadapi.
9.
Jika bencana datang menimpa dirimu, maka dia akan berbuat sesuatu untuk
meringankan kesusahanmu itu.
10.
Jika engkau berkata benar kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.
11.
Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati dia akan
membantu rencana itu.
12.
Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya dia
akan lebih senang mengalah. sumber
Haa,
begitu la 12 ciri-ciri sahabat sejati.
Semuanya yang baik-baik sahaja. Benda baik kita harus ikuti. Jika kita nak
mempunyai sahabat sejati yang ramai, kita dulu yang berubah. Menjaga sikap dan
tingkah laku kita. Orang mesra dan baik hati mudah didekati orang. Orang panas
baran dan talam dua muka akan dijauhi rakan.
3 comments
Assalammualaikum... yumida,
terima kasih entry cara mengetahui sahabat sejati nie.. sahabat sejati payah dicari.. tetapi tetap percaya ia ada.
mselim3
great sharing
bersyukurlah andai kita memiliki sahabat yang mempunyai ciri-ciri tersebut..hargai sebaik-baiknya...
EmoticonEmoticon