Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Sinopsis Anakku Diva Episod Akhir

Sinopsis Anakku Diva Episod Akhir (Episod ke 13) Drama TV3 Slot Dahlia | Amy (Shakilla Khoriri) dan seluruh adik-beradiknya berasa gusar apabila ayahnya, Hussein (Haeriyanto Hassan) serta ibunya Zahra (Fiza Abd Halim) tidak balik ke rumah.

Sinopsis Anakku Diva episod akhir (episod ke 13) drama TV3 Slot dahlia, gambar, pelakon, akhir cerita drama Anakku Diva tamat, last episode, ending Anakku Diva, Anakku Diva episod terakhir episod 13
Drama Anakku Diva Episod Akhir

Melati (Janna Nick) meluahkan rasa sedihnya bila mengimbas kembali misi mereka ingin memisahkan ayah dan ibunya. Begitu juga Amanda (Ardell Aryana), Orkid (Nor Farzana Abd Latiff) dan Alia (Dania Erisya Mohd Izwan).

Mereka dikejutkan dengan deringan telefon. Amy menyambut telefon dan bercakap dengan seseorang dengan nada marah. Rupa-rupanya, kehilangan ayah dan ibunya ada kaitan dengan kes penculikan yang dilakukan oleh pakcik Omar (Shajiry Damery).

Pakcik Omar mengugut Amy akan mencederakan ayah dan ibunya jika hal itu dilaporkan kepada pihak polis. Kedua orang tuanya akan selamat jika Amy menyerahkan tender projek Langkawi kepadanya. Persetujuan dicapai.

Bingung dengan ugutan pakcik Omar, Kenanga (Ramona Zam Zam) menyatakan satu idea. Iaitu meminta bantuan Firdy (Erwin Shah Dawson). Firdy, Amy dan Kenanga punya sejarah tersendiri namun kesemuanya diketepikan demi menyelamatkan ibu dan ayahnya. Mereka sekeluarga mula bertindak.

Dengan bantuan Firdy, Encik Hussein dan Puan Zahra berjaya diselamatkan. Rancangan Omar telah gagal. Malah dia juga tidak dapat memiliki tender projek tersebut.

Firdy datang berjumpa Amy untuk berbincang tentang hubungan mereka. Satu kata sepakat telah tercapai. Amy begitu ayu, anggun bertudung dan berbaju kurung hijau. Kenanga suka melihat penampilan terbaru Amy.

Ketika keluarga Firdy datang merisik, mereka sekeluarga begitu terkejut! Risikan tersebut bukan untuk Amy tetapi untuk Kenanga! Amy menerangkan perkara sebenar. Bahawasanya cinta itu tidak boleh dipaksa. Dia menyatukan Kenanga dengan lelaki yang mempertahankan rasa cintanya pada Kenanga di awal pertemuan mereka. Kenanga kini telah mempunyai tanda ‘sudah dipunyai’ selepas majlis merisik itu. Amy bahagia melihat Kenanga disatukan dengan Firdy.

Minum petang sekeluarga itu menjadi kecoh dan heboh bila hadirnya seorang wanita di halaman rumah mereka. Bekas isteri Hussein telah kembali!!! Tamat.

Pelakon Drama Anakku Diva TV3
Haeriyanto Hassan - Hussein
Fiza Abd Halim - Zahra
Shakilla Khoriri - Amy
Ramona Zam Zam - Kenanga
Janna Nick - Melati
Ardell Aryana - Amanda
Nor Farzana Abd Latiff - Orkid
Dania Erisya Mohd Izwan – Alia
Erwin Shah Dawson - Firdy
Shajiry Damery - Omar
Zoey Rahman - Mark
Mimi Haris
Fara Mendoza - Zuzu
Puteri Emilia Mohd Hanif - Dayana
Datin Adib Muliyani Mohd Amin

Gambar Drama Anakku Diva TV3
 Sinopsis drama Anakku Diva TV3, pelakon dan gambar drama Anakku Diva TV3, Anakku Diva episod akhir – episod 13, biodata pelakon drama Anakku Diva TV3

Saksikan drama Anakku Diva Slot Dahlia
Tarikh episod akhir Anakku Diva disiarkan: 30 Januari 2016
Anakku Diva episod akhir – episod 13
Hari: Sabtu
Jam: 7.00 malam
Saluran: TV3
Terima kasih membaca Sinopsis Anakku Diva Episod Akhir

3 comments:

  1. singgah petang ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Bila balik kmpung selalu gak layan ceita ni, heheh

    ReplyDelete