Meh
baca fakta pasal sembelit ni. Boleh jadi ada info yang kita salah faham atau
kurang arif bab mitos sembelit. Moga perkongsian ini membantu pemahaman kita
mengenai sembelit (kesukaran buang air besar). Jom baca!
7 Fakta & Mitos Tentang Sembelit
1.
Mitos: Makanan kaya serat dapat mencegah sembelit.
Fakta:
Kadangkala tabiat pemakanan yang kaya serat dapat membantu mencegah sembelit
untuk individu sihat. Namun, peningkatan pengambilan serat boleh memburukkan
keadaan bagi individu yang mengalami sembelit serius.
2.
Mitos: Peningkatan pengambilan cecair dapat melegakan sembelit.
Fakta:
Tiada bukti yang menunjukkan pengambilan cecair yang tinggi dapat merawat
sembelit kecuali untuk kes sembelit yang disebabkan penyahhidrasi yang serius.
3.
Mitos: Kurang bersenam boleh menyebabkan sembelit.
Fakta:
(Kadangkala) Walaupun gaya hidup kurang aktif boleh menyebabkan atau
memburukkan sembelit dalam kalangan warga tua, ada faktor lain yang turut
menyumbang kepada masalah berkenaan seperti ubat dan tabiat pemakanan.
4.
Mitos: Wanita kerap mengalami sembelit sebelum mengalami kitaran haid.
Fakta:
(Kadangkala) Hormon berperanan kecil dalam masalah sembelit, namun bagi
sesetengah wanita kekerapan untuk ke tandas dipengaruhi kitaran haid mereka.
Payahnya melalui fasa sembelit. Terseksa meneran di jamban. |
5.
Fakta: Wanita hamil kerap mengalami sembelit. Ini disebabkan hormon kehamilan
yang boleh mengurangkan kelajuan pergerakan makanan dan sisa dalam usus sekali
gus menyebabkan sembelit.
6.
Mitos: Ubat julap membantu dalam penurunan berat badan.
Fakta:
Mengambil ubat julap tanpa keperluan hanya akan mengakibatkan badan kehilangan
cecair dan garam.
7.
Mitos: Bergantung kepada ubat julap adalah satu kemungkinan.
Fakta:
Walaupun sesetengah invidiu yang mengalami sembelit kronik kerap memerlukan
ubat julap untuk membantu melancarkan pembuangan najis, tiada kemungkinan
pengambilan dos yang disyorkan boleh menyebabkan ketagihan. Kredit: Sembelit
Baru
tahu.. 7 fakta dan mitos tentang
sembelit sangat-sangat berguna diaplikasi dalam kehidupan harian kita. I
hate sembelit! Hahaha…
Informasi
sembelit yang anda perlu tahu:
5 comments
aduhh.....tension jika sembilt ni....hihihi
aduhh.....tension jika sembilt ni....hihihi
jangan 'simpan' lama-lama. Nanti badan kita penuh toksin. Kena keluarkan juga dengan cara yang 'baik', ok!
Herbalax Melawaskan
tak suka jugak sembelit ni.. buat perut rasa tak selesa..
terlalu byk serat pon agaknya jadi sembelit. tak cukup air pon ya jugak
EmoticonEmoticon