Sinopsis Novel Akadku Yang Terakhir

Sinopsis Novel Akadku Yang Terakhir | Akadku Yang Terakhir mengisahkan hubungan yang cuba dipertahankan antara Rania dan Irham Zahri. Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”
Ikuti kisah selanjutnya dalam novel Akadku Yang Terakhir.

Gambar Novel Akadku Yang Terakhir
Sinopsis novel Akadku Yang Terakhir, drama adaptasi novel, review, ulasan novel Akadku Yang Terakhir, gambar novel Akadku Yang Terakhir, penulis novel Acik Lana , novel terlaris dan popular tahun 2016, harga novel Akadku Yang Terakhir: RM37 – RM40
Novel Akadku Yang Terakhir bakal diadaptasi ke drama tv
Penulis novel Akadku Yang Terakhir: Acik Lana
Harga novel Akadku Yang Terakhir: RM37 – RM40

Novel Akadku Yang Terakhir merupakan novel antara yang terlaris dijual tahun 2016. Jom dapatkan novel Akadku Yang Terakhir di pasaran!


EmoticonEmoticon