Ramainya Orang Berurusan Di Maybank

Isnin lepas, hb ajak aku keluar untuk temankan dia pergi gunting rambut. So, dah alang-alang keluar, aku pun bawa sekali buku ASB. Nanti boleh aku update buku ASB. Oh ya, urusan melibatkan Amanah Saham Bumiputera dan sewaktu dengannya dah boleh dikemas kini. Dah boleh tengok berapa dividen dan bonus ASB yang kita dapat.

Jadi aku pun pergi ke Maybank nak update buku ASB. Sekali jejak kaki kat situ, wah! Ramainya orang! Sesak weh! Penuh! Nasib baik ada kaunter khas untuk ASB. Khas untuk kemaskini buku ASB. Fuh lega.

Bank paling glamour - maybank

Tertanya-tanya juga dalam hati, apa erk urusan orang ramai-ramai kat bank ni. Kebetulan pula 4hb tu tarikh keluar duit BR1M. Mungkin tu faktornya kot. 

6 comments

bank paling ramai penggunanya

dah lama x update ASB sejak dikosongkan :D

Sy pun suka guna mbb wpun gaji masuk cimb. Brim dah masuk ke

huhuhu...bank harimau.......mmg sesak selalu

betul, masuk tahun baru jer ramai yang memenuhkan maybank..ada yang update ASB, ambik duit bonus ASB, ambik bonus dan BR1M..

Salam... maybank ni bila yang tak penuhnya... huhu... tapi pernah sekali orang maybank cakap, hari isnin dan jumaat adalah hari yang ramai orang (trend dia mmg cenggitu...) kalau tak urgent sangat boleh pegi hari selasa, rabu atau khamis...


EmoticonEmoticon