Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Sinopsis Drama Diaspora Cinta TV1

Sinopsis Drama Diaspora Cinta TV1 Slot Widuri | Diaspora Cinta mengisahkan hubungan 3 sahabat yang melanjutkan pelajaran di Australia. Ketika bergelar pelajar tahun akhir, Qalif (Afiq Muiz) jatuh cinta pada Irma (Fatiya Latiff). Mereka menyulam bunga-bunga cinta.

Sinopsis drama Diaspora Cinta TV1, pelakon dan gambar drama Diaspora Cinta TV1
Tonton Drama Diaspora Cinta TV1

Namun, hubungan mereka tidak disukai oleh sahabat rapat Qalif yang juga rakan sekampungnya. Demi menentang hubungan mereka, Diana (Zarina Zainoordin) sanggup menggunakan cara kotor untuk memisahkan mereka.

Dalam diam rupanya Diana telah lama menaruh hati pada Qalif, namun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Apabila Irma hadir dalam diri Qalif, Diana semakin membenci mereka. Bahkan ibu Diana iaitu Mak Kintan (Liza Abdullah) memberitahu Diana hanya Qalif sahaja calon menantu yang dia akan terima dalam rumah itu.

Irma terpaksa menunda satu lagi semester apabila assigmentnya gagal sampai ke tangan pensyarah. Semuanya berpunca bila Diana merasa berang melihat Qalif dan Irma berpacaran dan langsung tidak menghiraukan dirinya. Irma yang menyampaikan amanah padanya untuk diberi pada pensyarah tetapi tugasan itu dibuang ke dalam tong sampah. Kerana itu, Irma terpaksa meneruskan lagi satu semester untuk mengulang subjek tersebut.

Qalif berjanji akan terus melamar Irma sebaik sahaja pengajiannya habis. Diana yang menyaksikan situasi itu merasa menyampah dan jelik.

Sekembalinya di Malaysia, Qalif membuat persiapan ingin melamar Irma. Diana yang tidak mahu mereka berdua bersatu mula menghasut Irma tentang keluarga Qalif. Irma terkejut, rupa-rupanya hubungan mereka masih dirahsiakan dari pengetahuan keluarga Qalif dan Irma sendiri tidak faham mengapa Qalif tidak mahu berterus terang dengannya.

Hubungan Qalif dan Irma semakin renggang. Diana berjaya membuatkan hubungan mereka tegang. Apakah akan ada jodoh antara Qalif dan Irma? Apakah rancangan jahat Diana untuk menghancurkan hubungan mereka? Siapa pula Saiful (Zain Saidin) yang menjadi teman rapat Irma? Saksikan segalanya dalam drama Diaspora Cinta di kaca tv anda.

Pelakon Drama Diaspora Cinta TV1
Irma – Fatiya Latiff
Qalif – Afiq Muiz
Diana – Zarina Zainoordin
Ain – Nazirah Sardi
Saiful – Zain Saidin
Mak Kintan – Liza Abdullah
Maisarah – Haleeda
Intan Olivia  

Gambar Drama Diaspora Cinta TV1 
Sinopsis drama Diaspora Cinta TV1, pelakon dan gambar drama Diaspora Cinta TV1

Tonton drama Diaspora Cinta
Tarikh Diaspora Cinta disiarkan: 24 Januari 2016
Hari: Sabtu - Ahad
Jam: 7.00 malam
Saluran: TV1
Terima kasih membaca Sinopsis Drama Diaspora Cinta TV1

0 comments:

Post a Comment