Pontianak Hisap Darah Musim Jerebu

Pada suatu malam, 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat mereka pun bersetuju membuktikan kehebatan masing-masing.

Pontianak kemalangan akibat jerebu teruk, darah pontianak, kesan jerebu kritikal, kisah lawak pontianak, cerita lucu hantu Pontianak, Pontianak hisap darah orang, kuntilanak, hantu, ghost

Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian, dia balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi.

Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
Pontianak B : Nampak.
Pontianak C : Nampak.
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.

Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A . 10 saat kemudian, dia balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.

Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.

Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.

Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...jerebu! Terlanggar pintu rumah..

Jerebu punya pasal, Pontianak pun terjejas sekali. Setiap tahun mesti ada kes jerebu. Akibat sikap rakus manusia. Tahun 1998 kes jerebu di paras tidak sihat, bahaya hingga menyebabkan sekolah ditutup. Tahun 2015 ni pula, sekali lagi Malaysia dilanda jerebu teruk. Tahun 2016 kelak, adakah jerebu bakal berulang kembali? Sama-sama kita tengok.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

2 comments

Terpengaruh sangat dengan citer pontianak sampai Sha lupa pasal jerebu tu, hihi. Kesian ponti pun terjejas mata pencarian =D