Jom belajar cara didik anak menerusi group Facebook: HomeSchooling
Genius Syurga
Ibu-ibu
super hebat di luar sana, apa kata sertai HomeSchooling
Genius Syurga. Ramai yang dah join walaupun page ini baru dibuka
bermula minggu lepas. Eh aku pun turut serta tau. Rugi tak join! Peluang timba
ilmu untuk didik si comel Amirah Alya. Terutama ibu baru macam aku ni. Kena
join!
Menerusi
group HomeSchooling Genius Syurga ada dikongsikan tentang ilmu
pengajaran anak-anak di rumah, pengalaman ibu-ibu hebat, aktiviti antara si ibu
dan anak, aktiviti pembelajaran anak-anak, apa bahan-bahan yang digunakan untuk
mengajar serta pelbagai isu berkenaan homeschooling dari hati ke hati dan dari
rumah ke rumah untuk genius syurga.
Tiap kali
timbulnya newsfeed pasal aktiviti pembelajaran anak-anak di rumah, buatkan diri
aku semangat giler nak ajar si Amirah. Even Amirah baru berusia 2 bulan lebih,
pun ada kaedah untuk sekolahkan dia dengan ilmu pengajaran basic. Nak tahu
caranya? Haaa..korang kena join group tu. Group yang bermanfaat! Sedut ilmu..
Kini
ahli dalam group HomeSchooling Genius Syurga dah cecah lebih 6 ribu
orang! Fuhyo..dalam sekelip mata je. Korang yang belum ada anak, belum
berkahwin, masih single pun boleh turut serta dalam group ni. Korang boleh
turunkan ilmu tu dan praktikkan pada anak buah, adik sendiri..
Pendidikan
awal bermula dari rumah. So bila masuk sekolah nanti, senang diorang nak hadam
pelajaran. Tak la bergantung pada guru 100 peratus. Menjadikan anak-anak pelajar
pintar, inshaallah..bijak belajar, cepat faham, membentuk pemikiran kreatif dan
skil kemahiran berfikir yang hebat!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
2 comments
great entry
akak pun dah masuk group ni..