Aku
tabik spring ar kat pembuat biskut or kuih raya sekalian. Bentuknya cantik,
rasanya sedap, cair di mulut, bila makan..rasa nak lagi, nak lagi! Tapiii…bila
aku sendiri melalui pengalaman membuat biskut sendiri. ianya bukanlah proses
yang mudah!
Merasai
hasil buatan sendiri biskut yang dibuat memberi aku pelbagai mimik muka.
Kengkadang senyum, kengkadang masam mencuka..frust tau bila biskut yang dibuat
tak menjadi. Terkeras la, terlembik, terliat.
Ambik
contoh, semalam aku dan adik aku buat biskut buah rotan. Punya la lama nak
gentel biskut tu jadi bulat kecil kemudian disalut dengan bijan. Bila
goreng, kembang! Memang perfect la! Sekali gigit, aiyak..kenapa lembik??
Biskut
ni..ada yang aku buat menjadi. Ada yang tidak. Kecewa jugak la. Sebab kita ikut
resepi dikongsikan kat internet. Hasilnya..hampeh! Bagi aku la kan, kalau hasil
biskut tu tak menjadi, better jangan share kat internet. Mengundang kekecewaan
pada orang yang nak try resepi tersebut.
Terliur
aku tengok koleksi resepi ni, sedap!: Resepi
Kek & Biskut Raya 2015
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
9 comments
sedap tu biskut buah rotan.. lama tak makan.. itulah kalau kita buat tak jadi memang rasa tak best jadinya..
ranggup2
Cx suka kuih ni. Btw.. cx pon kali ni m rjn buat kuih. Dah 2jns kuih dah buat. Lusa lg dua jns. Kemain rjn sdgkn sarat huhu
suka kuih semperit. :D
Dlm kepala byk jenis kuih nk buat. Tp x de mood lg.
Huhuhu tahun ni semua kuih tunjuk jela. Semua ibu nak beli kuih tradisional.. kuih modern ni ibu kata beli 2 jenis je sebab macam tahun lepas jaarang orang makan ^^"
Biskut buah rotan selalu beli je tp plg ske biskut kayu buruk (x tau betul ke x namanya ni haha) rangup lg berkrim XD
Jom Terjah: Bukti cukai GST menyusahkan rakyat berbanding SST
Kalau kat rumah ni, kuih yang menjadi memang terus sumbat dalam mulut bg habis...
tahun ni kite beli je kak kuih raya. tak sempat kot nak buat ><